Tuesday, May 24, 2011

APAKAH BENAR KERAJAAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN YANG MENCUKUPI UNTUK SUBSIDI?
Kerajaan telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM 20.6 bilion pada tahun 2011.

Subsidi RM 10.32 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan harga barangan keperluan asas adalah seperti berikut:

· Subsidi RM 789 juta untuk gula,
· Subsidi RM 89 juta untuk tepung gandum,
· Subsidi RM 813 juta untuk minyak masak,
· Subsidi RM 486 juta untuk beras,
· Subsidi RM 3.13 bilion untuk petrol (RON 95),
· Subsidi RM 3.5 bilion untuk diesel,
· Subsidi RM 1.43 bilion untuk LPG gas.I

Melalui pendekatan subsidi, kerajaan menanggung sebahagian kos harga barangan keperluan supaya harga barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan rendah mampu beli:

· Kerajaan belanja 30 sen bagi setiap kilo gula,
· Kerajaan belanja 45 sen setiap kilo tepung gandum,
· Kerajaan belanja RM 1.00 bagi setiap kilo minyak masak,
· Kerajaan belanja RM 4.00 setiap bag beras berat 6 kilo,
· Kerajaan belanja 43 sen setiap liter petrol RON 95,
· Kerajaan belanja RM 27.02 sen bagi setong LPG gas.

6. APAKAH IMPAK PENDEKATAN PEMBERIAN SUBSIDI KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA?
· Kerajaan menggunakan pendekatan subsidi untuk MENGURANG DAN MENSTABILKAN HARAGA BARANGAN KEPERLUAN ASAS dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Tetapi, kerajaan juga sedar bahawa penyediaan berbilion-bilion ringgit sebagai subsidi untuk satu waktu jangka panjang akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara yang seharusnya bertumbuh dengan bebas dan segar malah menjejaskan pembangunan projek-projek sosial -ekonomi negara yang mampu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut pakar-pakar ekonomi, amalan pendekatan membelanjakan peruntukan berbilion-bilion untuk subsidi semata-mata untuk mengurangkan harga barang-barang adalah pendekatan kurang bijak dalam satu sistem ekonomi yang baik dan diamik.

· Pendekatan subsidi dijangka akan menghalang kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan bidang-bidang ekonomi dan sosial.

· Malaysia yang bercita-cita untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi perlu menggalakan tumbuhan sistem ekonomi yang bebas, bernas dan dinamik.

· Pemberian subsidi yang berlebih-lebihan semata-mata untuk menjadi kerajaan popular akan mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyat pada waktu jangka panjang.

· Menyedari hakikat ini, Najib Tun Razak telah umum dan mengariskan beberapa langkah untuk menstruktur semula pendekatan subsidi pada masa akan datang.

· Menstruktur semula pendekatan subsidi sudah pasti akan memberi impak kepada harga barang-barang keperluan asas dalam pasaran tempatan.


· Penstrukturan semula subsidi untuk gula harus disokong oleh rakyat kerana pengunaaan gula dikalangan rakyat Malaysia kini kian meningkat dan bilangan penyakit yang berkaitan dengan kelebihan penggunaan gula dalam makanan juga didapati semakin meningkat.


· Rakyat didorong menggurangkan penggunaan gula dan kerajaan pula dapat menjimatkan RM 111.6 juta dengan pendekatan penstrukutaran subsidi bagi gula. Penjimatan ini dapat digunakan untuk menjayakan projek-projek NKRA yang mendatangkan faedah kepada semua golongan masyarakat.


· Pakar-pakar ekonomi yang tersohor berpendapat pendekatan subsidi akan melemahkan dorongan untuk meningkatkan pengeluaran malah inovasi dalam kaedah pengeluaran dalam negeri.

· Peningkatan pengeluaran pula dijangka akan mengurangkan harga barangan secara tersendiri kerana kelebihan barang-barang keperluan dalam pasaran.

· Rakyat perlu yakin bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak yang mendukung prinsip RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN tidak akan membelakangkan kepentingan rakyat terutamanya golongan pendapatan rendah dalam soal menghadapi kenaikan harga barang-barang keperluan asas.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful