Friday, September 28, 2012

PANAS| 24 JAM UNTUK PENGUMUMAN PRU-13?



KALINGGA WARRIOR Sempat mendapatkan beberapa komen serta kritikkan daripada Masyarakat malaysia mengenai pemilihan Calon untuk PRU-13 masih berpegang kepada janji PM Najib bahawa calon-calon yang bakal dipilih untuk PRU13 adalah calon-calon yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat,yang boleh menang dan sama sekali tidak akan termakan dengan lobi melobi malah bersedia menggugurkan calon-calon yang dilihat berpotensi untuk kalah walaupun calon-calon itu adalah rakan-rakannya di zaman Pemuda maupun pegawai-pegawainya yang sedang berlegar di sekelilingnya hari ini.
 
Beliau juga memberikan kata dua kepada mana-mana pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak,sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan calon-calon untuk pilihanraya nanti malah beliau bersedia kehilangan kawan-kawan demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Kalau sebelum ini kabinetnya dilihat banyak memberikan ruang,tempat serta peluang kepada rakan-rakannya termasuklah perlantikan untuk jawatan Senator serta Menteri maupun Timbalan Menteri,PM Najib kali ini harus lebih berhati-hati dan memegang kejap janji-janjinya untuk memilih calon-calon yang benar menepati kehendak serta aspirasi rakyat setempat serta terbanyak.

Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya,makin ramai yang sedang melobi,memperagakan diri kononnya merekalah calon yang paling layak,merekalah calon yang boleh menang dan dari Pengerusi Tetap hingga ke Pemeriksa Kira-Kira sedang berusaha untuk menarik perhatian Najib dan agensi supaya menamakan mereka sebagai calon.

Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.

Dalam masa yang sama,ada juga dari kalangan pegawai-pegawai agensi yang berkaitan turut berusaha untuk menonjolkan diri sebagai calon PRU13 dan mereka ini menggunakan segala peluang yang ada mempengaruhi Perdana Menteri termasuk pegawai-pegawai PM untuk menamakan nama mereka bagi dipilih.Kepimpinan minta mereka berkerja untuk mencari calon yang benar-benar layak tetapi mereka yang sibuk menonjolkan diri mahu menjadi calon!

Tidak kurang juga pegawai-pegawai PM sendiri berusaha dengan segala kekuatan yang ada termasuk wang ringgit walaupun mereka tidak disukai oleh pengundi setempat  menonjolkan diri untuk menjadi calon dan ada yang mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk menamakan mereka sebagai calon yang boleh menang.


Segala `cable’ yang ada mereka gunakan termasuklah menyakinkan agensi ataupun PM Najib sendiri kerana mereka menang Ketua Bahagian maka merekalah calon yang paling layak dan tidak cukup dengan itu bekas-bekas calon yang kalah dalam PRU12 lalu pun berusaha untuk kembali semula ke gelanggang kononya mereka kalah dulu bukan rakyat tidak suka tetapi kerana terkesan dengan tsunami politik.

Mungkin inilah kebimbangan sebenar PM Najib.beliau barangkali tidak gentar dengan `mood’ rakyat kerana sebagai Perdana Menteri beliau memilik kunci yang banyak bagi menyakinkan rakyat tetapi yang paling membimbangkan adalah sabotaj daripada mereka yang beriya-iya untuk menjadi calon tetapi tidak terpilih dan bala lagi bakal menimpa PM Najib sekiranya pegawai-pegawai beliau sendiri bercita-cita besar untuk menjadi calon pilihanraya.

Rakyat serta ahli parti bimbang PM Najib akan terlepas pandang dengan memilih `cable’ daripada `winnable’ hasil daripada konspirasi orang-orang tertentu yang sememangnya mahu melihat Najib gagal sekurang-kurangnya mempertahankan kemenangan seperti yang Pak Lah catat masa PRU12 lalu apatah lagi untuk mencapai sasaran dua pertiga majority di Parlimen.

PM Najib juga jangan sesekali terpedaya dengan helah kawan-kawannya,jangan telan bulat-bulat pandangan ataupun nama-nama yang dicadangkan oleh agensi-agensi  dan nama-nama itu erlu ditapis sebaik mungkin bagi mengelakkan BN terkubur sebelum waktunya.

Ada juga yang bertanya,apakah kali ini calon-calon atau MP yang sedang menang tetapi terlibat dalam masalah moral,rasuah dan penyelewengan akan dipilih semula untuk menjadi calon PRU13 nanti?Meraka ini bolehlah kita umpamakan seperti biawak hidup yang terpaksa PM Najib pikul diatas batu jemalanya dan adakah yang baru masuk gelanggang taupun baru memimpin Bahagian adalah calon yang benar-benar boleh menyakinkan pengundi?

Semua pemimpin termasuk PM Najib sendiri menganggap PRU13 adalah penentu kepada kelangsungan perjuangan UMNO.PRU13 adalah hidup mati BN dan kalau semua beranggapan sedemikian,kita setuju dengan pandangan PM Najib asalkan boleh menang di kerusi Parlimen,calon kitar semula dan tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Bahagian pun akan dipilih untuk membawa panji-panji Barisan Nasional.

Ada rakan-rakan PM Najib yang sedang menggilai jawatan-jawatan Menteri maupun Menter Besar walaupun menang kalah belum tentu lagi dan ada juga yang menyedari bahawa mereka akan kalah jika bertanding tetapi tetap mahu bertanding kerana mahu `menelan’peruntukan pilihanraya.

Kita sedang tunggu..adakah PM Najib pilih` winnable’ ataupun `cable’. Najib perlu dingatkan walaupun beribu kali bahawa BN adalah milik ahli dan rakyat,Jangan hanya kerana PM Najib Presiden dan Perdana Menteri,beliau lalai hingga gagal memberikan kita calon yang boleh menang.

Sumber: sanggahtokjanggutblogspot

No comments:

Post a Comment

NEGARAKU MALAYSIA!!

Untuk Negaraku TELAH BANYAK KITA KECAPI BERSAMA  BERKONGSI SUKA DAN DUKA  KEPELBAGAIAN BUKAN PEMISAH, MALAH MENGUATKAN JALIN...