Saturday, March 17, 2012

AGENDA BUSUK CIA - ANWAR? 2004 hingga PRU 13

AnwarMunich

Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dan Azmin Ali ketika di Munich 2004


Dari egroup AIDC
Anwar tiba di Munich pada 5 September 2004. Pada keesokan harinya, beliau menjalani pembedahan sakit tulang belakang. Menurut Azmin, tepat jam 3.00 petang, 6 September, Hoogland memulakan pembedahan ’spine’ (tulang belakang) dengan menggunakan teknik ‘minimal invasive procedure’ dan kaedah bius setempat (local anaesthesia) yang merupakan kepakaran khusus di Alpha Klinik. Pembedahan yang rumit ini memakan masa selama 1 jam 45 minit dan ia dibantu oleh Dr Halili Rahmat, pakar neuro surgeon dari Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Klik di sini

Selepas 8 hari menjalani pembedahan, Anwar dikunjungi oleh Evan Williams dari Foreign Correspondent pada 14 September 2004. 12 hari kemudian (25 September 2004), wartawan dari CNN, Lorraine Hahn pula datang mengunjungi dan mewawancara Anwar.
Dua wartawan tersebut dianggap sebagai ‘perisik’ awal untuk mengetahui fikiran Anwar selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.
Apakah pandangan Anwar terhadap dunia barat khususnya Amerika Syarikat? Apakah perancangan Anwar selepas ini, adakah mahu kembali aktif berpolitik di Malaysia atau berhijrah ke luar negara ? Apakah permasalahan imej yang sedang dihadapi oleh Anwar terutamanya berkaitan dengan tuduhan homoseksual ? Semua persoalan ini ditanya khusus oleh kedua-dua perisik barat tersebut.

dsai di munch 001

Paul Wolfowitz dan Anwar di Munich


Selepas Paul Wolfowitz mendengar semua ‘world view’ pemikiran Anwar itu, barulah Paul Wolfowitz , ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menawarkan solusi kepada Anwar, ketika beliau berkunjung ke Munich pada 5 Oktober 2004. Klik di sini

Evan Williams – Foreign Correspondent
Dalam wawancara itu, Anwar berterus terang, tentang misinya, bukan lagi untuk menyertai parti politik sama ada UMNO, PAS atau PKR (sebab itu sampai sekarang, Anwar tidak bersedia menjadi Presiden PKR), tetapi misinya yang lebih utama untuk menjadi ‘perunding antara Islam-Barat’ khususnya di Amerika Syarikat. [klik di sini]. Lihat video klik di sini.

EvanWilliam-Anwar

Anwar ditemuramah oleh Evan Williams


Anwar turut membersihkan dirinya daripada dilabel anti-US kerana latar belakangnya yang berasaskan gerakan Islam adalah tidak benar. Menurutnya, beliau menyertai gerakan Islam bukannya berasaskan kepercayaan, tetapi sebagai satu strategi untuk melemahkan dari dalam. Kata Anwar, Macam mana awak mahu menyelesaikan masalah ektrimis dan fanatisme, jika diri anda sendiri tidak terlibat sendiri dalam gerakan Islam yang berwibawa. Menurutnya lagi, beliau lebih berminat untuk memperjuangkan falsafah liberal di seluruh dunia dan Malaysia khasnya.
Temubual Anwar bersama Foreign Correspondent di Munich 2004, sebagai ’merisik’ pemikiran dan hala tuju Anwar selepas dibebaskan dari penjara. Kandungan wawancara itu disebarluaskan melalui ABC Australia yang sememangnya dikenali sebagai ‘pengkalan Amerika Syarikat’ di Asia Pasifik. Anwar mengambil kesempatan itu untuk memberitahu rangkaian CIA di luar negara, bahawa hasratnya adalah berhijrah ke luar negara dan membantu memperkukuhkan misi Amerika Syarikat.
Tujuan Anwar berkata begitu kepada Foreign Correspondent kerana Anwar tahu siapa di belakang badan itu. Foreign Correspondent  yang bermotokan ‘Your passport to the world of international journalism’ Kebanyakan wartawannya telah ditaja dan diindoktrinasi oleh CIA. Malahan Evan Williams telah mengikuti kes Anwar sejak dari tahun 2000. Maknanya wartawan Foreign Correspondent ini memang ditugaskan untuk mengikuti perkembangan Anwar sejak tokoh itu di penjarakan lagi. Klik di sini
Evan Williams ketika itu wartawan kanan di  Australian Broadcasting Corporation (ABC). Sebelum itu beliau merupakan ABC’s South East Asia Correspondent, yang berpengkalan di Bangkok. Selain Anwar, Evan Williams juga menumpukan kepada tokoh dan isu yang berkepentingan kepada polisi Amerika Syarikat terutamanya isu Aung San Suu Kyi di Burma dan isu Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Sekarang beliau bertugas di SBS, Dateline, berpengkalan di London. Klik di sini
Imej Foreign Correspondent dengan CIA amat ketara. Sebab itu Susan Loone, bekas wartawan Malaysiakini yang kini menjadi ‘wartawan bebas’ yang mempunyai kaitan dengan Foreign Correspondent dan beroperasi di Bangkok menafi dirinya sebagai operatif CIA.
“My name is SUSAN LOONE. I am a freelance writer, and an NGO worker/ human rights activist, living in Bangkok. I am NOT a CIA operative nor do I get paid to write in this blog, especially on the Altantuya story” (klik di sini)
Penafian Susan Loone secara jelas ditulis di blognya kerana lazimnya wartawan/blogger bebas yang berkaitan dengan Foreign Correspondent kebiasaannya berkait rapat dengan agenda CIA dan kebiasaannya aktivis yang ditaja CIA itu turut menjalan dua operasi serentak, sebagai wartawan (untuk mendapatkan maklumat) dan menggerakkan NGO (untuk counter attack issue) terutamanya NGO yang berkaitan dengan hak asasi manusia.
Bagaimana kaitan Susan Loone dengan Foreign Correspondent ? Pertama base Foreign Correspondent adalah Bangkok. Susan Loone juga menetap di Bangkok.  Evan Williams dari Foreign Correspondent, ABC, Australia juga mengakui base mereka adalah Bangkok.
Sebab itu apabila Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) mengadakan mesyuarat di Bangkok pada 6 Februari 2006,  Susan Loone juga turut hadir. Bukan setakat itu beberapa aktivis hak asasi Malaysia juga hadir walaupun program itu lebih fokus kepada kewartawanan. Antaranya Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia), Cythia Gabriel (SUARAM/Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia). Semuanya berasal dari Malaysia tetapi beroperasi untuk seluruh Asia dengan pengkalan di Bangkok.
Bermakna terdapat perkaitan rapat antara Foreign Correspondent dengan NGO SUARAM, Committee for Asian Women (CAW), Forum-Asia dan Caram-Asia. Semua NGO berbentuk hak asasi manusia ini ditaja oleh United Nation dan NED (National Endowment for Democracy). Di belakang NED adalah CIA.
Di dalam program Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) itu, Anwar Ibrahim pula dijemput sebagai salah seorang penceramah. Kenapa hanya dijemput Anwar ? Kenapa bukan Dr Mahathir ?
Apa perkaitan Anwar dengan Foreign Correspondent dan NGO-NGO Hak Asasi yang di belakangnya adalah CIA ? Klik di sini
Lebih menarik lagi dalam sesi soal jawab bersama wartawan FCCT persoalan Anwar dan homoseksual juga turut menjadi perhatian. Susan Loone melaporkan seperti berikut :
Wartawan : What kind of Muslim are you? Do you consider yourself, a liberal or progressive Muslim and if you are, and if you are PM, what do you think of the issue of homosexuality? Will you decriminalise homosexuality in Malaysia?
[Apakah pegangan Islam yang anuti ? Adakah anda Islam Liberal atau Islam Progresif dan jika menjadi PM,  apakah yang anda fikir terhadap isu homoseksualiti? Adakah anda akan menghalalkan homosesksual di Malaysia ?]
Menurut Susan, Anwar begitu berhati-hati apabila ditanya berkenaan homoseksual. Ini jawab Anwar :
“If I were to show a bit of tolerance, you will say… there…got you”.
[Jika saya menunjukkan sedikit toleransi, anda akan kata..di situ.. awak sudah terperangkap]
Susan Loone tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang tidak jelas. Anwar gagal memperkatakan prinsipnya berkenaan homoseksual, walaupun Anwar berkata di Malaysia 95 peratus tidak menerima perkahwinan gay. Kata Anwar lagi :
“The law is there..what do you expect me to do?”
[Terdapat undang-undang di sana..apa yang anda harapkan untuk saya lakukan?]
Anwar membayangkan jika beliau dilantik PM, beliau tidak mahu mencampuri urusan peribadi individu walaupun seseorang itu melakukan perbuatan homoseksual yang dilarang dalam Islam;
“It is not our business to probe people personal lives. You can’t just attack people, beat them up and force him to admit that he was a homosexual”
[Itu bukan bukan urusan kita untuk menyiasat kehidupan peribadi setiap rakyat. Anda tidak boleh membabi buta menyerang (kehidupan peribadi) rakyat, memukul dan memaksa mereka untuk mengaku yang dia adalah seorang homoseksual]
Membaca pandangan Susan Loone berkenaan Anwar dan homoseksualiti Klik di sini


Lorraine Hahn – CNN
Pada 25 September 2004, ketika masih di Munich, sekali lagi Anwar diinterbiu pula oleh wartawan rangkaian CFR (Council on Foreign Relations), Lorraine Hahn, dari CNN. Klik di sini
AnwarTalkAsia
Anwar Ibrahim dan Lorraine Hahn
Ms. Hahn merupakan wartawan CNN, Talk Asia yang berpusat di Hong Kong. Wartawan kelahiran Singapura dan berpindah ke Kanada itu pernah terlibat dalam stesen CNBC dan NBC.  Klik di sini
Dalam wawancara bersama Anwar di Munich Lorraine Hahn bertanyakan soalan sekitar pembebasan Anwar dan tuduhan homoseksual yang dikenakan kepadanya.
Lorraine: Sekarang, walaupun keputusan (hakim) 2 – 1 terdapat beberapa orang yang masih mempersoalkan kebenarannya (perbuatan liwat) dan ini termasuk hakim sendiri – dan saya mahu memetik sebahagiannya yang saya baca…(memetik dari majalah FEER – kenyataannya ialah para hakim masih percaya terdapat bukti berlakunya aktiviti homoseks) – saya perlu tanya anda - apa pandangan anda?

Anwar: Mereka membenarkan rayuan dibuat dan membebaskan saya berdasarkan kepada argumen dan fakta perundangan yang substantif. Kemudian mereka meneruskan dengan mengesahkan innuendo iaitu kepentingan politik. Oleh itu keputusan perundangan yang substantif yang dikaitkan dengan kompromi politik yang dapat dilihat dengan jelas. Kerana innuendo tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan. Sama ada anda menggunakan fakta atau undang-undang dan anda hendaklah meletakkan innuendo ke tepi.

Lorraine: Jadi apa yang anda katakan ialah mereka membebaskan anda tetapi mereka masih menanam benih keraguan difikiran rakyat?

Anwar: Saya tak fikir ia benih keraguan kerana saya fikir sebahagian besar rakyat Malaysia faham bahawa Tivoli Villa tiada di situ – mereka mereka-rekakan tuduhan -Ia hanyalah satu konspirasi yang melibatkan kehakiman – polis, peguam negara – dan ini adalah jelas.

Semuanya telah terdedah. Dan ini disahkan oleh Suruhanjaya Juri Antarabangsa, Amnesty International, Persatuan Peguam Malaysia. Apa yang mereka mahu lakukan sebagai satu kompromi adalah untuk membenarkan pihak eksekutif menggunakan argumen ini sekiranya saya memutuskan untuk terlibat dalam politik. Tetapi bagi saya ia agak tidak relevan tidak memahami apa yang mereka katakan – Saya akan meneruskan dengan apa yang saya percaya dan menyeru untuk melakukan reform.

Media CFR bersih imej liwat Anwar
Fokus Lorraine Hahn tentang permasalahan ‘imej homoseksual’ yang masih terpalit di wajah Anwar ini sudah tentu akan menyukarkan Anwar walaupun dibebaskan. Fokus ini cepat tersebar di media rangkaian CFR, bukan setakat CNN, malah turut tersebar keseluruh dunia.
Anwar sudah memberi jawapan bahawa tuduhan liwat ke atasnya adalah ‘tuduhan yang direka-reka’, walaupun Lorraine Hahn mengatakan ketiga-tiga hakim yang membebaskan Anwar bersetuju bahawa Anwar melakukan perbuatan homoseksual itu.
Selepas wawancara Lorraine Hahn di Munich itu, kebanyakan media CFR telah menyelaraskan jawapan mereka di setiap artikel/rencana berkaitan dengan Anwar dan homoseksual, pasti mereka akan menambah perkataan ’tuduhan yang direka-reka’.
Ini merupakan pertolongan besar yang dilakukan oleh media CFR untuk membersihkan imej Anwar dari segi homoseksualiti, kerana CFR menguasai hampir keseluruhan media utama di dunia.
Selepas Anwar berhijrah ke Amerika, imej homoseksual ini telah disapu bersih oleh media CFR, sehinggalah terbongkarnya kes terbaru, Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan


Sumber:

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful