Wednesday, August 1, 2012

|MERDEKA| Sebangsa Sejiwa Senegara tema Pakatan Rakyat


Setelah pelbagai masalah timbul melibatkan isu Tema Hari Kemerdekaan yang dipolitiikkan oleh pelbagai pihak kini Pakatan Rakyat membuat satu keputusan yang drastik.  setelah desakan demi desakan yang dikeluarkan oleh Pihaak Pakatan mengenai isu Tema hari Kemerdekaan  yang sedang digunakan oleh Kerajaan Pusat, Pakatan Mengumumkan memilih tema Sebangsa Sejiwa Senegara sebagai tema alternatif.

Satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Pucuk pimpinan Pakatan mengkaji Tema Hari Kemerdekaan yang dibentuk PR telah membuat pengubahsuaian daripada 250 slogan yang diterima sejak minggu lalu, selari dengan keadaan di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

  Tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa telah diubah supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan diperhalusi sebanyak mungkin. tema tersebut dilihat lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.

Sebelum ini, PR telah mendesak Kerajaan Pusat agar menukar tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati, yang didakwa tidak mencerminkan rakyat dan negara serta lebih kepada mewakili Barisan Nasional (BN).


TEMA HARI KEMERDEKAAN DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN PUSAT SEJAK 1970
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1 Malaysia Menjana Transformasi
2011 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful