Janji Mansuhkan PTPTN – Buktikan Dulu, Mansuhkan Yuran Unisel & KUIS
Memang sudah seperti terpahat dalam kitab perlembagaan pakatan pembangkang bahawa membuat janji dan mensensasikan isu adalah satu kewajipan mereka yang perlu dilaksanakan, demikian pandangan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Jonid.Terbaru tegas beliau pakatan pembangkang mengulangi niat murni palsu mereka untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun yang menjadi pelik dan ironiknya perkara yang ada di bawah kekuasaan mereka tidak pula hendak mereka laksanakan.
“Kita nak cabar mereka untuk memansuhkan yuran kepada pelajar UNISEL dan Kolej Islam Selangor (KUIS) yang sememang di bawah kuasa eksekutif kerajaan Negeri Selangor.
“Baru-baru ini Menteri Besar kata, Selangor banyak duit. Kalau betul banyak duit, kalau betul sangat nak jadi juara kepada orang muda kononnya, selesaikan masalah-masalah di negeri Selangor dulu seperti masalah yuran pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS dulu. Selesaikan, biayai 100 peratus” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Tambah beliau lagi apa yang mereka janjikan ini tidak lebih sekadar umpan pilihan raya semata-mata.
“Sebelum ini pun mereka dah buat banyak lagi cadangan, pandangan dan gimik semata-mata menarik minat rakyat seperti menghapuskan tol, turunkan harga minyak, tetapi ianya merupakan janji-janji kosong. Mereka harus buktikan di negeri Selangor dulu, buktikan di Pulau Pinang dulu, barulah mereka boleh bercakap, berjanji kalau mereka mampukan buktikan di peringkat persekutuan pula.
“Di Selangor, beribu anak Selangor yang dapat menyambung pelajaran di IPTA tapi tidak dibantu. Beribu anak Selangor yang ditipu manifesto 2008,” tambahnya.
Jelas beliau lagi sekiranya pakatan pembangkang ikhlas untuk membantu, buktikan dahulu di Selangor khususnya pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS, jika tidak, ia merupakan satu penipuan dan sandiwara yang jelas dan nyata, semata-mata untuk mengumpan undi dari rakyat khususnya dari golongan anak-anak muda.
SUMBER -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment