Ketua Pemuda MIC Selangor En Shanker Raj Ayanger menyatakan bahawa tuduhan BN menjadi penghalang merialisasikan pendidikan percuma dinegeri selangor merupakan satu tindakan yang tidak bertanggung jawab kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa Mutlak dan Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor mempunyai kuasa rundingan untuk mencari jalan penyelesaian dalam Isu tersebut. Jika semua pihak menunding jari kepada orang lain siapa lagi yang akan mengambil inisiatif dan langkah kerja untuk merialisasikan pendidikan percuma dinegeri selangor. Apakah itu seolah-olah mencurahkan air dalam daun keladi ?
Shanker juga menyoal apakah tindakan atau langkah yang diambil oleh kerajaan negeri selangor mengisthiyarkan pendidikan percuma di negeri selangor. Jika perlembagaan Atau Akta boleh ubah suai ikut kehendak Pentadbiran kerajaan negeri dalam banyak isu apakah ini perkara kecil tidak boleh mencari jalan penyelesaian demi masa depan anak bangsa sendiri oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Selangor Sanggup mempertaruhkan duit rakyat untuk Isu Air apa salahnya sebahagian daripada duit itu disalurkan kepada Pendidikan Percuma Dinegeri tersebut supaya masa depan anak muda akan mendapat cahaya Ilmu
Beliau juga mengatakan isi buku jinga mengenai Krisis pendidikan semata-mata untuk mengkaburkan mata masyarakat. Di bawah ini adalah ulasan mengenai PTPTN seperti yang tercatat dalam buku jingga.
* Menyelesaikan krisis pembiyaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjamdengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.
Dapat kita lihat bahawa, dalam buku jingga sekalipun Pakatan Rakyat tidak pernah bermimpi untuk memansuhkan PTPTN. En.Shanker Raj Ayanger mencabar Menteri Besar Selangor supaya transperan dalam pemberian Biasiswa kerajaan negeri serta pinjaman pendidikan kerajaan negeri selangor. Kerajaan negeri perlu mengeluarkan senarai hitam putih pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan negeri dan juga pinjaman pendidikan negeri.
En.Shanker Raj Ayanger berkata 9 Mei 2012 pada jam 11.00 pagi satu bantahan serta penyerahan memodandum mengenai isu pendidikan dinegeri selangor di depan Banggunan Setiausaha Kerajaan Negeri selangor. Beliau turut menjmput para pejuang yang inginkan kebebasan pendidikan percuma di negeri selangor.
No comments:
Post a Comment