BUKAN KERANA ANWAR| Rakyat Serang Facebook Anwar


Apakah Rakyat Malaysia semakin Celik Politik atau Bosan dengan arena Dramatic Pro Pakatan. Insiden semalam membuktikan ada Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Dulu cerita mula dengan REFORMASI, kemudian ditukar kepada JOM UBAH  serta merta dijadikan INI KALILAH Yang terbaruLANGKAH KAJANG| DARI KAJANG KE PUTRAJAYA, Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah. Namun kini sebaliknya berlaku.

Zaman keagungan UN-WAR telah luntur sejak kebelakangan ini. penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan.

Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya. Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.


p/s: Bukan Semua boleh tertipu dengan gelagat lucu dan sentimental ANDA!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Syarikat Yang Menawarkan Tempat Untuk Latihan Industri

4 Reasons Why Sleep Deprivation Will Inhibit Your Muscle Gains

php mailer script