2010/09/28
KOTA BHARU: Polis Kelantan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.
Hashim yang menghidap barah usus menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga kira-kira pukul 4.30 petang semalam setelah dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lalu.
Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Betis, Gua Musang lewat malam tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.
Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti terbabit dalam suasana aman dan harmoni. - Bernama
No comments:
Post a Comment