Monday, July 2, 2012

PEMBERIAN MARTIKULASI 1500 TEMPAT PELAJAR INDIA TIDAK DAPAT DI PENUHKAN



3 Julai 2012, Klang Selepas pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pemberian lebih 500 tempat Matrikulasi untuk pelajar India di Malaysia, Kementerian telah menawarkan 1,000 tempat  kepada pelajar-pelajar India di kolej matrikulasi semasa pengambilan pertama pada 25 April dan 539 lebih untuk pengambilan kedua pada 7 Jun.
Kementerian Pelajaran memberi tawaran tertutup kepada pelajar-pelajar India yang mahu memasuki pengambilan ketiga program matrikulasi bagi sesi 2012/2013.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata memandangkan masih terdapat 557 kekosongan tidak dipenuhi oleh pelajar India, ia akan membuka ini kepada mereka yang layak untuk ditempatkan di 13 kolej matrikulasi seluruh negara.

Daripada 1539 tempat yang ditawarkan kepada pelajar India, 943 orang pelajar telah mendaftar katanya, sambil menambah bahawa surat tawaran akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 11 Julai. Pelajar  perlu mendaftar pada 18 Julai.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful