2010/09/27
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan tindakan menghina agama lain tanpa mengira latar belakang individu terbabit akan menjejaskan usaha membina Malaysia ke arah negara maju sekaligus menafikan keadilan rakyat di negara ini. Beliau berkata, tidak kira sama ada pihak terbabit adalah paderi atau individu lain, tindakan itu boleh mencetuskan pertembungan antara agama yang seterusnya merebak kepada pertembungan bangsa.
Menurut laporan akhbar hari ini, Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen berkata, paderi yang dikenali Benjamin Stephen, menghina Islam ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.
Jamil Khir berkata, pihaknya akan bertindak apabila ada individu yang tampil membuat laporan berhubung isu terbabit.
Beliau berkata, di sebalik amalan Malaysia memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menganut ajaran agama lain, perlu diingat setiap individu ditegah daripada menimbulkan rasa terhina penganut agama tertentu.
Ia katanya, apabila ada pihak mula rasa terhina, sensitiviti agama akan tercetus sehingga merebak kepada masalah pertembungan bangsa.
No comments:
Post a Comment