Thursday, August 30, 2012

மக்களின் வளர்ச்சியே நாட்டின் மேண்மை



சுதந்திர அடைந்து இன்றுடன் 55 வருடம் அடைந்து விட்டது, நாட்டின் வளர்ச்சியில் இந்திய மக்களின் பங்களிப்பும் பெரும்பங்காற்றியது என்றால் அது மிகையாகாது.சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பதாகவே நம் இந்தியர்களின் பங்களிப்பு பெரிதும் உருதுணையாக இருந்துள்ளது என்பது வரலாறு.
மலேசியாவின் சிறப்பு அம்சங்களில் ஒன்றான  சுபிட்சமான வாழ்க்கை முறை உலக அளவில் வியப்பாக பேசப்பட்டு வருகிறது. பல இன மக்கள் அமைதியாகவும் புரிந்துணர்வுடணும் வாழும் காட்சி மலையகத்தை தவிர வேறு எந்த நாட்டில் காணமுடியும்.
இருந்த்த போதிலும் ஒரு சிலர் தங்களின் சுய நலத்திற்காக ஊறு விளைவிக்க முற்படுவது கண்டிக்கத்தக்கது. மலேசியா என்பது குடிமக்கள் அனைவருக்கும் சொந்தமான ஒரு இடம். ஆனால் இதை அரசியல் நோக்கத்திற்காகவும் தனி பட்ட நபரின் சுயநலத்திற்காகவும் கேடு விளைவிக்க முற்படுகின்றனர். ஒரு குடிமகனாக எச்சரிக்க கடமைப்பட்டுள்ளேன்.
மலேசியாவிற்கு எனது 55 வது சுதந்திர தின வாழ்த்துகள்!!


                        




Thursday, August 2, 2012

|TRUE| HATERS

|Morning Breakfast| Watch This

Youtube :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

|Kami Bersama Rafizi| Pengikut Laman Facebook Biayai Guaman Rafizi?

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dilaporkan ditahan polis kira-kira jam 7 pagi tadi atas dakwaan terbabit mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan projek PerbadananFeedlot Nasional (NFC).

Beliau yang mengulas di laman Twitter miliknya berkata, penahanan itu adalah di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan akan didakwa pada jam 9 pagi ini di Mahkamah Shah Alam.


Kalingga Warrior sempat jelajah Sebuah laman Facebook bernama “Kami Bersama Rafizi” dilancarkan oleh para penyokong Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli petang tadi. Setakat ini sudah lebih 4035 orang LIKE laman FB tersebut.


Rafizi yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi. Beliau telah dibebaskan dan diikat jamin berjumlah RM15,000. Beliau dijamin oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kes ditetapkan pada 10 September nanti.  Pihak pengendali laman Facebook tersebut memberikan tiga perkara yang harus diketahui umum:

1) Cara pihak polis & Bank Negara MENYERBU rumah Rafizi pagi ini adalah tidak munasabah langsung, sedangkan suami Shahrizat pun tidak dilayan sebegitu.

2) Tuduhan terhadap Rafizi adalah untuk MENDIAMKAN beliau yang dalam proses    mendedahkan penyalahgunaan kuasa PM Najib

3) “Najib, rakyat memerhatikanmu”


| Janji Ditepati | JANGAN POLITIKKAN ISU KEMERDEKAAN

KUALA LUMPUR - Setelah pelbagai masalah timbul melibatkan isu Tema Hari Kemerdekaan yang dipolitiikkan oleh pelbagai pihak kini Pakatan Rakyat membuat satu keputusan yang drastik.  setelah desakan demi desakan yang dikeluarkan oleh Pihaak Pakatan mengenai isu Tema hari Kemerdekaan  yang sedang digunakan oleh Kerajaan Pusat, Pakatan Mengumumkan memilih tema Sebangsa Sejiwa Senegara sebagai tema alternatif.

Lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini, kata penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub.

Beliau berkata lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye. Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Arman dan Aye di ibu pejabat Erama records di sini, hari ini. 

Jasnie, yang juga penerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu 'Janji Ditepati' semalam dan mendengar melodinya hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.

"Di mana-mana di seluruh dunia pun ada (lagu) guna rentak pop, rock, doremi dan sebagainya. Mana-mana komposer cubalah nilai melodi lagu itu, sama atau tidak dengan lagu Janji Ditepati. Memang tak sama," jelasnya.

Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam 'Youtube'.

Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi. Mengenai proses awal penggubahan lagu 'Janji Ditepati', beliau menjelaskan bahawa mereka mengambil masa kira-kira dua hari untuk menghasilkan melodi berdasarkan lirik yang diberi.

"Lagu itu pada mulanya digubah dalam bentuk 'hip hop'. Lagu ini kami belum terbitkan lagi, cuma sudah diperdengarkan semasa pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang baru-baru ini," katanya sambil menambah sehingga hari ini, lagu 'Janji Ditepati' telah diubah sebanyak empat kali.

Ditanya sama ada isu ini menjejaskan proses penggubahan lagu yang masih belum selesai dan kemungkinan menukar lagu sedia ada, Jasnie berkata: "Tidak sama sekali."

"Takkan ubah. Saya tetap dengan pendirian saya. Kalau saya ubah nanti orang kata 'betullah dia tiru, sekarang dia ubah'. Tapi terpulanglah kalau ada permintaan mana-mana pihak," tegasnya.

Beliau berharap penjelasan itu dapat merungkaikan persoalan yang berbangkit sambil meminta ia tidak lagi disamakan dengan lagu lain.

Jasnie merupakan seorang penggubah lagu profesional dan pernah terlibat
dalam pembikinan album beberapa artis termpatan termasuk Noraniza Idris, Hazama serta Mila selain pernah memenangi beberapa anugerah penciptaan lagu di peringkat kebangsaan.


Sebelum ini, PR telah mendesak Kerajaan Pusat agar menukar tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati, yang didakwa tidak mencerminkan rakyat dan negara serta lebih kepada mewakili Barisan Nasional (BN). -- Bernama

Wednesday, August 1, 2012

|HOT| Malaysian Indian Representing Australia For Olympic


https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/479792_290706071036912_827762510_n.jpg

Source: THR.FM

|MERDEKA| Sebangsa Sejiwa Senegara tema Pakatan Rakyat


Setelah pelbagai masalah timbul melibatkan isu Tema Hari Kemerdekaan yang dipolitiikkan oleh pelbagai pihak kini Pakatan Rakyat membuat satu keputusan yang drastik.  setelah desakan demi desakan yang dikeluarkan oleh Pihaak Pakatan mengenai isu Tema hari Kemerdekaan  yang sedang digunakan oleh Kerajaan Pusat, Pakatan Mengumumkan memilih tema Sebangsa Sejiwa Senegara sebagai tema alternatif.

Satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Pucuk pimpinan Pakatan mengkaji Tema Hari Kemerdekaan yang dibentuk PR telah membuat pengubahsuaian daripada 250 slogan yang diterima sejak minggu lalu, selari dengan keadaan di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

  Tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa telah diubah supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan diperhalusi sebanyak mungkin. tema tersebut dilihat lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.

Sebelum ini, PR telah mendesak Kerajaan Pusat agar menukar tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati, yang didakwa tidak mencerminkan rakyat dan negara serta lebih kepada mewakili Barisan Nasional (BN).


TEMA HARI KEMERDEKAAN DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN PUSAT SEJAK 1970
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1 Malaysia Menjana Transformasi
2011 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Sumber: Sinar Harian

How to keep your employees respectful