2010/09/27
BANTING: Empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibawa memasuki Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, hari ini dengan sebuah van polis.
Tinjauan mendapati kesemua suspek yang berpakaian oren itu dibawa ke situ kira-kira jam 11.20 pagi tadi dipercayai bagi membantu pasukan forensik mengesan bukti-bukti terbaru kes itu.
Kira-kira 20 minit sebelum itu, lima kenderaan forensik termasuk kereta polis memasuki kawasan ladang itu.
Wartawan dan jurugambar yang pada mulanya dibenarkan memasuki kawasan ladang kemudiannya diarah keluar oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk ladang milik suspek utama yang juga seorang peguam, kira-kira 20 minit kemudian.
Kira-kira jam 3.30 petang, semua suspek dibawa keluar dari ladang itu.
Difahamkan tiada sebarang bukti terbaru ditemui dalam operasi selama empat jam itu.
Bagaimanapun, operasi itu dijangka disambung semula esok.
Sosilawati, 47; pemandu peribadinya Kamarudin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Senarai Syarikat Yang Menawarkan Tempat Untuk Latihan Industri Bil Organisasi Telefon/Fax/Email Pegawai dihubungi...
-
SELEPAS 52 TAHUN NEGARA KITA MERDEKA...SUDAH 13 KALI KITA BERDEPAN DENGAN PILIHAN RAYA DAN JUGA BEBERAPA BY ELECTION DI SELURUH NEGARA...ADE...
-
I'm often asked what my body measurements are and/or what are the ideal measurements for a bodybuilder or a classical muscular male p...
No comments:
Post a Comment