MBSA roboh 27 gerai peniaga
Tindakan roboh tersebut dijalankan kerana mereka didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Daripada 27 gerai yang ada, hanya enam sedang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal tersebut dan selebihnya sudah mengemukakan permohonan untuk berniaga di tapak tersebut.
Pengerusinya yang juga merupakan salah seorang peniaga itu, Horyatuani Abdullah, 57, berkata, dia kesal dengan tindakan MBSA itu kerana sebelum ini mereka pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan di tapak tersebut.
Menurutnya, dia mula berniaga sejak tahun lalu dan pernah mengemukakan permohonan tersebut tetapi tiada sebarang respons.
“Saya berniaga di sini sudah hampir dua tahun dengan menjual minuman serta makanan ringan dan ini sahajalah sumber pendapatan saya dan rakan-rakan lain.
“Malah untuk memulakan perniagaan ini saya membuat pinjaman sebanyak RM16,000 bagi kos membina gerai tersebut dan kini ia dirobohkan sedangkan hutang sebanyak RM124 seminggu masih belum dijelaskan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Horyatuani berkata, dia dan rakan-rakan terkejut apabila menerima notis tujuh hari daripada MBSA berhubung tindakan roboh tersebut pada 20 Mac lalu.
Menurutnya, mereka mendakwa cuba bertemu dengan Datuk Bandar bagi menyelesaikan perkara itu tetapi tidak mendapat sebarang respons.
Katanya, dia kesal dengan tindakan MBSA itu kerana persatuan tersebut tidak mempunyai sebarang dana bantuan dan hanya berharap kepada sumber pendapatan kedai mencuci kereta yang diusahakan di situ.\
“Kami tidak mempunyai sumber pendapatan tetap malah persatuan juga tidak mempunyai dana cuma bergantung sepenuhnya kepada kedai mencuci kereta di sini untuk membantu ibu-ibu tunggal memerlukan sebarang bantuan seperti membeli susu anak dan sebagainya.
“Persatuan ini mempunyai seramai 800 ahli di seluruh Shah Alam,” katanya.
Dalam pada itu, Horyatuani berkata, dia berharap Kerajaan Negeri dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ini memandangkan Kerajaan Negeri mengamalkan dasar berkebajikan.
Sumber:Sinar Harian Online
No comments:
Post a Comment