Thursday, July 19, 2012

DOKUMEN SULIT KEWANGAN TALAM CORP?

Kerajaan negeri Selangor memutuskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan semua pihak yang terbabit terhadap tuduhan penyelewengan RM1 bilion berhubung isu Talam Corporation Bhd. 
(Kilik Untuk Dokumen Sulit)

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tuduhan yang dibuat oleh MCA terhadap kerajaan Selangor adalah tidak benar, berat dan serius serta mencemar nama baik kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang.

"Saman terhadap MCA akan difailkan dalam masa terdekat dan butiran lanjut mengenainya akan dimaklumkan kemudian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini pada Rabu.
Justeru itu, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang ulasan buat masa ini kerana tidak mahu menjejaskan proses perundangan.
Ketua Biro Profesional Pemuda MCA Datuk Chua Tee Yong mencabar kerajaan negeri Selangor mendedahkan dokumen perjanjian bernilai RM1 billion mambabitkan Talam Corporation dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SUMBER:    BURSAR MALAYSIA 

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful