KALINGGA WARRIOR melihat aktiviti politik di negara kita
semakin aktif kerana bahang PRU-13 yang semakin hampir tidak lama lagi.
Tidak kira dari kem pemerintah mahupun kem yang membangkang dari
longkang, semuanya sedang bertungkus lumus dalam mengatur gerak kerja
bagi memenangi hati pengundi.Selepas pengumuman PM tentang pembatalan SBPA dan SSM ditambahbaik
baru-baru ini, ramai yang menjangkakan pengumuman tarikh Pilihanraya
Umum yang ke-13. Sememangnya kenaikan gaji penjawat awam memang sinonim
dengan pilihanraya yang akan diadakan. Pada PRU ke-12 pun, gaji
penjawat awam telah dinaikkan. Jadi, pada pendapat saya, pengumuman
tarikh PRU ke-13 pula menyusul tidak lama lagi.
Lagipun, kursus-kursus bagi petugas pilihanraya kembali aktif selepas pengumuman tentang SBPA yang lalu. Semalam, di media juga telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada PRU ke-13 jika pilihanraya diadakan selepas bulan Jun ini.
Kalau PRU-13 diadakan pada July ini bermakna tak lama lagi akan berperang poster lah....Sekarang pun poster-poster parti politik sudah mula digantung. Dah macam pesta poster pula walau;pun belum ada pengumuman rasmi tentang PRU-13.
Saya masih ingat lagi ketika menjadi petugas PRU-11 dan 12. Memang satu pengalaman yang tak boleh dijual beli. Tapi tahun ni saya dah tak nak lagi jadi petugas. Berilah peluang pada adik-adik yang lain untuk timba pengalaman pula.
Harapan saya, pada PRU-13 ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan. Dan PRU-13 ini dijangka sengit di 4 buah negeri yang telah bertukar kerajaan. TIME FOR POLITICAL WAR!!

No comments:
Post a Comment