Wednesday, April 27, 2011

PEMODENAN BENGKEL AUTOMOTIF (ATOM)

EPP 3 : PEMODENAN BENGKEL AUTOMOTIF (ATOM) 
Inisiatif untuk memodenkan dan mentransformasikan sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif yang bertaburan/tidak tersusun.
Pendaftaran kenderaan semakin meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan peningkatan populasi, tenaga kerja dan pembangunan bandar. Peluang-peluang ini boleh diterokai oleh sektor perkhidmatan automotif dan pembaikan automotif yang kini memberikan perkhidmatan untuk 1.8 juta kenderaan berdaftar.
Dengan menaik taraf standard sektor, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan juruteknik boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi

Situasi semasa
Naik taraf standard
pembaikan automotif 
Aspirasi 
  • Sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif adalah bertaburan.
  • Kebanyakan tenaga kerja adalah golongan yang tercicir dari sekolah.
  • Pelanggan tidak mengiktiraf kemahiran yang diperlukan dalam sektor ini dan masih bergantung kepada juruteknik yang kurang mahir.
  • Teknologi dalam sektor ini berkembang dengan pesat
  • Penguatkuasaan standard sektor oleh sektor swasta dengan bantuan oleh kerajaan.
  • Platform terpusat untuk berkomunikasi melalui laman sesawang/ komputer pelayan.
  • Kategorikan/penggredan Bengkel dengan menggunakan konsep 4M untuk penilaian kendiri dan pengauditan mandiri.
  • Melesenkan tenaga kerja sektor dan menawarkan program pembangunan kompetensi berterusan.
  • Memperoleh kepercayaan dan pengiktirafan masyarakat untuk sector tersebut.
  • Memajukan tahap tenaga kerja daripada berpendapatan rendah ke pertengahan dan seterusnya professional yang berpendapatan tinggi
  • Ketelusan yang tinggi terhadap harga, kemahiran dan profesionalisme sektor.
  • Bangunkan bengkel menjadi pakar dalam perkhidmatan selepas jualan.


Pelaksanaan
Untuk menggalakkan integriti dalam sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif melalui konsep 4M.
  • Konsep 4M sebagai asas untuk menilai sesebuah bengkel
        – Modal Insan
           Kemahiran tenaga kerja akan dikesan melalui tahap latihan yang pernah menghadiri
        – Kaedah
           Tatacara kursus, pengurusan dan teknikal yang asas dan penting
        – Mesin
           Jenis mesin dan perkakasan serta tahap teknologi yang digunakan dalam bengkel
        – Bengkel
           Komponen kenderaan tulen dan standard kualiti pembaikan alatan ganti untuk pelanggan
Pegawai yang boleh dihubungi:
i)  Encik Salsuriya Bin Selamat
    No. Tel: 03-88825580 (Pejabat) / 019-2629955 (Talian bimbit)
    E-mel: salsuriya@kpdnkk.gov.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
ii) Encik Ahmad Fitri bin Ali
    No. Tel: 03-88826949 (Pejabat) / 014-2662022 (Talian bimbit)
    E-mel: fitri.ali@kpdnkk.gov.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya  

Muat Turun:

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful