Thursday, October 18, 2012

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia PR1M

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia


Program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia(RMR1M). Program ini diwujudkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri atau tinggal di rumah usang tetapi memilik tanah dan ingin mempunyai rumah sendiri yang selesa dan sempurna.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertanggungjawab untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk setiap keluarga di Malaysia. Pada tahun ini SPNB akan membina 10, 000 unit RMR1M dengan menggunakan teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan keluasan binaan yang lebih besar tanpa melibatkan sebarang caj atau kos tambahan kepada semua pemohonProgram Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

Konsep Dan Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Konsep dan rekabentuk sesebuah rumah mesra rakyat adalah dengan mempunyai 3 bilik tidur dan dua bilik air dengan ukuran keluasan 1000 kaki persegi serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohon RMR1M mestilah berumur 18 hingga 65 tahun
  3. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang tidak sempurna
  4. Telah berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  5. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3000
  6. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada Bank Simpanan Nasional.

 Cara Memohon Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Cara untuk memohon atau mendapatkan borang permohonan RMR1M adalah melalui sistem online di semua pejabat wakil rakyat yang terlibat. Melalui sistem online yang disediakan, anda boleh memuat turun atau download borang permohonan serta menyemak status permohonan RMR1M anda.
Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Program Rumah Mesra Rakyat 1  Malaysia, anda boleh menghubungi Jabatan Mesra Rakyat di talian 03-2681 0180 atau
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
HOTLINE: 1300 80 3838
Carian Popular Terkini:
  • pelan rumah
  • rumah mesra rakyat
  • rekabentuk rumah mesra rakyat
  • rekabentuk rumah mesra rakyat 2012
  • spnb rumah mesra rakyat
  • pelan rumah terkini
  • rumah 1 malaysia
  • skim rumah 1 malaysia
  • skim rumah mesra rakyat
  • design rumah mesra rakyat
Related posts:
  1. SARA 1Malaysia Skim Amanah Rakyat
  2. Pencapaian Program Transformasi Kerajaan
  3. Rayuan Bantuan RM500 Dilanjutkan
  4. Borang Bantuan RM500 LHDN
  5. Program Latihan Petronas Dalam Industri Petroleum

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful