Thursday, October 16, 2014

UNSC| KEANGOTAAN MALAYSIA DALAM MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU

 http://www.un.org/en/sc/img/banner_sc.jpg
Di bawah Piagam ini, Majlis Keselamatan mempunyai tanggung jawab utama untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa. Ia mempunyai 15 ahli, dan setiap ahli mempunyai satu
undi. Di bawah Piagam ini, semua negara anggota berkewajiban untuk mematuhi keputusan Majlis.

Majlis Keselamatan mengambil memimpin dalam menentukan adanya ancaman kepada keamanan
atau perbuatan pencerobohan. Ia menyeru pihak-pihak yang bersengketa untuk menyelesaikannya
dengan cara damai dan mencadangkan kaedah penyesuaian atau syarat-syarat penyelesaian. Dalam
beberapa kes, Majlis Keselamatan boleh mengambil jalan keluar dengan mengenakan sekatan atau membenarkan penggunaan kekerasan untuk mengekalkan atau memulihkan keamanan    dan keselamatan antarabangsa.

Majlis Keselamatan juga mengesyorkan kepada Perhimpunan Agung pelantikan Setiausaha Agung dan kemasukan ahli baru ke PBB . Dan bersama-sama dengan Perhimpunan Agung, ia memilih hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.


BUKAN KERANA ANWAR| Rakyat Serang Facebook Anwar


Apakah Rakyat Malaysia semakin Celik Politik atau Bosan dengan arena Dramatic Pro Pakatan. Insiden semalam membuktikan ada Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Dulu cerita mula dengan REFORMASI, kemudian ditukar kepada JOM UBAH  serta merta dijadikan INI KALILAH Yang terbaruLANGKAH KAJANG| DARI KAJANG KE PUTRAJAYA, Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah. Namun kini sebaliknya berlaku.

Zaman keagungan UN-WAR telah luntur sejak kebelakangan ini. penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan.

Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya. Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.


p/s: Bukan Semua boleh tertipu dengan gelagat lucu dan sentimental ANDA!!!!

Tuesday, October 14, 2014

BAJET 2015 | Ringkasan Bajet 2015 Highlight Malaysia : Intipati Kandungan Bajet

Malaysia Budget 2015 Highlight : Pembentangan Budget 2015 telah pun diumumkan kepada semua. Peruntukkan berjumlah ratusan billion mula diumumkan kepada setiap kementerian dan kumpulan sasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Setelah dikira dengan tujuan asal kerajaan melalui pembentangan Budget 2015 kali ini lebih kepada mahu mengurangkan defisit fiskal yang paling utama dan dalam pada masa yang sama mahu meningkat pendapatan dan kantung kerajaan Malaysia, akhir terdapat beberapa pengumuman-pengumuman penting yang Berita Semasa ingin rakaman bersama untuk diperbincangkan pada laporan berita kali ini :













  • Kerajaan Malaysia mahu mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0% pada tahun 2015 melalui jangkaan 3.5% pada tahun 2014 ini. Sama-sama kita nantikan azam kerajaan pada masa akan datang. Berjaya atau tidak?
  • Budget 2015 Malaysia memperuntukkan sejumlah RM273.9 bilion, berlaku kenaikan peruntukkan sebanyak RM9.8 bilion
  • Daripada pembentangan Budget 2015 Malaysia ini, RM50.5 telah pergi kepada bajet pembangunan
  • Melibatkan bajet perbelanjaan mengurus, pembayaran kepada keluarga besar kakitangan awam di Malaysia adalah terbesar apabila menjangkau RM65.6 bilion
  • Dan….kerajaan Malaysia dijangka akan mampu mengaut dana sejumlah RM235.2 bilion pada tahun 2015 kelak, yang mana berlaku kenaikan sebanyak RM10.2 bilion

Malaysia Bajet 2015 Cukai

  • Kadar cukai pendapatan individu turun 1%-3% mata peratusan
  • Kadar cukai pendapatan perseorangan untuk paras maksimum naik daripada pendapatan lebih RM100,000 kepada pendapatan lebih RM400,000
  • Kadar cukai pendapatan individu turun daripada 26% kepada 24%, 24.5 dan 25%
  • Kadar cukai pendapatan koperasi turun 1%-2% mata peratusan bagi tahun taksiran 2015
  • Kadar cukai pendapatan syarikat turun 1 mata peratusan bagi tahun taksiran 2016
  • Kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan serdahana turun 1 peratusan bagi tahun taksiran 2016

Malaysia Budget 2015 Subsidi

  • Berdasarkan laporan Ekonomi, kerajaan Malaysia akan mengurangkan jumlah perbelanjaan subsidi dan bantuan tunai yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia sebanyak 7% daripada RM40.6 kepada hanya RM37.7 bilion pada tahun 2015
  • Mekanisme pemberian subsidi minyak akan dirombak dan akan diumumkan tidak lama sahaja lagi supaya hanya diberikan kepada golongan yang “berhak” sahaja

Malaysia Bajet 2015 : Usahawan

  • Tekun diberikan bajet sejumlah RM350 juta untuk kegunaan usahawan bumiputera
  • Ekuinas mendapat RM600 juta bagi meningkatkan jumlah pemilikan bumiputera dama syarikat swasta dan GLC
  • Tambahan RM30 juta bagi skim SUPERB ( Bumiputera Entrepreneurs Startup Scheme)

Malaysia Budget 2015 Majikan Swasta

  • Potongan cukai 2x ke atas perbelanjaan program intership
  • Potongan tambahan atas belanja latihan sijil dan kelayakan profesional
  • Potongan cukai 2x atas biasiswa pengajian sijil vokasional dan teknik

Malaysia Budget 2015 Pendidikan

Insentif Bayaran Pinjaman PTPTN
  • Bayaran penuh sekaligus sebelum 31 Mac 2015 ada diskaun 20%
  • Bayar balik tanpa henti Januari 2015-Disember 2015 dapat rebet 10%
Simpanan Pendidikan
  • Geran sepadan SSPN diperluskan kepada pencarum dengan pendapatan isi rumah RM4,000
  • * Geran sepadan sedia ada tidak lebih RM10,000

Malaysia Budget 2015 Sabah & Sarawak

  • RM27 bilion untuk Lebuh Raya Pan Borneo 1,663, 936km di Sarawak 7 727 km di Sabah
  • Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah & Lubok Antu, Sarawak
  • Naik taraf Hospital Tawau
  • Kemudahan rawatan kanser di Hospital Wanita & Kanak-kanak di Likas, Sabah
  • 943 juta untuk 635km jalan luar bandar

Malaysia Budget 2015 Perkhidmatan Awam

  • Semakan 252 skim perkhidmatan sedia
  • Bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan kepada pegawai & kakitangan kontrak KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan seranta FELDA
  • Had kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan – Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
  • RM500 juta untuk baik pulih dan selenggara kuarters tentera, polis, guru, dan kakitangan kesihatan
  • RM105 juta untuk selenggara kuarters kerajaan di bawah program Mybeautiful Malaysia
  • Bonus penjawat awam Bajet 2015 bonus setengah bulan gaji
  • Bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan
  • Bayaran bonus penjawat awam & pesara kerajaan pada Januari 2015

Malaysia Budget 2015 Kos Sara Hidup

  • Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah
  • Baucar Buku 1Malaysia (BB1M 2015) : RM250
  • BR1M 4.0 2015 bagi isi rumah kurang RM3,000 : RM950
  • BR1M 4.0 2015 bagi isi rumah antara RM3,000 – RM4,000 : RM750
  • BRiM 4.0 2015 bagi bujang pendapatan kurang RM2,000 : RM350
  • Skim Khairat Kematian RM1,000 ganti insuran BR1M

Malaysia Budget 2015 Ahli Parlimen

  • Kenaikan elaun ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara naik kepada JUSA C
  • Manakala gaji dan elaun bagi YDP Dewan Rakyat & Dewan Negara serta timbalan akan naik

Malaysia Budget 2015 Belia

  • Skim Perumahan Belia diperkenalkan bagi pembelian rumah di bawah RM500,000 melibatkan golongan berumur 25-40 tahun yang sudah berkahwin dan pendapatan isi rumah pula kurang daripada RM10,000 bagi tempoh pembiayaan sekitar 35 tahun

Malaysia Budget 2015 Hartanah

  • RM1.3 bilion bagi 80,000 unit rumah PR1MA
  • Syarat disemak semula kepada had pendapatan isi rumah RM10,000 (meningkat dari RM8,000).
  • Skim sewa beli untuk golongan yang tidak mendapat pembiayaan bank.
  • RM644 juta untuk membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat.
  • Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di tanah milik sendiri

How to keep your employees respectful