Monday, January 21, 2013

DUN SELANGOR BUBAR 22 JANUARI 2013?| Dr Xavier Tidak Puas Hati Dengan Tindakan MB Selangor?



Kenyataan Media Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar  mengenai isu Larangan membunyikan Loceng Di Kuil,Bangi Lama merupakan  kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Jika Biro Pengaduan Mengeluarkan Arahan, apakah releven tindakan pihak berkuasa tempatan?

Beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri  Selangor perlu peka terhadap isu-isu yang berlaku sekelilingnya malah beliau tolak dalih isu tersebut. Apakah Menteri Besar Selangor Hilang Kuasa sampai kerajaan negeri  mendapat campurtangan  kerajaan persekutuaan? Apakah yang dipertua Majlis Perbandaran Kajang enggan menerima arahan Menteri Besar?

Penulis Tidak faham dimana Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Kajang) mengikut arahan kerajaan pusat tanpa merujuk kepara kerajaan Negeri. Saya pasti  jika  exco-exco kerajaan Negeri yang kian lama tidur lena sedar dari pada tidur mungkin beliau dapat menyelamatkan situasi tersebut. Penulis Juga kurang puas hati  terhadap pemimpin  India Kerajaan Persekutuan dan juga segelintir Pemimpin  Pembangkang yang membisukan diri dalam isu ini. Mengapakah rakyat memilih anda sebagai pemimpin ?  jika anda sendiri tidak menjadi suara mereka.

Penulis juga  meminta Dr Xavier Jayakumar  perlu mendedahkan apakah yang berlaku disebalik masalah tersebut supaya masyarakat India di Malaysia mengetahui isu sebenar. Menteri Besar Selangor Juga Perlu menjelaskan kepada Rakyat Selangor Bagaimanakah Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Kajang) mengambil tindakan berdasarkan arahan Kerajaan Pusat tanpa merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor?

Selepas saya meneliti masalah ini, Penulis dapat memberi kesimpulan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah lemah..Kini sudah tiba masanya untuk membubarkan Kerajaan Negeri supaya membuka jalan untuk masyarakat setempat memilih Pemimpin yang benar-benar tulus berkhidmat untuk mereka. Penulis juga malu keatas tindakan Wakil Kerajaan Negeri yang tak pandai mengawal anak buah mereka.


No comments:

Post a Comment