Tuesday, July 8, 2014

KEKALAHAN #BRAZIL @ SEMIFINAL #WORLDCUP14 ADA HIKMAHNYA



KEKALAHAN #BRAZIL DALAM PERLAWANAN SEPARUH AKHIR #PIALADUNIA ADA HIKMAH DI SEBALINYA. KEKALAHAN TERSEBUT KERANA #LACKINGOFLEADERSHIP UNTUK MEMBAWA ANAK BUAHNYA KE PERINGKAT SETERUSNYA.

APA YANG TERJADI?

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu.Ketiadaan #SILVA (Ketua Pasukan) sebagai pendorong kepada mereka kegagalan pertama #Brazil memonjolkan kekuatan mereka kepada pasukan lawanya.

Apabila ada ketua maka disitu sudah pasti da Pelaksana "Finisher"  kecederaan #Neymar menjadi komplikasi penghabisan "Finishing Problerm" melanda pasukkan Brazil. secara mata kasar kita boleh mendapat rumusan. Pucuk Pimpinan dan  juga Pelaksana memainkan peranan yang maksimum dalam kemenangan atau kejayaan sesuatu organisasi.

ADAKAH KITA FAHAM APA ITU KEPIMPINAN?

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai
pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).  

  • Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai “satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat  bersama” (Gribben 1972). 
 
  1. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara api dan sistematik. Kepimpinan juga   berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. 
  2. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. 
  3. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:
a. menetapkan matlamat
 b. menyusun
c. mengarah dan menyelaras
d. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

4.  Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang  bawahan dan merupakan     
      satu proses yang berterusan.
5.  Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu   
     keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus.  

P/S-Kesimpilanya Jika tiada Ketua untuk memimpin sesebuah organisasi maka fungsi dan juga matlamat yang perlu dicapai akan terjejas.





No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful