Friday, September 28, 2012

PANAS| 24 JAM UNTUK PENGUMUMAN PRU-13?



KALINGGA WARRIOR Sempat mendapatkan beberapa komen serta kritikkan daripada Masyarakat malaysia mengenai pemilihan Calon untuk PRU-13 masih berpegang kepada janji PM Najib bahawa calon-calon yang bakal dipilih untuk PRU13 adalah calon-calon yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat,yang boleh menang dan sama sekali tidak akan termakan dengan lobi melobi malah bersedia menggugurkan calon-calon yang dilihat berpotensi untuk kalah walaupun calon-calon itu adalah rakan-rakannya di zaman Pemuda maupun pegawai-pegawainya yang sedang berlegar di sekelilingnya hari ini.
 
Beliau juga memberikan kata dua kepada mana-mana pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak,sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan calon-calon untuk pilihanraya nanti malah beliau bersedia kehilangan kawan-kawan demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Kalau sebelum ini kabinetnya dilihat banyak memberikan ruang,tempat serta peluang kepada rakan-rakannya termasuklah perlantikan untuk jawatan Senator serta Menteri maupun Timbalan Menteri,PM Najib kali ini harus lebih berhati-hati dan memegang kejap janji-janjinya untuk memilih calon-calon yang benar menepati kehendak serta aspirasi rakyat setempat serta terbanyak.

Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya,makin ramai yang sedang melobi,memperagakan diri kononnya merekalah calon yang paling layak,merekalah calon yang boleh menang dan dari Pengerusi Tetap hingga ke Pemeriksa Kira-Kira sedang berusaha untuk menarik perhatian Najib dan agensi supaya menamakan mereka sebagai calon.

Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.

Dalam masa yang sama,ada juga dari kalangan pegawai-pegawai agensi yang berkaitan turut berusaha untuk menonjolkan diri sebagai calon PRU13 dan mereka ini menggunakan segala peluang yang ada mempengaruhi Perdana Menteri termasuk pegawai-pegawai PM untuk menamakan nama mereka bagi dipilih.Kepimpinan minta mereka berkerja untuk mencari calon yang benar-benar layak tetapi mereka yang sibuk menonjolkan diri mahu menjadi calon!

Tidak kurang juga pegawai-pegawai PM sendiri berusaha dengan segala kekuatan yang ada termasuk wang ringgit walaupun mereka tidak disukai oleh pengundi setempat  menonjolkan diri untuk menjadi calon dan ada yang mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk menamakan mereka sebagai calon yang boleh menang.


Segala `cable’ yang ada mereka gunakan termasuklah menyakinkan agensi ataupun PM Najib sendiri kerana mereka menang Ketua Bahagian maka merekalah calon yang paling layak dan tidak cukup dengan itu bekas-bekas calon yang kalah dalam PRU12 lalu pun berusaha untuk kembali semula ke gelanggang kononya mereka kalah dulu bukan rakyat tidak suka tetapi kerana terkesan dengan tsunami politik.

Mungkin inilah kebimbangan sebenar PM Najib.beliau barangkali tidak gentar dengan `mood’ rakyat kerana sebagai Perdana Menteri beliau memilik kunci yang banyak bagi menyakinkan rakyat tetapi yang paling membimbangkan adalah sabotaj daripada mereka yang beriya-iya untuk menjadi calon tetapi tidak terpilih dan bala lagi bakal menimpa PM Najib sekiranya pegawai-pegawai beliau sendiri bercita-cita besar untuk menjadi calon pilihanraya.

Rakyat serta ahli parti bimbang PM Najib akan terlepas pandang dengan memilih `cable’ daripada `winnable’ hasil daripada konspirasi orang-orang tertentu yang sememangnya mahu melihat Najib gagal sekurang-kurangnya mempertahankan kemenangan seperti yang Pak Lah catat masa PRU12 lalu apatah lagi untuk mencapai sasaran dua pertiga majority di Parlimen.

PM Najib juga jangan sesekali terpedaya dengan helah kawan-kawannya,jangan telan bulat-bulat pandangan ataupun nama-nama yang dicadangkan oleh agensi-agensi  dan nama-nama itu erlu ditapis sebaik mungkin bagi mengelakkan BN terkubur sebelum waktunya.

Ada juga yang bertanya,apakah kali ini calon-calon atau MP yang sedang menang tetapi terlibat dalam masalah moral,rasuah dan penyelewengan akan dipilih semula untuk menjadi calon PRU13 nanti?Meraka ini bolehlah kita umpamakan seperti biawak hidup yang terpaksa PM Najib pikul diatas batu jemalanya dan adakah yang baru masuk gelanggang taupun baru memimpin Bahagian adalah calon yang benar-benar boleh menyakinkan pengundi?

Semua pemimpin termasuk PM Najib sendiri menganggap PRU13 adalah penentu kepada kelangsungan perjuangan UMNO.PRU13 adalah hidup mati BN dan kalau semua beranggapan sedemikian,kita setuju dengan pandangan PM Najib asalkan boleh menang di kerusi Parlimen,calon kitar semula dan tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Bahagian pun akan dipilih untuk membawa panji-panji Barisan Nasional.

Ada rakan-rakan PM Najib yang sedang menggilai jawatan-jawatan Menteri maupun Menter Besar walaupun menang kalah belum tentu lagi dan ada juga yang menyedari bahawa mereka akan kalah jika bertanding tetapi tetap mahu bertanding kerana mahu `menelan’peruntukan pilihanraya.

Kita sedang tunggu..adakah PM Najib pilih` winnable’ ataupun `cable’. Najib perlu dingatkan walaupun beribu kali bahawa BN adalah milik ahli dan rakyat,Jangan hanya kerana PM Najib Presiden dan Perdana Menteri,beliau lalai hingga gagal memberikan kita calon yang boleh menang.

Sumber: sanggahtokjanggutblogspot

HOT|BUDGET 2013 VC PR SHADOW BUDGET 2013

BAJET 2013| BAJET RAKYAT?

Berikut adalah ringkasan Bajet 2013 yang telah diterima baik oleh semua rakyat Malaysia. Kat sini kami bagi rumusan mengenai keputusan atau pelaksanaan kerajaan yang sememangnya mesra rakyat. Pelbagai manfaat diberikan kepada semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah, pelajar dan juga kakitangan awam.
Ringkasan Dan Rumusan Bajet 2013
  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian @bonus juga mereka dapat sebanyak RM500.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 setahun.
  • Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
  • Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar mulai Januari 2013.
  • Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1% bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan mendapat penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Anyway ianya terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
  • Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen per kg mulai 29 September 2012. So ini bermakna harga gula akan naik le sebanyak 20 sen.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau BR1M 2.0 diberi lagi sebanyak RM500. Di samping itu ianya diperluaskan kepada individu bukang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Bagi yang bujang pemberian adalah sebanyak RM250. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 20013.
  • Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan kepada 15% (sebelum ini 10%) bagi hartanah yang dijual dalam masa 2 tahun dan dinaikkan kepada 10% (sebelum ini 5%) bagi hartanah yang dijual dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. So kalau jual hartanah selepas 5 tahun, tiada cukai yang dikenakan.
  • Skim Rumah Pertamaku, peningkatan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit pada tahun 2013. Harga rumah adalah RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.
  • Telefon pintar @smart phone bagi melayari internet bagi golongan belia. Rebat RM200 akan diberikan secara one-off (sekali aja ya), bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ianya tertakluk kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Wang proses bagi permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 bagi setiap permohonan, tidak kira berapa jumlah permohonan. Sebelum ini caj adalah RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman bagi pinjaman pertama dan RM2 bagi pinjaman kedua.
  • Skim pelindungan insurans berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Perlindungan maksimum sehingga RM15,000 dan ianya memberi kemudahan kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis.
  • Bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, sumbangan RM1,000 secara one-off diberi kepada mereka.
  • Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai naik from RM5.80 kepada RM7.80.
  • Bayaran insentif khas diberi kepada semua pegawai dan anggota ATM sebanyak RM200 sebulan.
  • Meningkatkan peluang kenaikan pangkat ATM melalui kaedah secara time-based bagi anggota prebat ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan.
  • Pesara Kerajaan yang telah berkhidmat at least 25 tahun, pencen dinaikkan minimum RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 to RM150 untuk pasport yang sah laku 5 tahun, bagi yang 2 tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kanak-kanak di bawah 12 tahun pun dapat juga. Kadar ini bermula Januari 2013.

BAJET 2013| ANWAR MENYIFATKAN BAJET "KRONI SDN BHD"?

KALINGGA WARRIOR ingin mengemukakan pendapat serta reaksi Ketua PAkatan PemBAngkang mengenai  Bajet 2013.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Bajet 2013 sebagai tidak mengutamakan rakyat tetapi ia menekankan lebih kepada insentif kepada kroni dan kelas atasan.

Anwar dilaporkan berkata dalam Keadilan Harian bahawa insentif untuk Bursa Tun Razak (TRX) sebagai insentif kewangan kepada orang kaya.

"Ia tidak menyentuh pada IPP (Pengeluar Tenaga Bebas). Harga gula disebut tetapi tidak monopoli gula, "Anwar dipetik sebagai berkata.

Beliau juga mengkritik kekurangan perkara baru bagi orang-orang dalam kelas pertengahan julat pendapatan seperti skim Perumahan Pertama Saya.

Anwar berkata Perbadanan Perumahan Negara harus mengutamakan rakyat dan tidak menjadi sebuah organisasi yang yang berorientasikan keuntungan mengatakan ia harus mampu untuk menjana projek-projek yang boleh memenuhi keperluan rakyat.

Pas Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata tidak kira bagaimana baik bajet, ia tidak akan bermakna apa-apa jika pelaksanaannya dipenuhi dengan penipuan dan berjalan pada RM28 bilion kerugian setiap tahun.

Dalam laporan berita oleh Harakah Daily Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah dipetik sebagai berkata: "Walaupun Najib mempunyai keupayaan untuk membentangkan bajet yang baik, ia tidak berguna untuk rakyat apabila Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa negara ini adalah kehilangan RM28 bilion setahun disebabkan mismanagements oleh kerajaan Barisan Nasional. "

Mohamad percaya apa yang lebih teruk daripada membeli undi adalah salah urus pelaksanaan apa yang telah dibentangkan dalam bajet.

-Adaptasi:Kuala Lumpur Post
P/s:- Yang pasti pada akhirnya semua "termasuk yang mngutuk BAJET 2013" akan merasai kebaikkan atau peluang yang akan dilaksanakan pada tahun 2013

BUDGET @2013| TIDAK MENAWAN HATI MASYARAKAT MALAYSIA?

Pada hari Jumaat, 28 September 2012, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak yang selaku Menteri Kewangan Malaysia telah membentangkan Bajet 2013 Malaysia.
Ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ini bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji ditepati”

KALINGGA WARRIOR   Mengikut sumber yang dipercayai mendapat satu  BERITA yang BAIK PUNYA dimana PAKATAN PEMBANGKANG telah melukis satu lagi bdget untuk negeri-negeri dibawah naungan mereka....kita kena Menantikan BUDGET TERSEBUT!!
  • Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
  • KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
  • Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
  • Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
  • Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
  • Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
  • Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
  • Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
  • Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015
  • Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
  • Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
  • Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”
  • Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
  • Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
  • Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
  • Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
  • Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
  • Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
  • Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

Antara Inti pati Bajet 2013 – sumber: Berita Harian

Thursday, September 27, 2012

NAJIB| BUDGET 2013| SKRIP UCAPAN

Budget 2013 Malaysia : Kalau semalam rakyat Malaysia dapat melihat beberapa tawaran daripada pembentangan Budget 2013 Alternatif Pakatan Rakyat. Esok pula adalah pembentangan Budget 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia. Apalah agak yang bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia untuk kita, kita dan kita semua di sini. Sebelum itu…….
Kami daripada Berita Semasa telah memlih hari ini untuk membentang beberapa harapan yang telah kami fikirkan sesuai untuk dimasukkan bersama dalam pembentangan Budget 2013 Malaysia itu kelak. Harap-harap adalah…..

Initipati Budget 2013 Malaysia versi Berita Semasa

1. Budget 2013 Malaysia : Membenarkan pengeluaran EPF akaun I untuk tujuan beli tanah semata-mata.

  • Ini kerana tanah, sebenarnya adalah sumber yang terhad dalam ekonomi dalam ekonomi.  Realitinya, yang naik harga adalah tanah bukannya rumah. Tanah juga boleh dijadikan simpanan di hari tua. Apatah lagi tanah juga merupakan sumber yang cukup produktif dalam ekonomi. Oleh itu, sepatutnya kerajaan mempertimbangkan cadangan dan usul sebegini dalam pembentangan Budget 2013 Malaysia. Atas nama prinsip keadilan kepada rakyat Malaysia, kenapa hanya golongan “mampu” sahaja yang layak beli tanah. Rakyat Malaysia ada hak dan berkemampuan jika berikan ruang dan peluang kepada mereka.
  • Atas prinsip keadilan, kenapa hanya golongan mampu yg layak beli tanah? Kenapa golongan bekerja yang tiada memilki lebihan tunai tapi hakikatnya mempunyai wang di dalam EPF tidak dibenarkan. Itu duit mereka. Tolong, mulakan daripada sekarang “empower” rakyat Malaysia. Bukakan semua dana ini untuk membolehkan rakyat Malaysia memilki sumber produktif dalam ekonomi. Ingat sekali lagi. Yang naik harga bukan rumah, tetapi tanah.
  • Jadi, bagaimana nak melaksanakanya? Cadangan kami di sini ialah dengan cara meletakkan had pengeluaran 50% ke atas baki akaun 1 tidak kira umum, tiada baki minimum. Selain itu, tanah tersebut tidak boleh dipindah milik sehingga umur 55 tahun di mana semua pembelian mesti melalui guaman EPF sendiri. Oleh itu, kami mengharapkan selepas belian/pemilikan, ia mesti diletakkan di bawah Amanahraya Berhad untuk menguatkuasakan syarat hak milik sehingga umur 55.
  • Golongan berpendapatan sederhana dah puas ikat perut untuk membeli rumah, mohon kerajaan lebih tegas dalam tangani isu kenaikan harga rumah ini.
  • Hakikatnya kelompok kapitalis versi Malaysia seperti REDHA adalah antara yang paling lantang bersuara dalam setiap konsultasi bajet.

2. Budget 2013 Malaysia : Bayaran saman trafik mestilah mengikut kemampuan pesalah trafik.

Seperti mana yang kami lihat apa yang dilaksanakan di Switzerland.
  • Contohnya saman had laju hendaklah dikenakan dengan mengambil kira latar belakang kewangan peribadi pemandu/tuan punya kenderaan. Lagi kaya lagi tinggi samannya.
  • Selain itu, diharapkan saman had laju berkadar terus dengan kelajuan yang melepasi “limit” yang telah ditetapkan disamping kadar minima. Contohnya, minima caj RMxxx + kadar lebihan kelajuan. (Setiap lebihan kelajuan daripada had dikenakan caj RMxx). Apa yang berlaku sekarang ini, yang lebih satu 1 pun dicaj sama dengan yang lebih 110 contohnya.

3. Budget 2013 Malaysia : Sila laksanakan AFTA secara serta merta. Nak tunggu apa lagi?

  • Turunkan cukai melampau yang dikenakan ketika ini membolehkan harga kereta di Malaysia dapat diturunkan
  • Rakyat Malaysia sudah berpuluh tahun berkorban atas nama kebanggaan kereta Nasional. Jangan tunggu sehingga ramai “rakyat yang terkorban”, barulah mahu dilaksanakan.

4. Budget 2013 Malaysia : Hospital setiap daerah perlu dinaiktraf kemudahan dan kepakaran

Supaya tidak berlaku lagi insiden kes  terpaksa dipindah jauh.
  • Memantapkan lagi hospital kerajaan di setiap hospital daerah supaya mempunyai kemampuan untuk diagnosis setiap penyakit yang ada. Tidaklah mengharapkan IJN sahaja. Sebagai contoh……Setuju?
  • Kalau nak lebih cepat pelaksanaannya, caranya meletakkan menteri yang bertanggungjawab contoh di kebanyakan hospita daerah yang ada, berapa lama yang mereka boleh bertahan. Insyaallah, hati mereka untuk menerima cadangan ini lebih cepat dan pantas.

5. Budget 2013 Malaysia : Menyediakan lebih banyak pusat jagaan harian orang tua.

  • Kami sebenarnya mengharapkan peruntukkan diberikan utnuk tujuan pembinaan lebih banyak lagi  rumah jagaan harian untuk orang-orang tua. Yang mana anak mereka tidak boleh menjaga disebabkan komitmen terhadap kerjaya. Sekarang ini, kami perhatikan memang ada, malangnya tetapi untuk jagaan harian kurang. Walaupun ada pusat jagaan harian persendirian tapi sikit sangat dan satu mahal serta membebankan
  • Anak-anak akan hantar pagi-pagi sebelum kerja, dan ambil semula selepas kerja. Walaubagaimanpun, pada hujung minggu tidak dibenarkan pusat jagaan harian orang tua ini untuk beroperasi.  Bayaran berpatutan boleh dikenakan.
  • Ini kerana kami memikirkan kemudahan seperti ini membolehkan anak-anak masih boleh menjaga ibubapa mereka yang sudah tua.  Dan dalam masa yang sama boleh terus kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kasihan mereka yangsudah tua tetapi snagat berjasa kepada kita semua.
  • Kasihan juga kepada anak-anak yang tersepit untuk mencari rezeki pada masa yang sama mahu menjaga ibubapa mereka yang sudah tua dan uzur. Mungkin alternatif sebegini boleh membantu mereka.
  • P/S : Erm…tiba-tiba teringat kisah orang tua di Harian Metro awal tahun ini. Sedih….

6. Budget 2013 Malaysia : Pelepasaan cukai pendapatan untuk rakyat Malaysia yang mengerjakan haji.

  • Mana-mana rakyat Malaysia yang menunaikan haji dan umrah mendapat pelepasan cukai pendapatan bergantung kepada kekerapan atau setiap beberapa tahun. Contohnya yang boleh dipertimbangkan di sini ialah dengan mendapat pelepasan RM3000 bagi setiap 5 – 7  tahun jika menunaikan umrah. Dan…..pelepasan RM8000 untuk sekali seumur hidup untuk ibadah haji.
  • Ini semua dilakukan supaya menggalakkan rakyat Malaysia yang beragama Islam melakukan amal. Ini kerana selama ini kita banyak disogokkan kemudahan ke arah kebendaan duniawi sahaja. Tengoklah akhirat pula. Kata……Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Mengapa tidak?

7. Budget 2013 Malaysia : Mulakan banteras spekulasi melampau sektor hartanah secara drastik

  • Budget 2013 Rumah Budget 2013 Malaysia : Idea & Harapan Pembaca Berita Semasa? Kongsikan Di Sini!!Menaikkan sekurang 30% – 40% RPGT (Real Property Gain Tax). Spekulasi pasaran hartanah sangat melampau sekarang ini. Sebenarnya jikalau tiada spekulasi melampau pun, permintaan terhadap pasaran hartanah tetap tidak akan terjejas seperti yang dicanang selama ini. Inilah masa dan ketikanya untuk menolak “dakyah & pembohongan” seperti ini.
  • Adakah Datuk Najib mahukan Malaysia dilihat “berjaya” dengan  “Super Property Bull Run” untuk tempoh 10 tahun lamanya selepas ini? Dengan mengheret rakyat mengharungi benca penganguran seperti apa yang berlaku di Sepanyol dengan angka penganguran yang sudah melepasi angka 24%
  • Pada pendapat kami, tidak perlu untuk dibuka langsung penjualan hartanah kepada warga asing. Tetapi jikalau dibuka sekalipun, ia mestilah hanya dibenarkan untuk hartanah yang bernilai RM2 juta dan ke atas sahaja. Setuju?
  • Akhir sekali, buang kemudahan perlepasan cukai pendapatan untuk pembayaran ansuran rumah.

8. Budget 2013 Malaysia : Menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar cemerlang

  • Diharapkan kerajaan mempertimbangkan dalam Budget 2013 Malaysia ini untuk menawarkan pelajar cemerlang dalam SPM yang memperolehi 8A dan ke atas. Mereka ini adalah produk masa depan negara. perlu dijaga dan digilap. Berikan kemudahan dan peluang untuk mereka menimba seberapa banyak ilmu tanpa banyk masalah termasuklah kewangan. Dan, kami cukup yakin pelaburan terhadap pendidikan adalah perlaburan yang terbaik untuk negara di masa akan datang.
  • Negara kita, Malaysia lebih daripada mampu. Tapi “kalau ada duit di poket penuh sekalipun, tapi akhirnya poket tersebut bocor”. Tak guna juga.

9. Budget 2013 Malaysia : Laksanakan GST dengan segera . Kadar cukai pendapatan diturunkan

  • Pelepasan cukai biar masuk akal sikit, dan income tax on variable/matrix condition basis. Cukai di Malaysia banyak yang tidak munasabah. Contohnya, kalau cukai import plastik (35%), cukai barangan elektrik (ini tak tentu) (10%-25%), barangan kayu lain pula cukainya..tetapi pada julat 10-35% dari jumlah termasuk “shipping”. Kalau pergi kastam, ia banyak bergantung kepada budi bicara pegawai kastam. Cara ini tidak baik dari segi perlaksanaan cukai. Mudah terdedah kepada salahguna kuasa.
  • Kami berikan contoh paling mudah lagi. Logikkah dengan keadaan hari ini hanya diberikan perlepasan untuk anak RM500 setahun. Dan juga perlepasan diri sebanyak RM15,000. Sepatutnya dinaikkan lagi supaya dilihat relevan.
  • Penghapusan cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan dibawah RM3000 di mana dinaikan kepada paras pendapatan kepada RM4000 atau RM5000
  • Mengejar golongan kaya yang “melarikan” diri daripada tanggungjawab membayar cukai. Sedangkan mereka inilah golongan sasaran
  • Laksanakan GST, flat rate harga barang atau services….____% untuk setiap transaksi. Bukankah lagi senang, dah lebih telus seterusnya berjaya menghapukan banyak cukai-cukai terembunyi di Malaysia? Jika mahu “rembat” lebih banyak duit orang kaya inilah cukai yang paling sesuai dilaksanakan. Tiada peluang untuk mereka melarikan diri. Pungutan cukai tersebut, pulangkan kepada rakyat Malaysia.
  • Tetapi….tetapi ada syarat. Kamai bersetuju utnuk dilaksnaakan GST dnegan syarat cukai pendapatan yang ada sekarang diturunkan dan dirombak semula.
  • P/S : Khabarnya daripada sumber dalam yang kami perolehi, GST bakal dilaksnaakan pada tahun 2014 pada kadar 4%. Syarikat besar sudah bersedia, tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan Malaysia sahaja.

10. Budget 2013 Malaysia : Agenda tangani masalah keciciran pelajar

  • Kami sangat risau dengan golongan yang tercicir ini. Apa yang kami perhatikan. Kerajaan lebih dilihat mahu mempercepatkan pre-school supaya mahu memastikan anak-anak yang masuk sekolah sudah ada kemahiran asas dengan sukatan kurikulum, untuk mengurangkan kadar keciciran.
  • Masalahnya, kami tak nampak lagi program holistik untuk menangani golongan keciciran yang sedia ada dalam sistem persekolahan. Sungguh tak masuk akal zaman sekarang masih ada lagi pelajar yang tidak lagi mengambil PMR dan SPM. Apa sebab dan puncanya?
  • Maka kami daripada Berita Semasa mencadangkan pelaksanaan “sistem apprenticeship” untuk menangani isu pelajar keciciran ini. Ya….memang banyak duit dan dana diperlukan. Tiada gunanya paksa budak-budak ini masuk institusi vokasional. Sebab mereka dah memang tiada minat untuk belajar. Mengapa masih lagi letakkan mereka dalam sistem pembelajaran formal? Untuk apa lagi? =
  • Sistem apprenticship ini dilaksanakan dengan sektor swasta, atau GLC.
  • Contoh: Serap budak-budak yang berminat kerja welding di Limbungan. Gaji sebagi no-skill, RM600 sebulan contohnya. Lepas itu pancing mereka dengan duit. Kalau mereka belajar, dapat sijil tahap 1, naik RM800. Dapat sijil tahap 2, naik jadi RM1,000 sebulan. Dan seterusnya.
  • Yang penting, elekkan ada struktur formal. Jangan ada tempoh masa. Yang mana rajin, 2 tahun boleh lengkap jadi jurukimpal bertauliah O+G. Yang penting di sini, bajet program apprenticeship ini adalah untuk menggembleng mereka untuk menjadi produktif.
  • P/S : Kita kena ingat kebolehan anak-anak kita dan manusia adalah berbeza-beza dan ada tempoh waktu kemuncak kejayaan mereka. Contohnya, Albert Einstein, beliau dahulu hanyalah bertugas sebagai kerani sahaja. Sekarang, beliau dikenang sebagai ………….?
Sebenarnya ada lagi, dan kami akan kemaskini lagi kandungan intipiati pembantangan Budget 2013 Malaysia versi Berita Semasa ini. Kalau diikutkan, banyak lagi idea dan harapan kami. Tetapi…..
Tetapi kami tidak mahu buat sendirian. Kami mahu anda semua turut serta menyertakan cadangan impian. Jika ada sebarang impian dan harapan supaya dimasukkan di dalam pembenatangan Budget 2013 Malaysia pada esok hari. Apa sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat Malaysia? Apa sebenarnya yang diingin oleh rakyat Malaysia?

Sumber: beritasemasa.com

Wednesday, September 19, 2012

NAJIB| ICON OF UNITY 1 MALAYSIA?

Merdeka, Raya dan Rakyat 

  

Sejak sekian lama saya tidak berhubung dengan anda menggunakan format ini. Untuk pengetahuan semua, kebelakangan ini, saya sedikit sibuk kerana perlu menghadiri beberapa majlis rasmi seperti rumah terbuka, mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan menyiapkan laporan Belanjawan 2013.

Bagaimanapun saudara/i 
SIVANanda, di sebalik jadual saya yang padat itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk terus menulis mengenai perkembangan semasa dan akan menghantarnya sendiri ke email saudara/i.

Kebelakangan ini, jadual saya agak padat sejak Hari Kemerdekaan yang lalu sehinggalah perlu menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka selain perlu menerima kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan banyak lagi perkara yang memerlukan perhatian segera daripada saya. Namun, seperti biasa, meluangkan masa untuk bermesra dengan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan saya tidak kira walau sesibuk mana sekali pun jadual saya.

 

Hari Merdeka mengingatkan saya tentang erti sebenar menjadi seorang rakyat Malaysia: menjadi seorang yang hidup di dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
 
 
 
Saya menyertai rakyat dalam menyambut Hari Raya di pelbagai rumah terbuka

 

Menerima kunjungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di pejabat saya

Sebelum ini saya banyak meluangkan masa dengan mengemaskini blog serta melayari Facebook dan Twitter milik saya. Saya juga telah berkesempatan menyiarkan beberapa artikel di blog saya dan ia boleh dibaca seperti berikut:

- Membawa Semangat Malaysia ke Sukan Olimpik
http://1malaysia.com.my/my/blog/how-the-olympics-embody-the-malaysian-spirit/

- Pertumbuhan Malaysia Stabil Namun Pasti
http://1malaysia.com.my/my/blog/malaysias-steady-but-sure-growth/

- Sabah di Malaysia Situasi Sama-sama Menang
http://1malaysia.com.my/blog/sabah-in-malaysia-a-win-win-situation-2/

- 55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan
http://1malaysia.com.my/blog/55-years-of-development-through-harmony/

Akhir sekali saya mengajak semua supaya terus mengikuti perkembangan semasa di laman Facebook dan Twitter saya serta layari laman blog saya di www.1Malaysia.com.my. Sudah pasti akan ada perkembangan terbaru serta berita baik yang akan saya umumkan melalui medium tersebut. Sokongan anda kepada saya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri diharap dapat menjadikan negara ini terus maju dan kebajikan rakyatnya akan sentiasa terbela hingga ke generasi yang akan datang.

Najib Razak

Wednesday, September 5, 2012

ஒருவர் மீது பகைமை இருந்த்தாலும் இப்படி நாகரீகம் அற்ற முறையில் செயலாற்றுவது கண்டிக்க தக்கது-சங்கர் ராஜ்




 தேசிய தின கொண்டாட்டத்தின் பொழுது  பொறுப்பற்ற சிலரின் செயல் கண்டிக்க தக்க வகையில் அமைந்திருந்தது. நாட்டின் நற்ப்பெயருக்கு களங்கம் விளைவிக்கும் நோக்கில் ஜாலூர் கெமிலாங்கையும் நாட்டின் தலைவரின் படத்தையும் மிதித்து அவமானப்படுத்திய செயல் மிகவும் வருத்தம் அளிப்பதாகவும் இம்மாதிரியான செயல் நாட்டின் மீது பற்று அற்றவர்களின் செயல் என்று சிலாங்கூர் மாநில ம.இ.கா இளைஞர் அணி தலைவர் தாக்கி பேசினார்.

சங்கர் ராஜ் அயங்கர்
நாட்டின் கொடி என்பது ஒவ்வொரு குடிமகனின் அடையாளம் ஆகும் நாட்டின் தலைவரோ மக்களின் பிரதிநிதி ஆவார். ஆனால் தேசப்பற்று அற்ற சிலர் படங்களை மிதித்து தேச நிந்த்தனை புரிந்துள்ளனர். என்னதான் ஒருவர் மீது பகைமை இருந்த்தாலும் இப்படி நாகரீகம் அற்ற முறையில் செயலாற்றுவது கண்டிக்க தக்கது என்று அவர் கூறினார்.

இந்த ஈனச்செயளை செய்தவர்கள் என்ன காரணம் கூறினாலும் செவிசாய்க்காமல் தகுந்த்த தண்டனையை வழங்க வேண்டும். இம்மதிரியான செயல் வருங்காலங்களில்  பெரிய பிரச்சனைகளாக உருவெடுக்கமல் இருக்க காவல் துறை விரைவாக புலணாய்வை தொடக்கி கடுந்தண்டனையை கொடுக்க வேண்டும் என்று கேட்டுக்கொண்டார்.

முன்னதாக சிலாங்கூர் மாநில சுல்தானை பின் தள்ளி கொண்டாடப்பட சுதந்திர தின கொண்டாட்டத்தை அவர் சாடினார். சிலாங்கூர் மாநில அரசாங்கம் இம்மாதிரி செய்திருக்க கூடாது என்றும் இம்மாதிரியான செயல் வருத்ததை அளிப்பதாகவும் அவர் தெரிவித்தார்.













How to keep your employees respectful