Wednesday, June 27, 2012

NAJIB HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP MIC?




Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita mengenai PRU yang ke 13 menjadi “HOT TOPIC” di negara
kita pada masa ini. Kemahuan sudah dituruti, apa sebenar masalah lagi dalam kempimpinan MIC menjelang pengistiharan calon BN  kita pun tidak pasti. Keputusan daripada pemimpin BN mengenai penentuan calon perlu dihormati. Kerja keras BN tidak cukup untuk memenangi calon BN di PRU 13 jika tiada kesepakatan dalam MIC. Angin perubahan yang dibawa oleh DS Najib sebagai Pengerusi BN dan juga sebagai Perdana Menteri sudah ada kepada pengundi tinggal lagi sejauhmana kesepakatan komponen BN ketika berdepan dengan pilihan raya itu sahaja.

Lanskap politik di Selangor akan turut berubah dan kesinambungannya sebagai penentu kepada BN dan penerimaan rakyat terhadap BN dan kerajaan. Perkara ini seharusnya difikirkan oleh pemimpin MIC bukan hanya setakat mahu mengikut kemahuan sendiri sahaja. Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada ketua pembangkang itu sudah merosot, seandainya persaingan dalam parti komponen terus berulang maka satu Tsunami menanti untuk MIC.
Dari aspek sosial media sokongan memihak kepada PKR bermakna isyarat yang tidak baik kepada BN dan kerajaan ketika menghadapi piliha raya ke 13 nanti.

Umno merupakan tunggak kekuatan BN yang telah banyak membuat perubahan, tetapi perkara ini tidak menjadi ikutan dalam MIC. Sikap diberi betis mahu pula paha tidak menguntongkan mana-mana pihak, tambahan pula ketika kita berdepan dengan musuh dalam pilihan raya tetapi ini tetap juga berlaku dan masih menebal dikalangan pemimpin MIC. Kali ini kita mengharapkan DS Najib bertegas tidak mengikut tekanan mana-mana pihak dalam MIC khususnya dalam soal penentuan calon BN.

Calon anak tempatan, memahami kehendak rakyat dan popular dalam kalangan akar umbi itu pilihan terbaik untuk dipertandingan dalam PRU yang Ke 13. Kali ini rakyat menanti-nantikan pilihan calon yang celik terhadap isu tempatan. Kali ini kita mengharapkan DS Najib akan memberi penekanan kepada pemilihan calon khususnya di kerusi tandingan MIC.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful