Ramai sudah lupa untuk menghayati sejarah yang kian hilang dari pandangan mata kasar masyarakat Malaysia. Penulis mengambil sedikit inisiatif untuk merenungkan balik apakah kontribut Masyarakat india untuk pembangunan Tanah Air Ku.. Tumpah Darahnya...Penulis juga ingin megingatkan Artikal ini tidak ada kaitan dengan unsur yang hidup atau pun mati....
Orang-orang India telah berhijrah ke
Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti
Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa
Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang
Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824
memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada
buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang
pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan.
Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari
subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:
peluasan pemerintahan British ke
negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an;
dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Penduduk India
di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya
daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India
and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka,
bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901,
bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah
bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri
Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan
penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan
mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk
Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian.
Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).
Dulu Pentadbir Malaya "British" mewujudkan Trend "INDIA MABUK" dimana setiap estate kerajaan koloni meniaga TODI secara Halal kepada orang India.. Sampai Sekarang TREND itu masih tak ubah lagi...Penulis Tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana perkara ini atas PERSENDIRIAN. Dulu Orang India membela sekolah dan kuil ... sampai sekarang keadaan yang sama...
Pembangunan intelektual perlu lahir dalam setiap orang...masyarakat India perlu Peka terhadap kemahuhan Trend Masa kini... Lepas ini mintak 100 Orang ushawan muda...!! ini dapat membantu untuk memajukan sosio-ekonomi masyarakat INDIA... Mintak Peluang atau kontrak kerajaan yang boleh menampung pembangunan masyarakat INDIA.. Penulis Mohon Orang yang pandai debat diluar... orang yang pandai bagi Komen kat luar/FB Cuba bagi Idea yang bernas bagi merialisasikan Pembangunan Masyarakat. KILIK SAYA UNTUK MEMBERI CADANGAN Saya berharap kawan-kawan ku yang aktif komen di FB turut serta menaburkan idea anda semua unuk pembangunan negara pada masa akan datang TAK KIRA SIAPA YANG AKAN MEMIMPIN NEGARA!!
No comments:
Post a Comment