Wednesday, September 14, 2016

MANIFESTO PARLIMEN BELIA MALASIA 2016

 Selamat sejahtera, 



Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan saya yang memberi kepercayaan terhadap saya untuk bertansing dalam Parlimen Belia Malaysia sesi 2016 Berikut adalah manifesto saya untuk sesi pemilihan ahli parlimen belia malaysia negeri selangor 2016. Diharap sahabat-sahabat dapat memberi sokongan dan undian bagi membolehkan saya melaksanakan manifesto saya. 



1. Menubuh dan memperkasakan persatuan alumni peringkat menengah, IPTA dan IPTS sebagai medium penting dalam penyampaian informasi maklumat dan kesukarelawanan.


  • menyalurkan data dan maklumat seperti keusahawanan, pembiayaan, ruang perniagaan, peluang pendidikan dan sahsiah diri. 
  • menggalakkan aktiviti kesukarelawanan di kalangan belia. 
  • melatih dan memupuk ciri-ciri kepimpinan. 
  • memupuk nilai-nilai murni dan prinsip kehidupan. 

2. Mewujudkan satu mekanisma Belia baru bagi membentuk golongan Belia yang mempunyai rasa cinta terhadap negara , Sosial dan Agama


  • lokaliti menjadi keutamaan dalam misi pencarian. 
  • menjadi platform utama bagi menonjolkan bakat-bakat muda. 
  • mengurangkan gejala masalah sosial. 
  • manfaatkan masa dengan riadah yang baik. 
  • menyokong dasar Perpaduan negera . 


3. Mewujudkan hubungan Diplomasi dengan semua NGO yang berteraskan ilmu dan keagamaan.
  • mendidik belia dengan ilmu agama berdasarkan Agama Masing-masing . 
  • menyampaikan informasi dan fakta yang tepat tentang dasar dan polisi kerajaan. 
  • memberi ruang kepada belia bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial. 
  • mengenalpasti masalah-masalah masyarakat setempat. 


4. Melancarkan portal pengiklanan percuma.

  • sebagai medium hebahan percuma kepada belia dalam menyampaikan aktiviti keagamaan, pendidikan, ekonomi, sosial dan politik. 
  • antara medium pengumpulan suara dari sudut pandang, idea dan masalah-masalah belia. 
  • menjadi sumber rujukan belia bagi perkara yang membawa manfaat dan kebaikan. 



Yang Benar,


SIVANESAN TAMIL SELVAM
CALON PARLIMEN BELIA SELANGOR
TOGETHER WE BUILD YOUTH MECHANISM TOWARDS 2020 

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful