Sunday, April 1, 2012

Lim Guan Eng: India Semua Tarak (P)mandai Mana Mau letak Dia kerja?



Lim Guan Eng dan regim DAP sejak akhir akhir ini begitu terdesak apabila tidak berjaya menempis kritikan dan pendedahan yang dibuat oleh para blogger pro BN terutamanya dari Pulau Pinang.Banyak penyelewengan dan salah laku regim DAP dan Guan Eng didedahkan secara konsisten dan berjaya membuka mata rakyat siapakah mereka ini sebenarnya.


Baru baru ini Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang menubuhkan segerembolan cybertroopers yang dikhaskan untuk memainkan persepsi dan propaganda DAP dengan bayaran bulanan mencecah 5 ribu seorang.


Yang terkini ,ultrakiasu rasis chauvanis Lim Guan Eng  telah melantik seorang blogger DAP Chris See Lee sebagai pengurus didalam salah sebuah syarikat GLC negeri .


Hebat! Blogger DAP di lantik Lim Guan Eng sebagai pengurus di PDCC  secara terus tanpa melalui sebarang proses temuduga dengan gaji bulanan sekitar RM7ribu sebulan.


Dikhabarkan arahan diberikan oleh Lim Guan Eng kepada Bos Besar PDCC En Iskandar (anti melayu proksi DAP) agar memberi jawatan sebagai pengurus kepada Chris Lee.


Iskandar Basha turut terkenal seperti mana Lim Guan Eng yang cukup mahir putar belit dan lidah bercabang.Inilah menjadi kriteria dan spesifikasi penting untuk menjadi barua kepada DAP.


Menggunakan khidmat Iskandar Basha,Lim Guan Eng turut merancang untuk menyingkirkan Pengurus Besar PDC Datuk Rosli dan Timbalan Pengurus Besar Datuk Rahim.Mereka adalah golongan profesional dan tidak menyokong mana mana fahaman politik sebaliknya menjalankan kerja dengan baik.Akibat tindakan profesional mereka dan tidak menyokong DAP ,Guan Eng merancang untuk memecat mereka.


Perancangan untuk menjatuhkan Datuk Rahim dan Datuk Rosli oleh Lim Guan Eng dan DAP telah dimaklumkan kepada TKM1 Dr Mansoor.Malangnya Dr Mansoor hanyalah barua suruhan DAP maka beliau sendiri  sudah tentu tidak berani untuk melakukan sesuatu yang bakal menggugat kepentingan tuan besar DAP.



Kembali kepada blogger DAP ini,yang menjadi persoalan kenapa dan mengapa Chris Lee di lantik sebagai pengurus di sebuah syarikat konsultan PDC sedangkan lebih ramai lagi yang berkelayakan dan sesuai berada didalam PDCC. Blogger ini hanyalah lulusan IT dan tidak ada kena mengena dengan kejuruteraan sivil mahu pun berpengalaman dalam mana mana bidang pembinaan.


Apa yang hebat sangat hingga dilantik tanpa perlu melalui proses temuduga? Adakah perlantikan Chris Lee hanyalah sebagai turn key  membayar gaji beliau untuk membuat kerja propaganda DAP yang langsung tidak membabitkan urusan kerja PDCC sama sekali.?
 
source more: http://www.pisau.net/2012/04/blogger-dap-di-lantik-sebagai-pengurus.html#ixzz1qqKiWC5D

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful