Wednesday, March 8, 2017

TN50| Transformasi Nasional (TN50) menjelang 2050 memerlukan kerajaan mendengar aspirasi dan pandangan golongan muda



Kejayaan dalam merealisasikan Transformasi Nasional (TN50) menjelang 2050 memerlukan kerajaan mendengar aspirasi dan pandangan golongan muda di negara ini. Ini bermakna para belia hari ini merupakan generasi penerus kesinambungan pembangunan ini yang akan menikmati manfaatnya

Menurut Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr Shamsul Adabi Mamat, sifat kepembangkangan belia itu dipupuk daripada banyak faktor, antaranya cara pembangkang itu sendiri dalam mendekati belia.
Ia adalah pendekatan yang bagus. Kerana apa?  Pertamanya, tidak ada perdana menteri yang mempunyai insiatif seperti itu dalam mendekati rakyat. Berdiri di tengah-tengah penonton,  menunjukkan keyakinan beliau dalam memberi penerangan terhadap isu semasa. Dan yang hadir kebanyakannya golongan belia.


Apakah TN50 menggantikan Wawasan 2020?
Penting untuk kita sebut dari awal ini adalah satu kesinambungan. Selepas 2020 kita mesti ada visi untuk 30 tahun lagi. Sebab dunia pada hari ini sangat dinamik, perubahan yang kita lihat pada hari ini tidak ada pada tahun 1991 sewaktu Wawasan 2020 digubal. Kita berdepan cabaran dan perubahan demografi dan perubahan teknologi yang sangat pesat. Sekiranya kita tidak ada satu perbincangan untuk mendapat input rakyat Malaysia terutamanya generasi muda berkenaan hala tuju dan aspirasi mereka menjelang 2050, maka kita tidak bersiap sedia untuk masa hadapan.

Perbezaan pendekatan dalam merangka TN50?
Proses bottom-up iaitu dari akar umbi dan bukannya atas ke bawah. Kalau dahulu mungkin DEB, Wawasan 2020 itu datang sebagai dokumen dasar dan visi daripada kerajaan kepada rakyat tetapi kali ini kita terbalikkan prosesnya dan kita minta pandangan daripada rakyat dahulu dan ia akan dimulakan dengan generasi muda pada tahun ini.

Ia akan melibatkan sektor-sektor yang lain selepas kita mulakan keterlibatan dengan generasi muda. Jadi kita mahu TN50 betul-betul menjadi visi yang dikongsi bersama, aspirasi yang dimiliki bersama dan masa depan yang dibina bersama oleh rakyat Malaysia dan bukan hanya pandangan kerajaan sahaja tetapi pandangan yang mencantumkan idea dari seluruh rakyat Malaysia.

Apakah ada sasaran tertentu dari segi jumlah mereka yang akan dilibatkan?

melibatkan 1.5 juta belia Malaysia pada tahun ini melalui sesi town hall, perbincangan berfokus dan melalui program-program lain. Program wacana nasional TN50 juga melibatkan pelajar sekolah seperti menerusi pertandingan esei. Kita juga akan adakan program kreatif seperti pertandingan filem pendek dan kita akan minta pengarah-pengarah muda menunjukkan imaginasi mereka mengenai Kuala Lumpur pada 2050, ini pastinya menarik. Kita juga akan buat pertandingan animasi dan banyak lagi program kerana kita tidak mahu program ini hanya berbentuk perbincangan satu dimensi.

Aspek yang perlu disentuh generasi muda dalam proses ini?

Kita akan gunakan peluang ini untuk paint the picture kerana kita tahu unjuran berkenaan populasi Malaysia 30 tahun lagi. Pada tahun 2050 kita akan mula merasai kesan populasi tua, lebih ramai lagi bersara. Kita juga akan memberi gambaran mengenai sumber asli kita yang mana mungkin kebergantungan kita kepada sumber asli minyak dan gas perlu dikurangkan, apakah kita bersedia untuk tenaga boleh diperbaharui? Apakah cabaran yang datang daripada perdagangan global waktu itu? Apakah cabaran dari segi pekerjaan masa hadapan?
Kita sekarang bercakap soal artificial intelligence, soal robotik, apakah pekerjaan hari ini masih wujud pada 2050 dan kalau tidak wujud lagi macam mana kita hendak latih dan macam mana hendak didik generasi muda agar mereka dapat peluang pekerjaan pada 2050? Apakah kita bersedia untuk revolusi industri keempat sama ada Malaysia sudah mempunyai tenaga kerja dan modal insan yang mencukupi untuk kita menjana perubahan dan kemajuan?

Adakah TN50 akan menetapkan sasaran khusus dalam bidang-bidang yang ditetapkan?

Ini juga adalah satu perkara yang perlu dibincangkan sama ada rakyat mahu melihat kita menjadi antara 20 negara teratas dalam ranking apa. Saya akan bentangkan semua ranking yang ada dalam dunia ini, sama ada kita hendak muncul 20 teratas dari segi daya saing gobal, dari segi indeks pembangunan manusia Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) atau dari segi ranking FIFA 20 negara teratas, jadi ada banyak ranking.
Saya rasa sasaran itu juga mesti datang daripada rakyat. Perdana Menteri bercakap secara umum mengenai 20 negara teratas tetapi apa 20 negara teratas itu biarlah kita berbincang. Dan biarlah realistik, mungkin 20 teratas ranking FIFA itu tidak realistik (berseloroh).

NEGARAKU MALAYSIA!!

Untuk Negaraku TELAH BANYAK KITA KECAPI BERSAMA  BERKONGSI SUKA DAN DUKA  KEPELBAGAIAN BUKAN PEMISAH, MALAH MENGUATKAN JALIN...