Wednesday, April 27, 2011

PROJEK TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT (TUKAR) OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN ( KPDNKK)


CENTBiZ Peruncitan dan Peniaga Kecil DPMMPP telah menganjurkan taklimat mengenai Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 14 April 2011, di Bilik Persidangan DPMMPP.
Seminar ini dihadiri lebih 40 peserta yang terlibat dalam bidang perniagaan kecil dan peruncitan.

Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan mengenai Projek TUKAR, yang merupakan satu usaha komprehensif kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk transformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan dilaksanakan di bawah ETP ialah Pemborongan dan Peruncitan. Projek TUKAR adalah merupakan salah satu daripada Entry Point Projects (EPPs) yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:
  • membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis “mom and pop
  • meningkatkan tapah kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan
  • tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan
  • selarikan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh
  • promosikan rantaian penawaran yang berkos efektif dan efisien
  • galakkan jualan produk berkualiti melalui pelabgai langkah
  • menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST)
EMPAT STRATEGI UTAMA PELAKSANAAN TUKAR

  • Memodenkan premis peruncit tradisional sedia ada
  • Menaiktaraf premis peruncitan tradisional sedia ada
  • Menggalakkan penyertaan koperasi dalam bidang peruncitan
  • Mewujudkan pusat pengedaran setempat


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Perniagaan 100 peratus milik tempatan (milik tunggal/perkongsian/Sdn Bhd)
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah untuk mengusahakan kedai runcit
  • Pemilik kedai runcit berumur 23 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun
  • Kedai runcit telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun
  • Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu kedai atau 2,500 kaki persegi

PEMBIAYAAN PINJAMAN PROJEK TUKAR

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Skop Pembiayan:
  • Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan
  • Pembelian mesin atau peralatan
Jumlah Pinjaman:
RM20,000 hingga RM60,000
Tempoh Pinjaman:
Sehingga 7 tahun
Caj Perkhidmatan:
3 peratus (3%) setahun

Taklimat Projek TUKAR ini telah dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah KPDNKK, Encik Zahari Md Afandi. Beliau menerangkan mengenai pemilihan kedai-kedai  runcit bagi menyertai projek ini iaitu menepati syarat-syarat yang ditetapkan dan merangkumi semua kaum Melayu, Cina dan India.
Encik Zahari turut menerangkan mengenai kontraktor yang boleh dipilih oleh tuan punya kedai runcit tetapi perlu mengikut syarat-syarat yang disediakan oleh KPDNKK dan tidak melebihi tarikh perlaksanaannya. Bagaimanapun, pihak konsultan juga menyediakan kontraktor untuk tujuan pengubahsuaian.
Selain itu, beliau menerangkan bahawa jumlah pinjaman yang disediakan adalah untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan tidak termasuk kos penambahan stok. Selain itu, beliau berkata, harga barang-barang juga tidak boleh dinaikkan bagi menampung modal yang dikeluarkan kerana peruncit mendapat barang-barang secara terus daripada konsultan yang dilantik. Bagaimanapun, pihak peruncit tidak diwajibkan untuk mengambil barang dengan pihak konsultan yang dilantik.
Konsultan yang dilantik ialah Mydin Mohamed Holdings Bhd, Carrefour dan Tesco Stores (M) Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful