Thursday, June 28, 2012

BN MENANG TANPA BERTANDING DI PRU 13 ?

KALINGGA WARRIOR  melihat  aktiviti politik di negara kita semakin aktif kerana bahang PRU-13 yang semakin hampir tidak lama lagi. Tidak kira dari kem pemerintah mahupun kem yang membangkang dari longkang, semuanya sedang bertungkus lumus dalam mengatur gerak kerja bagi memenangi hati pengundi.Selepas pengumuman PM tentang pembatalan SBPA dan SSM ditambahbaik baru-baru ini, ramai yang menjangkakan pengumuman tarikh Pilihanraya Umum yang ke-13. Sememangnya kenaikan gaji penjawat awam memang sinonim dengan pilihanraya yang akan diadakan. Pada PRU ke-12 pun,  gaji penjawat awam telah dinaikkan. Jadi, pada pendapat saya, pengumuman tarikh PRU ke-13 pula menyusul tidak lama lagi.

Lagipun, kursus-kursus bagi petugas pilihanraya kembali aktif selepas pengumuman tentang SBPA yang lalu. Semalam, di media juga telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada PRU ke-13 jika pilihanraya diadakan selepas bulan Jun ini.

Kalau PRU-13 diadakan pada July ini bermakna tak lama lagi akan berperang poster lah....Sekarang pun poster-poster parti politik sudah mula digantung. Dah macam pesta poster pula walau;pun belum  ada pengumuman rasmi tentang PRU-13.

Saya masih ingat lagi ketika menjadi petugas PRU-11 dan 12. Memang satu pengalaman yang tak boleh dijual beli. Tapi tahun ni saya dah tak nak lagi jadi petugas. Berilah peluang pada adik-adik yang lain untuk timba pengalaman pula.

Harapan saya, pada PRU-13 ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan. Dan PRU-13 ini dijangka sengit di 4 buah negeri yang telah bertukar kerajaan. TIME FOR  POLITICAL  WAR!!




Perbincangan Meja Bulat untuk menangani isu "Tranformasi Sekolah Tamil"

Ramai yang tidak serasi dengan sistem pendidikan di negara kita. Pelbagai pihak menjalankan kajian demi kajian untuk menambah baik serta membaik pulih kelemahan yang sedia ada. Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Satu kajian mengesyorkan supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah Tamil perlu dikaji semula dan ditambah baik untuk memastikan pelajar mendapat pengetahuan asas tentang mata pelajaran itu sebelum mereka menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

Kajian itu mendapati sekurang-kurangnya 40% pelajar yang tamat belajar selama enam tahun di sekolah rendah Tamil, gagal memperoleh minimum gred C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan UPSR.
Kajian selama enam bulan oleh Education, Welfare and Research Foundation (EWRF), sebuah pertubuhan pendidikan bukan kerajaan yang melibatkan pelajar kelas peralihan dari sekolah vernakular Tamil di seluruh negara itu, bertujuan mengukur keberkesanan kelas peralihan dalam sistem pendidikan di negara ini. Penyelaras Pelan Tindakan bagi Masa Depan Sekolah Tamil, Prof Dr NS Rajendran berkata, pada peringkat awal, kelas peralihan diwajibkan dan diperkenalkan untuk membolehkan pelajar menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.


"Bagaimanapun, anehnya, selepas diberi tambahan satu tahun, pelajar ini masih tidak dapat menguasai dua bahasa itu dan selalunya lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka kerana mereka terpisah daripada arus utama dan perlu berinteraksi sesama mereka," katanya ketika membentangkan dapatan kajian.


Bagaimanapun, beliau berkata, kira-kira 90 % pelajar berkenaan mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.


Sambil mengesyorkan supaya pendekatan khusus dilaksanakan untuk menangani masalah itu, beliau berkata kelas peralihan perlu ditiadakan secara berperingkat mulai Januari 2013 dan dihentikan sepenuhnya menjelang Disember 2015 supaya pelajar boleh terus memasuki Tingkatan 1.
Melalui pendekatan ini, katanya, pelajar akan dapat memasuki arus utama dan mendapat peluang seperti yang disediakan kepada rakan sebaya mereka untuk berinteraksi dan belajar.


"Program intervensi perlu diperkenalkan untuk mengenal pasti pelajar yang gagal memperoleh kecekapan asas dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris menjelang berakhirnya Tahun 3 persekolahan mereka di sekolah rendah. Guru tidak perlu menunggu hingga murid tamat belajar di sekolah rendah untuk mengetahui bahawa mereka tidak dapat menguasai dua bahasa itu,
Sekiranya kelemahan mereka dapat dikenal pasti dengan lebih awal, program intervensi boleh diperkenalkan dengan lebih cepat untuk memastikan jumlah mereka yang tidak dapat menguasai bahasa Malaysia setelah bersekolah selama enam tahun, dapat dikurangkan kepada tidak sampai lima peratus. melalui program intervensi, jumlah pelajar yang ditempatkan di sesuatu kelas mestilah kurang daripada 25 pelajar untuk memudahkan guru memberi tumpuan khas kepada mereka yang tidak dapat menguasai dua bahasa itu. ini merupakan satu pelan tindakan yang perlu diamalkan serta merta untuk mengurankan peratus pelajar LINUS tegar.
kajian berkenaan merupakan inisiatif pertama yang dilaksanakan pihaknya untuk mengkaji secara terperinci keberkesanan kelas peralihan supaya syor sewajarnya boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran (KPM). Pada Ogos tahun lalu, EWRF (NGO) menganjurkan Perbincangan Meja Bulat untuk menangani isu ini dan setelah mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran pada September, kami menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menjalankan kajian ini.
KALINGGA WARRIOR berharap  akan ada satu pelan tindakan untuk mengatasi masalah literasi dan juga numerasi di masa akan datang.kepakaran yang dimiliki oleh pakar pendidikan negara kita perlu mencurahkan idea-idea bernas mereka untuk mencapai ZERO defektor. 

Wednesday, June 27, 2012

NAJIB HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP MIC?




Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita mengenai PRU yang ke 13 menjadi “HOT TOPIC” di negara
kita pada masa ini. Kemahuan sudah dituruti, apa sebenar masalah lagi dalam kempimpinan MIC menjelang pengistiharan calon BN  kita pun tidak pasti. Keputusan daripada pemimpin BN mengenai penentuan calon perlu dihormati. Kerja keras BN tidak cukup untuk memenangi calon BN di PRU 13 jika tiada kesepakatan dalam MIC. Angin perubahan yang dibawa oleh DS Najib sebagai Pengerusi BN dan juga sebagai Perdana Menteri sudah ada kepada pengundi tinggal lagi sejauhmana kesepakatan komponen BN ketika berdepan dengan pilihan raya itu sahaja.

Lanskap politik di Selangor akan turut berubah dan kesinambungannya sebagai penentu kepada BN dan penerimaan rakyat terhadap BN dan kerajaan. Perkara ini seharusnya difikirkan oleh pemimpin MIC bukan hanya setakat mahu mengikut kemahuan sendiri sahaja. Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada ketua pembangkang itu sudah merosot, seandainya persaingan dalam parti komponen terus berulang maka satu Tsunami menanti untuk MIC.
Dari aspek sosial media sokongan memihak kepada PKR bermakna isyarat yang tidak baik kepada BN dan kerajaan ketika menghadapi piliha raya ke 13 nanti.

Umno merupakan tunggak kekuatan BN yang telah banyak membuat perubahan, tetapi perkara ini tidak menjadi ikutan dalam MIC. Sikap diberi betis mahu pula paha tidak menguntongkan mana-mana pihak, tambahan pula ketika kita berdepan dengan musuh dalam pilihan raya tetapi ini tetap juga berlaku dan masih menebal dikalangan pemimpin MIC. Kali ini kita mengharapkan DS Najib bertegas tidak mengikut tekanan mana-mana pihak dalam MIC khususnya dalam soal penentuan calon BN.

Calon anak tempatan, memahami kehendak rakyat dan popular dalam kalangan akar umbi itu pilihan terbaik untuk dipertandingan dalam PRU yang Ke 13. Kali ini rakyat menanti-nantikan pilihan calon yang celik terhadap isu tempatan. Kali ini kita mengharapkan DS Najib akan memberi penekanan kepada pemilihan calon khususnya di kerusi tandingan MIC.

Monday, June 25, 2012

APA GUNANYA STATUS WARGANEGARA JIKA TIDAK ADA TEMPAT TINGGAL YANG TETAP?


Setelah merentasi 4 generasi secara turun temurun kini  Penduduk Kampung Fatimah,Kuala Langat melangkah ke perang Pusingan yang ke 4 untuk mendapatkan Geran Penduduk tetap.  Kampung Fatimah( Ladang Ann Kiat)  yang merentasi 4 generasi  menempatkan 99%  bekas pekerja india  Ladang Ann Kiat.
Pada tahun 1982  pengurusan Ladang Ann Kiat membuat arahan Pekerja yang mencapai umur 55 tahun  perlu meningalkan Ladang tersebut. Pengurusan Ladang juga tidak  membuka kawasan baru untuk  menempatkan bekas pekerja lanag tersebut. Melalui kesatuan kebajikan pekerja ladang Ann kiat mengenal pasti  plot tanah yang sesuai untuk menjadikan kawasan perumahan kepada pekerja Ladang pada masa itu. Tanah itu berhampiran dengan Sungai Langat.

PERANG Pusingan 1
Bekas pekerja ladang sebulat suara membuat keputusan untuk mendapatkan  kawasan Perumahan untuk pekerja Ladang tersebut, Pusingan pertama rundingan dimulakan oleh En.Panadian,en.Muthu Samy dan juga En.Marimuthu.  Setelah rundingan demi rundingan mantan Menteri  Besar Selangor Dato’ Mohd Rafi mengarahkan  Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat untuk  membuat kajian tanah di kawasan yang dikenal pasti. Selepas itu di tanah rezab Kerajaan mereka diberi kebenaran untuk mendirikan 37 unit rumah. Pada tahun 1990 setelah kerja keras  ADUN Kawasan Telok Datuk Pada masa itu  Dato’Paduka Hajjah Fathimah Suhaimi, sebanyak 37 keluarga mendapat geran penduduk sementara di tempat tersebut. Kerja –kerja pembinaan perumahan bermula pada tahun 1992 dan berakhir pada  Jun 1993 . majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh  Datuk Seri, S.Samy Velu (Menteri Kerja Raya ) Pada masa itu.

PERANG Pusingan 2
Kali ini En.M.Gunasegaran  Ketua Jawatankuasa Penduduk Pada Masa Itu  menjadi  penggerak untuk mendapatkan Geran Penduduk bersama-sama dengan kesatuan pekerja ladang Ann Kiat. Bekas pekerja ladang yang mendapat kebenaran untuk mendirikan kediaman dikawasan tersebut  menggunakan wang simpanan mereka ada juga yang menggunakan wang KWSP untuk menjayakan impian mereka hidup di rumah sendiri. Pejabat Tanah meluluskan Geran pendudukan sementara bagi Kampung  Fatimah,Kuala Langat.








PERANG Pusingan 3
Kali ini rayuan demi rayun ditujukkan kepada ADUN Kawasan Teluk Datuk YB Ee Kim Hock. Beliau memberi kata putus untuk mendapatkan geran pendudukan tetap bagi pekerja Ladang Ann Kiat. Keadaan ini berterusan sehinggalah Pakatan Rakyat mengambil – alih  Pentadbiran Selangor dan juga DUN Telok Datuk Khusnya.  Pada waktu Pilihan Raya yang ke 12- YB Abdullah Sani Fathimah (Ahli Parlimen Kuala Langat)  memberi kata putus jika Selangor dibawah Pakatan Maka Semua penduduk Kawasan Kampung Fatimah akan mendapat geran penduduk Tetap. Janji tetap janji. Beliau juga memberi kata putus tersebut setiap kali lawatanya.
PERANG Pusingan 4
Kali ini Permainan dan pencaturan diambil alih oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor Pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang lain yang bukan YB Dr. Xavier Jayakumar. Seperti biasa beliau juga memberi kata putus untuk mendapatkan Geran Pendudukan Tetap bagi penduduk Kawasan Tersebut, Malangnya Siri perbincangan  pada 30-01-2012 setelah mengejar hulu kehilir pejabat Menteri Besar Gagal. Perbincangan yang dilangsungkan bersama Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor tidak Berjaya. Selepas itu pada 14-06-2012 siri perbincangan kali ke-2 bersama Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor Pengarah memberitahu akta perairan tidak membenarkan. Pelbagai helah dikeluarkan. Yang menjadi hal sekarang YB Dr. Xavier Jayakumar. Terus mendiamkan diri dalam hal ini.

Penduduk Kampung Fatimah berharap Agar, Janji-janji manis yang diberikan oleh Pihak Kerajaan Negeri Selangor Perlu ditunaikkan sebelum PRU-13


KALINGGA WARRIOR mendapat khabar daripada pihak yang dipercayai dimana penduduk  Kampung Fatimah Akan “BOIKOT “  PilihanRaya yang ke 13? Mungkin ada kebenaran disebalik ISU tersebut.


Wednesday, June 20, 2012

மலேசிய இந்தியர்கள் ஒதுக்கப்படவில்லை? KAUM INDIA DI MALAYSIA TIDAK DIPINGGIRKAN? 2012

1. சிறு – நடுத்தர இந்திய வணிகர்களின் வியாபார விரிவாக்கத்திற்கு வெ. 15 கோடி கடனுதவி ஒதுக்கீடு.

2. இளைய இந்திய வியாபாரிகளுக்காக வெ. 3 கோடி தெக்குன் கடனுதவி ஒதுக்கீடு.

3. கஸானா நேஷனல், பிஎன்பி நிறுவனங்களின் மூலம் அரசாங்க – அரசாங்க சார்புடைய நிறுவனங்களின் ‘டெண்டர்கள்’ இந்திய குத்தகையாளர்களுக்குப் பகிர்ந்தளிக்கப்படும்.

4. திவாலான இந்தியர்களின் நிதி நிலைமையை சீர் செய்ய பேங்க் நெகாரா, ஏகேபிகே (AKPK) துணையுடன் நாடு முழுவதும் சூறாவளி பயணம்.
இந்தியர்களின் பொருளாதார வளர்ச்சிக்கு வழிகோலும் வகையில், ‘மலேசிய இந்திய பொருளாதார மாநாடு’ மைன்ஸ் மாநாட்டு அரங்கத்தில் இன்றிரவு நடைபெற்றது. இந்நிகழ்ச்சிக்கு தலைமையேற்ற பிரதமர் நஜீப் துன் ரசாக், இந்தியர்களின் பொருளாதார உயர்வுக்கு வித்திடும் அபரிமித திட்டங்களை அறிவித்தார். அதன் விவரம் பின்வருமாறு:-
“இந்தியர்கள் பலர் திவால் ஆவதும், அவர்களின் சொத்துகள் ஏலம் விடப்பட்டு வங்கிகள் அவர்களை ‘கருப்பு’ பட்டியலிடுவதும், பரவலாக நிகழ்ந்து வருவதை அறிந்துக் கொண்டேன். இந்திய மக்கள் பலர் இது குறித்து தங்களின் ஆதங்கத்தை தெரிவித்து வருகின்றனர். மலேசிய இந்திய பொருளாதார மாநாட்டின் ஏற்பாட்டுக் குழுவினர், கடந்த வாரம் என்னிடம் சமர்ப்பித்த நகல்திட்டத்தின் வழி இவ்விவரங்களை நான் தெரிந்துக் கொண்டேன்.”
இந்தியர்களுக்கு நியாயமாக கிடைக்க வேண்டிய வங்கிக் கடனுதவிகள், கிடைப்பதில்லை என்ற குறைபாடும் வெளியாகியுள்ளது. அதே வேளையில், பல அரசாங்க மற்றும் அரசு சார்புடைய (ஜிஎல்சி) நிறுவனங்களிடமிருந்து இந்திய குத்தகையாளர்களுக்கு ‘டெண்டர்கள்’ கிடைக்கப்பெறுவதில்லை என்பதையும் நான் அறிந்துக் கொண்டேன்,” என நஜிப் தமதுரையில் கூறினார்.
மலேசிய இந்தியர்களின் திவால் நிலவரம் குறித்து தாம் பெருமளவில் கவலைக் கொள்வதாகவும், அதனை நிவர்த்தி செய்ய பல தரப்பினருடன் கலந்து பேசியதாகவும் நஜிப் சொன்னார்.
திவாலாகின்ற இந்தியர்களின் பட்டியில் நீண்டுக் கொண்டே போவதை தடுக்கும் பொருட்டு, பேங்க் நெகாரா உள்பட கடன் மற்றும் பொருளாதார நிர்வாகம் குறித்த ஆலோசனைகளை வழங்கும் அமைப்பான ‘எகேபிகே’ (AKPK) ஆகிய இரண்டு நிறுவனங்களும் மலேசிய இந்திய பொருளாதார மாநாட்டு (மஇபொமா) குழுவுடன் இணைந்து, நாடுதளுவிய நிலையில், இது தொடர்பான குறிப்புப் பட்டியலை தயாரிக்கும். திவாலாகும் இந்தியர்களின் நிலைமை, அவர்கள் திவாலாகுவதற்கான முழு காரணத்தை கண்டறிவதற்காக இந்த நடவடிக்கை மேற்கொள்ளப்படும். அதனை தொடர்ந்து, இத்தரப்பினரின் பிரச்சினையை தீர்க்கக் கூடிய வழிகளை வங்கிகளுடன் கலந்து ஆலோசித்து அவர்களின் இந்த நெடுநாள் பிரச்னைக்கு ஒரு தீர்வு காண முடியும் என தாம் நம்புவதாக நஜிப் தெரிவித்தார்.
வங்கிகள் இந்திய வர்த்தகர்களுக்கு கடனுதவி வழங்குவதில் இழுப்பறி செய்வதாகவும், கடனுதவி பெறுவதற்கான அனைத்து தகுதிகளும் கொண்டவர்களுக்குக் கூட வங்கிகள் உதவி வழங்குவதில்லை என்ற குறைபாடுகளையும் நிவர்த்தி செய்யும் வகையில், இந்திய வர்த்தகர்களுக்கு வங்கி மற்றும் இதர நிதி நிறுவனங்களின் விதி முறைகள் குறித்து முழு ஆலோசனைகளை வழங்க அரசாங்கம் ‘மஇபொமா’அமைப்பின் கீழ் செயலகம் ஒன்றை அமைத்துள்ளதாக நஜிப் சொன்னார்.
இந்த அமைப்பு, அனைத்துலக வாணிப மற்றும் தொழிற்துறை அமைச்சின் கீழ் செயல்பட்டு வரும் வாணிப ஆலோசனை மையத்தின் உதவியை பெற்றுக் கொள்ளலாம்.
இதனிடையில், இந்தியர்களின் நலனை கருத்தில் கொண்டு, இந்திய வணிகர்கள் மற்றும் வியாபாரிகளுக்கு, அரசாங்கம் வெ. 15 கோடி கடனுதவி ஒதுக்கியுள்ளதாக நஜிப் இந்நிகழ்வில் அறிவித்துள்ளார். 2012 பட்ஜெட்டில் சிறு மற்றும் நடுத்தர வியாபார தொழில்முனைவர்களுக்கு நிதி உதவி வழங்க ஒப்புக் கொண்ட 13 வங்கிகள்தான், இக்கடனுதவியையும் வழங்க முன்வந்துள்ளன. ஒவ்வொரு வங்கியும், தலா வெ. 1 கோடி வழங்க ஒப்புக் கொண்டுள்ளன. எம்ஐடிஎப் (MIDF) நிறுவனம், வெ. 1 கோடி உதவியை ‘எளிய கடன் முறை’யின் கீழ் வழங்க ஒப்புக் கொண்டதாகவும், வெ. 50 லட்சம் கடனுதவியை ‘வியாபார விரைவு திட்டம்’ வழங்கவிருப்பதாகும், மேலும் வெ. 50 லட்சத்தை (ஈ2) திட்ட அடிப்படையில் வழங்கப்படுவதாகவும் நஜிப் சொன்னார்.
அதுமட்டுமல்லாது, தெக்கூன் திட்டத்தின் கீழ், இளைய தொழில்முனைவர்களுக்கு, வெ. 3 கோடி கடனுதவி ஒதுக்கப்பட்டுள்ளது. ஆக மொத்தமாக ஒதுக்கப்பட்டுள்ள வெ. 18 கோடி நிதியைக் கொண்டு இந்திய தொழில்முனைவர்கள், வியாபாரிகள், வர்த்தகர்களின் பொருளாதாரம் வலுப்பெறும் என அரசாங்கம் நம்புவதாக நஜிப் கூறினார்.
இந்திய குத்தகையாளர்களுக்கு, அரசாங்கம் மற்றும் அரசு சார்புடைய நிறுவனங்கள் வாய்ப்புகள் தருவதில்லை என்ற குறைபாடு பரவலாகி வருகிறது. அரசாங்கம் மற்றும் அரசு சார்புடைய நிறுவனங்கள், ‘டெண்டர்’ வாய்ப்புகளை எவ்வகையில் கையாளுகின்றன என்பதை முதலில் அவர்கள் அறிந்துக் கொள்ள வேண்டும். தரமான பணியை வழங்கும் குத்தகையாளர்களுக்கே இந்த ‘டெண்டர்’கள் வழங்கப்படுகின்றன. அரசாங்கத்தின் விதிமுறைகளை அடையக்கூடிய தகுதியை எவ்வகையில் இந்திய குத்தகையாளர்கள் பெற இயலும் என்ற ஆலோசனையை வழங்க ‘மஇபொமா’ அமைப்பின் செயலகம் உறுதுணை அளிக்கும்.
கஸானா நேஷனல் மற்றும் பெர்மோடாலான் நேஷனல் பெர்ஹாட் (பிஎன்பி) நிறுவனங்கள், ‘மஇபொமா’ செயலகத்துடன் இணைந்து, இந்திய குத்தகையாளர்களுக்கு, அரசாங்க மற்றும் அரசு சார்புடைய நிறுவனங்களின் ‘டெண்டர்கள்’ கிடைக்க உதவி புரியும் என நஜிப் தெரிவித்துக் கொண்டார்.
அறிவிக்கப்பட்ட இந்த திட்டங்கள் யாவும் 6 மாதத்திற்குள் அமல்படுத்தப்படும் என நஜிப் கூறினார். இந்திய மக்களின் பொருளாதார வளர்ச்சியை மேம்படுத்துவதற்காக இத்திட்டங்கள் வரையப்பட்டுள்ளன. அரசாங்கம் இந்தியர்களின் நலனில் மிகுந்த அக்கறை கொண்டுள்ளது என்பது இதன் வாயிலாக மீண்டும் நிரூபிக்கப்பட்டுள்ளது.

மூலம்:http://tamil.nambikei.com/?p=440#more-440

Thursday, June 14, 2012

Mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah

Sejak kebelakanngan ini Kedatangan pekerja asing ke negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan - Pekerja asing merujuk kamus bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti Indonesia, Bangladash, Filipina, Thailand, dan sebagainya – dianggap sebagai lombong emas kerana di mana ada gula, di situ ada semut ,Sektor yang menjadi tumpuan adalah seperti sektor pertanian, perkilangan, Perkhidmatan  dan perladangan  Dasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini merancakkan kedatangan mereka lagi membawa kesan-kesan negatif

 menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan ,sikap majikan di negara gemar mengupah pekerja asing dengan kadar upah yang murah . Ini menyebabkan kehidupan penduduk tempatan tersepit  bagai kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan . Isu ini terbukti  apabila , hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan  serta kadar pengangguran semakin meningkat

Peningkatan dalam kadar jenayah kerana tidak  mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan  apabila kos sara hidup semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global pelbagai kes kejenayahan akan bertambah seperti  pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain  dalan satu lagi isu  Mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah

Perkara ini secara tidak langsung memberi Kesan negatif kepada ekonomi negara , Ppengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan  merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini .Sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita  yang memproses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah . Bukti statistik, sebanyak RM9.124 juta telah dihantar ke negara asal pekerja asing di antara bulan Januari hingga Jun 2008  ini membebankan kewangan negara  RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan PATI .  Jika sandiwara ini berterusan  ia akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita

Kerajaan Malaysia pergantungan kepada buruh asing  ini menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan Negara. Ini solah-olah keselamatan negara digadai . Pegambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan .

menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas  dalam  Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya namum demi  kesejahteraan dan pembangunan negara  kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial .

Memorandum Mentranformasikan Ekonomi Usahawan Muda India Dimalaysia.

Pemuda MIC Selangor mengadakan satu pejumpaan rasmi bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan) pada 13 Jun 2012 untuk membincangkan isu-isu berkaitan Memorandum Mentranformasikan Ekonomi Usahawan Muda India Dimalaysia.
Ketua Pemua MIC Selangor En. Shanker Raj Ayanger Mempertengahkan beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan usahawan Muda India di Negara ini. Beliau juga menjelaskan Kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan satu model ekonomi baru untuk negara yang antara lain berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Untuk membangunkan sosio ekonomi Usahawan muda India di negara ini Pemuda MIC Selangor mohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Perlu membuka peluang kepada masyarakat india menceburi dalam “Francais Komuniti”. Usaha kerajaan memperkenalkan program “Francais Komuniti” bagi membantu mengukuhkan lagi budaya keusahawanan perlu dimanafaat sepenuhnya golongan usahawan kecil di negara ini.  Program ini dilihat mampu menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais adalah sebuah industri berskala besar. Industri francais ini terbuka kepada lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial yang penting mereka mempunyai minat dan semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan, Namun Program ini dikhaskan kepada Bumiputra sahaja. Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan semalam akan memberi peluang kepada Pemuda India Selangor khususnya untuk menyertai program francais ini.
Pada pertemuan dengan Pemuda MIC Selangor semalam Datuk Seri Ismail Sabri juga bersetuju untuk menganjurkan satu Program Khas Untuk Pemuda-Pemuda India yang berminat untuk menceburi bidang Perniagaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan dibawah pengelolaan Pemuda MIC Selangor  pada bulan Julai 2012.
Satu lagi berita baik untuk Pemuda India Malaysia ialah Datuk Seri Ismail Sabri bersetuju untuk mempertimbangkan perlantikan Pegawai India untuk Memerhati perkembangan Usahawan Muda India di Malaysia. Kata En.Shanker.
Ismail Sabri juga berjanji untuk meluaskan iklan mengenai Pengambilan Pelajar ke Maktab Koperasi Malaysia (MKM) di semua Media Masa atau saluran yang betul untuk menyampaikan berita ini ke masyarakat india di Malaysia. Kemasukkan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) adalah mempunyai criteria tertentu yang dikhaskan untuk Ahli Koperasi Sahaja.

True Love Story


 This husband is a gift for his wife

God decides all

This is the

True Love Story




Baby with
 her
 mother
Loveable Family
She must be lucky
(Rosemarie “Rose” Siggins)
Good Family

 
This is an example of a Tension free family life

This family is so so lovely
She defeats her discomfort
A cute family

 
And she is a mother of two

She defeats his sickness

We Shall build a Temple for this Guy
cute family in street walk



roaming
 in
 super
 market with his wife


An example for true love


This man is a great man


Cute Baby in
 hand of
 his
 mother.. sleeping

 
We can Nominate her an Award for her courage towards the Life


Cute Baby in bed


Cute baby bath


Baby with her physically challenged mother


Cute Baby with his mother
Friends..
Can we do like this ?
Can we live like this ?
Can we love like this ?
 
 

Wednesday, June 13, 2012

MEMORANDUM MENTRANFORMASIKAN EKONOMI USAHAWAN MUDA INDIA DIMALAYSIA


MEMORANDUM MENTRANFORMASIKAN EKONOMI USAHAWAN MUDA INDIA DIMALAYSIA


MEMORANDUM
 Kepada : Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
                 (Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan)
Daripada : Pergerakan Pemuda MIC Selangor


MEMORANDUM MENTRANFORMASIKAN EKONOMI USAHAWAN MUDA INDIA DIMALAYSIA


1.0              PENDAHULUAN
Kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan satu model ekonomi baru untuk negara yang antara lain berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan skop kerja kepada majlis ekonomi yang akan ditubuhkan, yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi termasuk dari luar negara, untuk mencadangkan satu model ekonomi yang baru untuk negara.

Model ekonomi itu juga akan menggariskan bagaimana Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. Ini Juga termasuk mentranformasikan Sosio-Ekonomi masyarakat India Malaysia.
Memorandum Ini disediakan untuk menyumbang idea dan juga pendapat bagaimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan dapat membantu untuk memajukan serta meningkatkan sosio-Ekonomi Masyarakat India Melalui membuka peluang yang terdapat melalui kementerian.
Kriteria yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (Rakan Perniagaan Francais Anda) tidak memberi peluang untuk Bukan Bumiputra untuk memiliki atau mejalankan perniagaan Francais. SKIM PEMBIAYAAN FRANCAISI
Skim ini menyediakan pembiayaan kepada francaisi-francaisi Bumiputera sahaja untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.
Pemuda MIC Selangor meminta kelongaran untuk medapatkan Bukan Bumiputra terutama Pemuda Bangsa India yang layak juga menyertai perniagaan Francais ini.
Berikut adalah cadangan Kriteria Syarikat India atau Bukan Bumiputra :-
Kriteria
Kriteria Sekarang
Cadangan
Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma

Francaisor/Francaisi Induk berdaftar dengan Pendaftar Francais

Usahawan menjadi pemilik/pengusaha

100% ekuiti milik Bumiputera
Memberi minima 10 francaisi setahun dengan pengecualian 100% ekuiti Bumiputra
Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk

Permohonan pembiayaan perlu dibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk pembiayaan melebihi RM250,000

Permohonan pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan tidak melebihi RM250,000

Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah

Saiz Pembiayaan: RM20,000 hingga RM500,000

Margin Pembiayaan : Sehingga 70% daripada kos projek
100% Pembiayaan untuk 10 francaisi setahun





2.0       USUL

1.)    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Perlu membuka peluang kepada masyarakat india menceburi dalam“Francais  Komuniti"

Usaha kerajaan memperkenalkan program "Francais Komuniti" bagi membantu mengukuhkan lagi budaya keusahawanan perlu dimanafaat sepenuhnya golongan usahawan kecil di negara ini.  Program ini dilihat mampu menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais adalah sebuah industri berskala besar. Industri francais ini terbuka kepada lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial yang penting mereka mempunyai minat dan semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan, Namun Program ini dikhaskan kepada Bumiputra sahaja.

 Hal ini bercangah dengan konsep 1 Malaysia, Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.  Justeru Itu Pemuda MIC Selangor Memohon agar  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Perlu membuka peluang kepada masyarakat india menceburi dalam  “Francais Komuniti".


2.  USAHAWAN MUDA INDIA PERLU DIBERI PENDEDAHAN MENGENAI PEMBUKAAN KEDAI 1 MALAYSIA.
Kerajaan menyasarkan satu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk satu daerah di seluruh negara menjelang hujung tahun depan dan bagi tujuan itu, orang ramai akan diberi peluang memiliki kedai berkonsepkan harga rendah , Usahawan Muda India juga minat untuk memiliki Kedai Satu Malaysia.
Pemuda MIC Selangor menyeru supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan merangka pelan tindakan khas untuk  memberi peluang kepada usahawan muda kaum india menceburi dalam bidang peruncitan dengan membuka Kedai 1 Malaysia .
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan memngadakan satu sesi khas supaya mereka yang minat dalam pembukaan kedai 1 Malaysia diberi nasihat dan juga tunjuk ajar dari segi Syarat Penyertaan, Modal untuk pengurusan, Penentuan Lokasi dan juga Tatacara Permohonan.

3.)    PERUNTUKKAN GERAN PERNIAGAAN PERLU DITAMBAHKAN KEPADA GOLONGAN USAHAWAN MUDA INDIA

Small and Medium Enterprise Corporation Malaysia (SME Corp.) dan SME Bank Malaysia telah memperuntukkan RM70 juta untuk program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) baru bagi keupayaan sektor tersebut. sebahagian besar peruntukan itu merupakan pinjaman mudah dengan menggunakan nisbah 50:50 (50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman mudah) dan secara berperingkat telah  dikurangkan peruntukan geran tersebut.

Pemuda MIC Selangor memohon supaya Pemberian Geran perlu dikekalkan dan juga nilai pemberian pinjaman perniagaan perlu ditambah.



4.)     KENAIKKAN BILANGGAN KEMASUKKAN USAHAWAN MUDA INDIA DALAM MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM).
Maktab Koperasi Malaysia (MKM)merupakan satu-satunya institusi pendidikan koperasi di negara ini. MKM telah ditubuhkan dalam tahun 1956 dan diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun melalui penguatkuasaan Akta Parlimen pada tahun 1968. Melalui akta tersebut MKM telah diberi tanggungjawab sebagai sebuah institusi yang menyediakan latihan dan pendidikan koperasiuntuk gerakan koperasi di negara ini. Kini, MKM telah menjadi sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Pemuda MIC Selangor Memohon agar Kemasukkan  Pelajar ke Maktab Koperasi Malaysia (MKM) perlu diberi peluang kepada Golongan Usahawan Muda India yang mahu menceburi bidang keusahawanan.


5.)    PROGRAM UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN DAN JUGA KESEDARAN KEPADA PENGGUNA
Satu organisasi khas Pengguna  yang mewakili semua masyarakat India di Negara ini , untuk member kesedaran serta pemdidikan tentang hak pengguna. Memandangkan peranan yang dimainkan oleh organisasi ini perlu diperkukuhkan, penstrukturan semula telah dilakukan bagi membolehkan organisasi ini memainkan peranan secara lebih berkesan dalam pembangunan gerakan kepenggunaan.
Pemuda MIC Selangor Memohon agar seorang pegawai India  Dilantik untuk menjaga kebajikan pengguna yang boleh berkomunikasi dengan masyarakat india di Negara ini.


3.0       PENUTUP
Sehubungan dengan perkara dan usul-usul yang dikemukan diatas, kami menyeru agar pihak  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan dapat memberi penekann yang serius dan juga dapat memberi satu jawapan yang positif yang memberi respon yang memberangsangkan. Dengan ini Pemuda MIC Selangor  percaya taraf sosio ekonomi masyarakat india akan akan tumbuh dengan kadar yang sihat.

How to keep your employees respectful