Sunday, July 8, 2012

CINTA SEJATI : Lelaki Thai Kahwini Mayat Kekasih

Lelaki Thai Kahwini Mayat Kekasih Untuk Tunaikan Impian Perkahwinan

Dalam satu upacara kombinasi perkahwinan dan pengebumian yang menyayat hati, Chadil Deffy telah mengahwini kekasihnya yang sudah meninggal dunia. Upacara itu berlangsung di Surin, sebuah bandar di bahagian utara Thailand, 4 Januari lepas.


Pasangan ini telah bercinta selama 10 tahun dan beberapa kali menangguhkan perkahwinan kerana Deffy ingin menamatkan pengajiannya sebelum berkahwin. Tetapi apabila Kamsook meninggal dunia kerana kecederaan serius dari satu kemalangan kereta, impian pasangan ini berkecai.

Apa yang mungkin lebih menyedihkan ialah walaupun cedera parah dari kemalangan kereta, Kamsook sepatutnya boleh diselamatkan, tetapi setelah menunggu selama enam jam di hospital dalam satu unit rawatan rapi yang sesak, Kamsook meninggal dunia.
Deffy yang patah hati tidak mahu Kamsook dikebumikan tanpa menunaikan impian kekasihnya itu, telah menyarungkan cincin ke jari manis Kamsook dalam satu perkahwinan Buddha.

Seluruh Thailand telah menonton dalam televisyen kebangsaan bagaimana Deffy menunjukkan cintanya yang mendalam dan kesetiaannya pada mayat Sarinya.

Cinta sejati tidak akan mati? Mungkin juga.
Source: Facebook.com

No comments:

Post a Comment