Saturday, December 21, 2013

Permohonan dan pendaftaran rumah Idaman Rakyat SPNB guna borang online

Permohonan dan pendaftaran rumah Idaman Rakyat SPNB guna borang online
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan slogan “Menerajui kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara
 permohonan rumah idaman rakyat spnb borang online

Permohonan rumah idaman rakyat spnb borang online
SPNB menerusi projek syarikat itu iaitu Rumah Idaman Rakyat telah memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM di lokasi wilayah terpilih di Malaysia
Bagi yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang pendaftaran secara dalam talian (online)
Sila ikuti maklumat yang berkaitan seperti berikut
Borang Pendaftaran Bagi Program Rumah Idaman Rakyat
Borang boleh dilengkapkan dengan melayari pautan (link) http://58.26.15.107/rmm/borang.asp
Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat
Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500
Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal
Info lain berkaitan Program Rumah Idaman Rakyat
a) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1,000 000
b) Konsep pembangunan adalah bercampur
c) Jenis Rumah
Banglo
Teres
Rumah Berkembar
Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
Unit Kedai
Sebarang maklumat lanjut yang berkaitan ataupun untuk lebih jelas lagi adalah dengan sewajarnya melayari laman web rasmi SPNB di capaian url http://www.spnb.com.my

No comments:

Post a Comment

NEGARAKU MALAYSIA!!

Untuk Negaraku TELAH BANYAK KITA KECAPI BERSAMA  BERKONGSI SUKA DAN DUKA  KEPELBAGAIAN BUKAN PEMISAH, MALAH MENGUATKAN JALIN...