MEMORANDUM
MENTRANFORMASIKAN EKONOMI USAHAWAN MUDA INDIA DIMALAYSIA
MEMORANDUM
(Menteri Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan)
Daripada :
Pergerakan Pemuda MIC Selangor
MEMORANDUM
MENTRANFORMASIKAN EKONOMI USAHAWAN MUDA INDIA DIMALAYSIA
1.0
PENDAHULUAN
Kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan satu
model ekonomi baru untuk negara yang antara lain berteraskan kepada peningkatan
produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan
skop kerja kepada majlis ekonomi yang akan ditubuhkan, yang terdiri daripada
pakar-pakar ekonomi termasuk dari luar negara, untuk mencadangkan satu model
ekonomi yang baru untuk negara.
Model ekonomi itu juga akan menggariskan bagaimana Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. Ini Juga termasuk mentranformasikan Sosio-Ekonomi masyarakat India Malaysia.
Memorandum Ini disediakan untuk menyumbang idea
dan juga pendapat bagaimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan
Kepenggunaan dapat membantu untuk memajukan serta meningkatkan sosio-Ekonomi
Masyarakat India Melalui membuka peluang yang terdapat melalui kementerian.
Kriteria yang disediakan oleh Perbadanan Nasional
Berhad (Rakan Perniagaan Francais Anda) tidak memberi peluang untuk Bukan
Bumiputra untuk memiliki atau mejalankan perniagaan Francais. SKIM PEMBIAYAAN
FRANCAISI
Skim ini menyediakan pembiayaan kepada
francaisi-francaisi Bumiputera sahaja untuk memulakan dan mengembangkan
perniagaan.
Pemuda MIC Selangor meminta kelongaran untuk
medapatkan Bukan Bumiputra terutama Pemuda Bangsa India yang layak juga
menyertai perniagaan Francais ini.
Berikut adalah cadangan Kriteria Syarikat India
atau Bukan Bumiputra :-
Kriteria
Kriteria Sekarang |
Cadangan |
Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma |
|
Francaisor/Francaisi Induk berdaftar dengan Pendaftar Francais |
|
Usahawan menjadi pemilik/pengusaha |
|
100% ekuiti milik Bumiputera |
Memberi minima 10 francaisi setahun dengan pengecualian 100% ekuiti
Bumiputra |
Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk |
|
Permohonan pembiayaan perlu dibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk
pembiayaan melebihi RM250,000 |
|
Permohonan pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan
tidak melebihi RM250,000 |
|
Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah |
|
Saiz Pembiayaan: RM20,000 hingga RM500,000 |
|
Margin Pembiayaan : Sehingga 70% daripada kos projek |
100% Pembiayaan untuk 10 francaisi setahun |
|
|
2.0 USUL
1.) Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Perlu membuka peluang kepada masyarakat
india menceburi dalam“Francais Komuniti"
Usaha
kerajaan memperkenalkan program "Francais Komuniti" bagi membantu
mengukuhkan lagi budaya keusahawanan perlu dimanafaat sepenuhnya golongan
usahawan kecil di negara ini. Program
ini dilihat mampu menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais
adalah sebuah industri berskala besar. Industri francais ini terbuka kepada
lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial yang penting mereka mempunyai
minat dan semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan, Namun Program ini
dikhaskan kepada Bumiputra sahaja.
Hal ini bercangah dengan konsep 1 Malaysia,
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui
'1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang Tiada
perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka
mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak
golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.
Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil
tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang
sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan
dalam satu keluarga besar. Justeru Itu Pemuda MIC Selangor Memohon
agar Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Perlu membuka peluang kepada masyarakat india
menceburi dalam “Francais Komuniti".
2. USAHAWAN MUDA INDIA
PERLU DIBERI PENDEDAHAN MENGENAI PEMBUKAAN KEDAI 1 MALAYSIA.
Kerajaan menyasarkan satu Kedai Rakyat 1Malaysia
(KR1M) untuk satu daerah di seluruh negara menjelang hujung tahun depan dan
bagi tujuan itu, orang ramai akan diberi peluang memiliki kedai berkonsepkan
harga rendah , Usahawan Muda India juga minat untuk memiliki Kedai Satu
Malaysia.
Pemuda MIC Selangor menyeru supaya Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan merangka pelan tindakan khas
untuk memberi peluang kepada usahawan
muda kaum india menceburi dalam bidang peruncitan dengan membuka Kedai 1
Malaysia .
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan
Kepenggunaan memngadakan satu sesi khas supaya mereka yang minat dalam
pembukaan kedai 1 Malaysia diberi nasihat dan juga tunjuk ajar dari segi Syarat
Penyertaan, Modal untuk pengurusan, Penentuan Lokasi dan juga Tatacara
Permohonan.
3.) PERUNTUKKAN GERAN
PERNIAGAAN PERLU DITAMBAHKAN KEPADA GOLONGAN USAHAWAN MUDA INDIA
Small and Medium
Enterprise Corporation Malaysia (SME Corp.) dan SME Bank Malaysia telah memperuntukkan
RM70 juta untuk program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) baru bagi
keupayaan sektor tersebut. sebahagian besar peruntukan itu merupakan pinjaman
mudah dengan menggunakan nisbah 50:50 (50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman
mudah) dan secara berperingkat telah
dikurangkan peruntukan geran tersebut.
Pemuda MIC Selangor
memohon supaya Pemberian Geran perlu dikekalkan dan juga nilai pemberian pinjaman
perniagaan perlu ditambah.
4.) KENAIKKAN BILANGGAN KEMASUKKAN USAHAWAN
MUDA INDIA DALAM MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM).
Maktab
Koperasi Malaysia (MKM)merupakan satu-satunya institusi pendidikan koperasi di
negara ini. MKM telah ditubuhkan dalam tahun 1956 dan diperbadankan sebagai
sebuah badan berkanun melalui penguatkuasaan Akta Parlimen pada tahun 1968.
Melalui akta tersebut MKM telah diberi tanggungjawab sebagai sebuah institusi
yang menyediakan latihan dan pendidikan koperasiuntuk gerakan koperasi di
negara ini. Kini, MKM telah menjadi sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Pemuda MIC
Selangor Memohon agar Kemasukkan Pelajar
ke Maktab Koperasi Malaysia (MKM) perlu diberi peluang kepada Golongan Usahawan
Muda India yang mahu menceburi bidang keusahawanan.
5.) PROGRAM UNTUK MEMBERI
PENDIDIKAN DAN JUGA KESEDARAN KEPADA PENGGUNA
Satu organisasi khas Pengguna
yang mewakili semua masyarakat India di Negara ini , untuk member
kesedaran serta pemdidikan tentang hak pengguna. Memandangkan peranan yang
dimainkan oleh organisasi ini perlu diperkukuhkan, penstrukturan semula telah
dilakukan bagi membolehkan organisasi ini memainkan peranan secara lebih berkesan
dalam pembangunan gerakan kepenggunaan.
Pemuda MIC Selangor Memohon agar seorang pegawai India Dilantik untuk menjaga kebajikan pengguna
yang boleh berkomunikasi dengan masyarakat india di Negara ini.
3.0 PENUTUP
Sehubungan dengan perkara dan usul-usul
yang dikemukan diatas, kami menyeru agar pihak Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan dapat memberi penekann yang serius dan
juga dapat memberi satu jawapan yang positif yang memberi respon yang
memberangsangkan. Dengan ini Pemuda MIC Selangor percaya taraf sosio ekonomi masyarakat india
akan akan tumbuh dengan kadar yang sihat.
No comments:
Post a Comment