Thursday, June 28, 2012

Perbincangan Meja Bulat untuk menangani isu "Tranformasi Sekolah Tamil"

Ramai yang tidak serasi dengan sistem pendidikan di negara kita. Pelbagai pihak menjalankan kajian demi kajian untuk menambah baik serta membaik pulih kelemahan yang sedia ada. Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Satu kajian mengesyorkan supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah Tamil perlu dikaji semula dan ditambah baik untuk memastikan pelajar mendapat pengetahuan asas tentang mata pelajaran itu sebelum mereka menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

Kajian itu mendapati sekurang-kurangnya 40% pelajar yang tamat belajar selama enam tahun di sekolah rendah Tamil, gagal memperoleh minimum gred C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan UPSR.
Kajian selama enam bulan oleh Education, Welfare and Research Foundation (EWRF), sebuah pertubuhan pendidikan bukan kerajaan yang melibatkan pelajar kelas peralihan dari sekolah vernakular Tamil di seluruh negara itu, bertujuan mengukur keberkesanan kelas peralihan dalam sistem pendidikan di negara ini. Penyelaras Pelan Tindakan bagi Masa Depan Sekolah Tamil, Prof Dr NS Rajendran berkata, pada peringkat awal, kelas peralihan diwajibkan dan diperkenalkan untuk membolehkan pelajar menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.


"Bagaimanapun, anehnya, selepas diberi tambahan satu tahun, pelajar ini masih tidak dapat menguasai dua bahasa itu dan selalunya lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka kerana mereka terpisah daripada arus utama dan perlu berinteraksi sesama mereka," katanya ketika membentangkan dapatan kajian.


Bagaimanapun, beliau berkata, kira-kira 90 % pelajar berkenaan mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.


Sambil mengesyorkan supaya pendekatan khusus dilaksanakan untuk menangani masalah itu, beliau berkata kelas peralihan perlu ditiadakan secara berperingkat mulai Januari 2013 dan dihentikan sepenuhnya menjelang Disember 2015 supaya pelajar boleh terus memasuki Tingkatan 1.
Melalui pendekatan ini, katanya, pelajar akan dapat memasuki arus utama dan mendapat peluang seperti yang disediakan kepada rakan sebaya mereka untuk berinteraksi dan belajar.


"Program intervensi perlu diperkenalkan untuk mengenal pasti pelajar yang gagal memperoleh kecekapan asas dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris menjelang berakhirnya Tahun 3 persekolahan mereka di sekolah rendah. Guru tidak perlu menunggu hingga murid tamat belajar di sekolah rendah untuk mengetahui bahawa mereka tidak dapat menguasai dua bahasa itu,
Sekiranya kelemahan mereka dapat dikenal pasti dengan lebih awal, program intervensi boleh diperkenalkan dengan lebih cepat untuk memastikan jumlah mereka yang tidak dapat menguasai bahasa Malaysia setelah bersekolah selama enam tahun, dapat dikurangkan kepada tidak sampai lima peratus. melalui program intervensi, jumlah pelajar yang ditempatkan di sesuatu kelas mestilah kurang daripada 25 pelajar untuk memudahkan guru memberi tumpuan khas kepada mereka yang tidak dapat menguasai dua bahasa itu. ini merupakan satu pelan tindakan yang perlu diamalkan serta merta untuk mengurankan peratus pelajar LINUS tegar.
kajian berkenaan merupakan inisiatif pertama yang dilaksanakan pihaknya untuk mengkaji secara terperinci keberkesanan kelas peralihan supaya syor sewajarnya boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran (KPM). Pada Ogos tahun lalu, EWRF (NGO) menganjurkan Perbincangan Meja Bulat untuk menangani isu ini dan setelah mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran pada September, kami menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menjalankan kajian ini.
KALINGGA WARRIOR berharap  akan ada satu pelan tindakan untuk mengatasi masalah literasi dan juga numerasi di masa akan datang.kepakaran yang dimiliki oleh pakar pendidikan negara kita perlu mencurahkan idea-idea bernas mereka untuk mencapai ZERO defektor. 

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful