Thursday, June 14, 2012

Memorandum Mentranformasikan Ekonomi Usahawan Muda India Dimalaysia.

Pemuda MIC Selangor mengadakan satu pejumpaan rasmi bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan) pada 13 Jun 2012 untuk membincangkan isu-isu berkaitan Memorandum Mentranformasikan Ekonomi Usahawan Muda India Dimalaysia.
Ketua Pemua MIC Selangor En. Shanker Raj Ayanger Mempertengahkan beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan usahawan Muda India di Negara ini. Beliau juga menjelaskan Kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan satu model ekonomi baru untuk negara yang antara lain berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Untuk membangunkan sosio ekonomi Usahawan muda India di negara ini Pemuda MIC Selangor mohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Perlu membuka peluang kepada masyarakat india menceburi dalam “Francais Komuniti”. Usaha kerajaan memperkenalkan program “Francais Komuniti” bagi membantu mengukuhkan lagi budaya keusahawanan perlu dimanafaat sepenuhnya golongan usahawan kecil di negara ini.  Program ini dilihat mampu menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais adalah sebuah industri berskala besar. Industri francais ini terbuka kepada lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial yang penting mereka mempunyai minat dan semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan, Namun Program ini dikhaskan kepada Bumiputra sahaja. Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan semalam akan memberi peluang kepada Pemuda India Selangor khususnya untuk menyertai program francais ini.
Pada pertemuan dengan Pemuda MIC Selangor semalam Datuk Seri Ismail Sabri juga bersetuju untuk menganjurkan satu Program Khas Untuk Pemuda-Pemuda India yang berminat untuk menceburi bidang Perniagaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan dibawah pengelolaan Pemuda MIC Selangor  pada bulan Julai 2012.
Satu lagi berita baik untuk Pemuda India Malaysia ialah Datuk Seri Ismail Sabri bersetuju untuk mempertimbangkan perlantikan Pegawai India untuk Memerhati perkembangan Usahawan Muda India di Malaysia. Kata En.Shanker.
Ismail Sabri juga berjanji untuk meluaskan iklan mengenai Pengambilan Pelajar ke Maktab Koperasi Malaysia (MKM) di semua Media Masa atau saluran yang betul untuk menyampaikan berita ini ke masyarakat india di Malaysia. Kemasukkan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) adalah mempunyai criteria tertentu yang dikhaskan untuk Ahli Koperasi Sahaja.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful