Tuesday, July 31, 2012

SUARAM TIDAK SAH ?


Suara Inisiatif Sdn Bhd, tidak ada sebarang bukti  ditubuhkan di bawah Akta Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965, demikian menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) .
 
Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd Naim Daruwish berkata berdasarkan rekod suruhanjaya itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang dikaitkan dengan Suara Inisiatif ditubuhkan sebagai syarikat perbadanan pada 24 Oktober 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.
 
"Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer berbayar berjumlah RM2,
 
Beliau berkata SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan mengkehendaki mereka mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.
 
alt "Pemeriksaan akaun ini juga adalah untuk memastikan pihak syarikat mematuhi piawaian standard perakaunan yang diterima pakai bagi kategori syarikat tersebut.
 
Mohd Naim berkata pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.
 
Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat, pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau berbangkitnya isu-isu.- Bernama
Sumber:KLPOS

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful