Budget 2013 Malaysia :
Kalau semalam rakyat Malaysia dapat melihat beberapa tawaran daripada
pembentangan Budget 2013 Alternatif Pakatan Rakyat. Esok pula adalah
pembentangan Budget 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia. Apalah agak yang
bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia untuk kita, kita dan kita semua
di sini. Sebelum itu…….
Kami
daripada Berita Semasa telah memlih hari ini untuk membentang beberapa
harapan yang telah kami fikirkan sesuai untuk dimasukkan bersama dalam
pembentangan Budget 2013 Malaysia itu kelak. Harap-harap adalah…..
Initipati Budget 2013 Malaysia versi Berita Semasa
1. Budget 2013 Malaysia : Membenarkan pengeluaran EPF akaun I untuk tujuan beli tanah semata-mata.
- Ini kerana tanah, sebenarnya adalah sumber yang terhad dalam ekonomi dalam ekonomi. Realitinya, yang naik harga adalah tanah bukannya rumah. Tanah juga boleh dijadikan simpanan di hari tua. Apatah lagi tanah juga merupakan sumber yang cukup produktif dalam ekonomi. Oleh itu, sepatutnya kerajaan mempertimbangkan cadangan dan usul sebegini dalam pembentangan Budget 2013 Malaysia. Atas nama prinsip keadilan kepada rakyat Malaysia, kenapa hanya golongan “mampu” sahaja yang layak beli tanah. Rakyat Malaysia ada hak dan berkemampuan jika berikan ruang dan peluang kepada mereka.
- Atas prinsip keadilan, kenapa hanya golongan mampu yg layak beli tanah? Kenapa golongan bekerja yang tiada memilki lebihan tunai tapi hakikatnya mempunyai wang di dalam EPF tidak dibenarkan. Itu duit mereka. Tolong, mulakan daripada sekarang “empower” rakyat Malaysia. Bukakan semua dana ini untuk membolehkan rakyat Malaysia memilki sumber produktif dalam ekonomi. Ingat sekali lagi. Yang naik harga bukan rumah, tetapi tanah.
- Jadi, bagaimana nak melaksanakanya? Cadangan kami di sini ialah dengan cara meletakkan had pengeluaran 50% ke atas baki akaun 1 tidak kira umum, tiada baki minimum. Selain itu, tanah tersebut tidak boleh dipindah milik sehingga umur 55 tahun di mana semua pembelian mesti melalui guaman EPF sendiri. Oleh itu, kami mengharapkan selepas belian/pemilikan, ia mesti diletakkan di bawah Amanahraya Berhad untuk menguatkuasakan syarat hak milik sehingga umur 55.
- Golongan berpendapatan sederhana dah puas ikat perut untuk membeli rumah, mohon kerajaan lebih tegas dalam tangani isu kenaikan harga rumah ini.
- Hakikatnya kelompok kapitalis versi Malaysia seperti REDHA adalah antara yang paling lantang bersuara dalam setiap konsultasi bajet.
2. Budget 2013 Malaysia : Bayaran saman trafik mestilah mengikut kemampuan pesalah trafik.
Seperti mana yang kami lihat apa yang dilaksanakan di Switzerland.
- Contohnya saman had laju hendaklah dikenakan dengan mengambil kira latar belakang kewangan peribadi pemandu/tuan punya kenderaan. Lagi kaya lagi tinggi samannya.
- Selain itu, diharapkan saman had laju berkadar terus dengan kelajuan yang melepasi “limit” yang telah ditetapkan disamping kadar minima. Contohnya, minima caj RMxxx + kadar lebihan kelajuan. (Setiap lebihan kelajuan daripada had dikenakan caj RMxx). Apa yang berlaku sekarang ini, yang lebih satu 1 pun dicaj sama dengan yang lebih 110 contohnya.
3. Budget 2013 Malaysia : Sila laksanakan AFTA secara serta merta. Nak tunggu apa lagi?
- Turunkan cukai melampau yang dikenakan ketika ini membolehkan harga kereta di Malaysia dapat diturunkan
- Rakyat Malaysia sudah berpuluh tahun berkorban atas nama kebanggaan kereta Nasional. Jangan tunggu sehingga ramai “rakyat yang terkorban”, barulah mahu dilaksanakan.
4. Budget 2013 Malaysia : Hospital setiap daerah perlu dinaiktraf kemudahan dan kepakaran
Supaya tidak berlaku lagi insiden kes terpaksa dipindah jauh.
- Memantapkan lagi hospital kerajaan di setiap hospital daerah supaya mempunyai kemampuan untuk diagnosis setiap penyakit yang ada. Tidaklah mengharapkan IJN sahaja. Sebagai contoh……Setuju?
- Kalau nak lebih cepat pelaksanaannya, caranya meletakkan menteri yang bertanggungjawab contoh di kebanyakan hospita daerah yang ada, berapa lama yang mereka boleh bertahan. Insyaallah, hati mereka untuk menerima cadangan ini lebih cepat dan pantas.
5. Budget 2013 Malaysia : Menyediakan lebih banyak pusat jagaan harian orang tua.
- Kami sebenarnya mengharapkan peruntukkan diberikan utnuk tujuan pembinaan lebih banyak lagi rumah jagaan harian untuk orang-orang tua. Yang mana anak mereka tidak boleh menjaga disebabkan komitmen terhadap kerjaya. Sekarang ini, kami perhatikan memang ada, malangnya tetapi untuk jagaan harian kurang. Walaupun ada pusat jagaan harian persendirian tapi sikit sangat dan satu mahal serta membebankan
- Anak-anak akan hantar pagi-pagi sebelum kerja, dan ambil semula selepas kerja. Walaubagaimanpun, pada hujung minggu tidak dibenarkan pusat jagaan harian orang tua ini untuk beroperasi. Bayaran berpatutan boleh dikenakan.
- Ini kerana kami memikirkan kemudahan seperti ini membolehkan anak-anak masih boleh menjaga ibubapa mereka yang sudah tua. Dan dalam masa yang sama boleh terus kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kasihan mereka yangsudah tua tetapi snagat berjasa kepada kita semua.
- Kasihan juga kepada anak-anak yang tersepit untuk mencari rezeki pada masa yang sama mahu menjaga ibubapa mereka yang sudah tua dan uzur. Mungkin alternatif sebegini boleh membantu mereka.
- P/S : Erm…tiba-tiba teringat kisah orang tua di Harian Metro awal tahun ini. Sedih….
6. Budget 2013 Malaysia : Pelepasaan cukai pendapatan untuk rakyat Malaysia yang mengerjakan haji.
- Mana-mana rakyat Malaysia yang menunaikan haji dan umrah mendapat pelepasan cukai pendapatan bergantung kepada kekerapan atau setiap beberapa tahun. Contohnya yang boleh dipertimbangkan di sini ialah dengan mendapat pelepasan RM3000 bagi setiap 5 – 7 tahun jika menunaikan umrah. Dan…..pelepasan RM8000 untuk sekali seumur hidup untuk ibadah haji.
- Ini semua dilakukan supaya menggalakkan rakyat Malaysia yang beragama Islam melakukan amal. Ini kerana selama ini kita banyak disogokkan kemudahan ke arah kebendaan duniawi sahaja. Tengoklah akhirat pula. Kata……Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Mengapa tidak?
7. Budget 2013 Malaysia : Mulakan banteras spekulasi melampau sektor hartanah secara drastik
- Menaikkan sekurang 30% – 40% RPGT (Real Property Gain Tax). Spekulasi pasaran hartanah sangat melampau sekarang ini. Sebenarnya jikalau tiada spekulasi melampau pun, permintaan terhadap pasaran hartanah tetap tidak akan terjejas seperti yang dicanang selama ini. Inilah masa dan ketikanya untuk menolak “dakyah & pembohongan” seperti ini.
- Adakah Datuk Najib mahukan Malaysia dilihat “berjaya” dengan “Super Property Bull Run” untuk tempoh 10 tahun lamanya selepas ini? Dengan mengheret rakyat mengharungi benca penganguran seperti apa yang berlaku di Sepanyol dengan angka penganguran yang sudah melepasi angka 24%
- Pada pendapat kami, tidak perlu untuk dibuka langsung penjualan hartanah kepada warga asing. Tetapi jikalau dibuka sekalipun, ia mestilah hanya dibenarkan untuk hartanah yang bernilai RM2 juta dan ke atas sahaja. Setuju?
- Akhir sekali, buang kemudahan perlepasan cukai pendapatan untuk pembayaran ansuran rumah.
8. Budget 2013 Malaysia : Menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar cemerlang
- Diharapkan kerajaan mempertimbangkan dalam Budget 2013 Malaysia ini untuk menawarkan pelajar cemerlang dalam SPM yang memperolehi 8A dan ke atas. Mereka ini adalah produk masa depan negara. perlu dijaga dan digilap. Berikan kemudahan dan peluang untuk mereka menimba seberapa banyak ilmu tanpa banyk masalah termasuklah kewangan. Dan, kami cukup yakin pelaburan terhadap pendidikan adalah perlaburan yang terbaik untuk negara di masa akan datang.
- Negara kita, Malaysia lebih daripada mampu. Tapi “kalau ada duit di poket penuh sekalipun, tapi akhirnya poket tersebut bocor”. Tak guna juga.
9. Budget 2013 Malaysia : Laksanakan GST dengan segera . Kadar cukai pendapatan diturunkan
- Pelepasan cukai biar masuk akal sikit, dan income tax on variable/matrix condition basis. Cukai di Malaysia banyak yang tidak munasabah. Contohnya, kalau cukai import plastik (35%), cukai barangan elektrik (ini tak tentu) (10%-25%), barangan kayu lain pula cukainya..tetapi pada julat 10-35% dari jumlah termasuk “shipping”. Kalau pergi kastam, ia banyak bergantung kepada budi bicara pegawai kastam. Cara ini tidak baik dari segi perlaksanaan cukai. Mudah terdedah kepada salahguna kuasa.
- Kami berikan contoh paling mudah lagi. Logikkah dengan keadaan hari ini hanya diberikan perlepasan untuk anak RM500 setahun. Dan juga perlepasan diri sebanyak RM15,000. Sepatutnya dinaikkan lagi supaya dilihat relevan.
- Penghapusan cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan dibawah RM3000 di mana dinaikan kepada paras pendapatan kepada RM4000 atau RM5000
- Mengejar golongan kaya yang “melarikan” diri daripada tanggungjawab membayar cukai. Sedangkan mereka inilah golongan sasaran
- Laksanakan GST, flat rate harga barang atau services….____% untuk setiap transaksi. Bukankah lagi senang, dah lebih telus seterusnya berjaya menghapukan banyak cukai-cukai terembunyi di Malaysia? Jika mahu “rembat” lebih banyak duit orang kaya inilah cukai yang paling sesuai dilaksanakan. Tiada peluang untuk mereka melarikan diri. Pungutan cukai tersebut, pulangkan kepada rakyat Malaysia.
- Tetapi….tetapi ada syarat. Kamai bersetuju utnuk dilaksnaakan GST dnegan syarat cukai pendapatan yang ada sekarang diturunkan dan dirombak semula.
- P/S : Khabarnya daripada sumber dalam yang kami perolehi, GST bakal dilaksnaakan pada tahun 2014 pada kadar 4%. Syarikat besar sudah bersedia, tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan Malaysia sahaja.
10. Budget 2013 Malaysia : Agenda tangani masalah keciciran pelajar
- Kami sangat risau dengan golongan yang tercicir ini. Apa yang kami perhatikan. Kerajaan lebih dilihat mahu mempercepatkan pre-school supaya mahu memastikan anak-anak yang masuk sekolah sudah ada kemahiran asas dengan sukatan kurikulum, untuk mengurangkan kadar keciciran.
- Masalahnya, kami tak nampak lagi program holistik untuk menangani golongan keciciran yang sedia ada dalam sistem persekolahan. Sungguh tak masuk akal zaman sekarang masih ada lagi pelajar yang tidak lagi mengambil PMR dan SPM. Apa sebab dan puncanya?
- Maka kami daripada Berita Semasa mencadangkan pelaksanaan “sistem apprenticeship” untuk menangani isu pelajar keciciran ini. Ya….memang banyak duit dan dana diperlukan. Tiada gunanya paksa budak-budak ini masuk institusi vokasional. Sebab mereka dah memang tiada minat untuk belajar. Mengapa masih lagi letakkan mereka dalam sistem pembelajaran formal? Untuk apa lagi? =
- Sistem apprenticship ini dilaksanakan dengan sektor swasta, atau GLC.
- Contoh: Serap budak-budak yang berminat kerja welding di Limbungan. Gaji sebagi no-skill, RM600 sebulan contohnya. Lepas itu pancing mereka dengan duit. Kalau mereka belajar, dapat sijil tahap 1, naik RM800. Dapat sijil tahap 2, naik jadi RM1,000 sebulan. Dan seterusnya.
- Yang penting, elekkan ada struktur formal. Jangan ada tempoh masa. Yang mana rajin, 2 tahun boleh lengkap jadi jurukimpal bertauliah O+G. Yang penting di sini, bajet program apprenticeship ini adalah untuk menggembleng mereka untuk menjadi produktif.
- P/S : Kita kena ingat kebolehan anak-anak kita dan manusia adalah berbeza-beza dan ada tempoh waktu kemuncak kejayaan mereka. Contohnya, Albert Einstein, beliau dahulu hanyalah bertugas sebagai kerani sahaja. Sekarang, beliau dikenang sebagai ………….?
Sebenarnya
ada lagi, dan kami akan kemaskini lagi kandungan intipiati pembantangan
Budget 2013 Malaysia versi Berita Semasa ini. Kalau diikutkan, banyak
lagi idea dan harapan kami. Tetapi…..
Tetapi
kami tidak mahu buat sendirian. Kami mahu anda semua turut serta
menyertakan cadangan impian. Jika ada sebarang impian dan harapan supaya
dimasukkan di dalam pembenatangan Budget 2013 Malaysia pada esok hari. Apa sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat Malaysia? Apa sebenarnya yang diingin oleh rakyat Malaysia?
Sumber: beritasemasa.com
No comments:
Post a Comment