Wednesday, April 3, 2013

BORANG PERMOHONAN KERTAS UNDI POS ( PENGUNDI POS LUAR NEGARA)




TERKINI! NEGERI-NEGERI YANG BUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI. #PRU13 #GE13

Di bawah adalah laporan berita terbaru Utusan Malaysia hari ini tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri.



PULAU PINANG

Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas esok untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Guan Eng berkata, Exco yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk membubarkan DUN serentak dengan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh terdekat


SABAH

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin kira-kira pukul 3 petang ini selepas mesyuarat Kabinet negeri.

Musa kemudiannya akan membuat sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya sejurus selepas itu bagi memaklumkan mengenai kedudukan Dewan Undangan Negeri Sabah.


MELAKA

DUN Melaka dibubar pada pukul 1 petang ini selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Ali Rustam sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh.

Surat pengisytiharan pembubaran DUN Melaka akan diserahkan oleh Othman kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Haelmy Mohd Hanifah selepas mesyuarat exco.


KELANTAN

Kerajaan Pas Kelantan mengikut jejak langkah kerajaan pusat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengumuman tersebut selepas Mesyuarat Exco kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan masa untuk mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan ditentukan selepas mesyuarat lajnah politik Pas Kelantan petang ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Negeri Sembilan akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) serentak mengikut tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti dinasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Wisma Negeri, Mohamad berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah pun terbubar secara automatik pada 28 April lalu selepas tempoh mandat lima tahun berakhir pada 27 April lalu, sebelum Parlimen dibubarkan hari ini. -


KEDAH

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengadakan sidang akhbar mengenai pembubaran sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kira-kira pukul 12.40 tengah hari di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd. Helmi Khalid berkata, ia diadakan di tingkat enam, blok E bangunan tersebut selepas selesai mesyuarat Exco.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar membanjiri Wisma Darul Aman di sini sebaik sahaja pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pukul 11.30 tadi.


PERAK

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dekat sini pada pukul 2.30 petang ini.

Zambry menghadap baginda bagi membincangkan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak susulan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan Zambry akan mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 5 petang ini.


SARAWAK

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memastikan parti itu terus berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri dengan kemenangan calon-calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ahli dan jentera BN telah lama menanti pengumuman tersebut dan bersiap-siaga untuk menggerakkan pelbagai aktiviti bagi menjamin terus memerintah negeri ini.


TERENGGANU

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat untuk mendapat perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahmad bagaimanapun berkata, belum ada tarikh tertentu berhubung pertemuan tersebut memandangkan Sultan Mizan sedang berada di luar negara dan dijangka kembali ke tanah air malam ini.

"Saya akan dapatkan tarikh yang bersesuaian untuk menghadap tuanku yang dijangka pulang malam ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini


NEGERI SEMBILAN

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Negeri Sembilan akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) serentak mengikut tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti dinasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Wisma Negeri, Mohamad berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah pun terbubar secara automatik pada 28 April lalu selepas tempoh mandat lima tahun berakhir pada 27 April lalu, sebelum Parlimen dibubarkan hari ini


SELANGOR

How to keep your employees respectful