Wednesday, April 4, 2012

BONGKAR:RAKYAT SELANGOR SUDAH BENCI!!! MERANA!! SIAPA LAGI NAK TIPU....? JANGAN BUKA MULUT!!

Di sebalik gegak gempita kenyataan daripada pemimpin Pakatan Rakyat bahawa selangor di bawah mereka memperolehi keuntungan yang tidak sedikit dalam pembangunan negeri selangor. Terselit fakta yang cuba untuk diselindungkan di sebaliknya.

Aku menulis bukan suka-suka...

Fakta yang tersembunyi ini sekiranya di utarakan sangatlah sukar untuk di tangkis. Akan hakikat bahawa fakta ini adalah sahih tidaklah mampu di sangkal oleh akal dan pemikiran yang logik. Maka aku senaraikan di sini akan apakah yang sebenarnya tersembunyi di dalam pendapatan negeri selangor yang cuba untuk diselindungkan daripada anda.

PEMBERIAN AIR PERCUMA 20 METER PADU

Pertamanya, akibat pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada sekalian isi rumah, termasuk kilang-kilang dan sebagainya telah menjahanamkan syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan air selangor iaitu SYABAS. Akibat pemberian air percuma ini, SYABAS tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja selenggara dan meningkatkan kemampuan untuk membekalkan air bersih yang secukupnya.

Kerana pemberian percuma ini juga, menjadikan kemampuan kewangan SYABAS untuk menggantikan paip-paip lama dengan paip-paip baru dan menaiktaraf kemudahan di pusat pengeluaran menjadi satu dilema. Natijahnya siapa yang menanggung? Sudah pasti rakyat selangor juga...dan mereka tidak akan pernah mahu menyedarinya.


PERLOMBONGAN PASIR YANG BERLELUASA TANPA KAWALAN - BANJIR KILAT TERBURUK

Akibat perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan telah menyebabkan sungai selangor menjadi sebuah sungai yang cetek. Siapa-siapa sahaja yang belajar mengenai geografi dan kaji bumi tidak akan mampu menafikan kebenaran ini. Akibat kedalaman sungai yang semakin cetek ini telah menyebabkan aliran air sungai terencat dan terbantut di hulu yang menerima hujan yang lebat. (Mengambil-kira kedudukan hulu selangor yang terletak di banjaran titiwangsa...)

Akibatnya, beberapa banjir kilat yang teruk terjadi sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dewasa ini. Walaupun akan ada pihak yang mengemukakan hujah-hujah lain dan menyelindungkan fakta ini, namun itu tidaklah akan menjadi suatu perkara yang boleh diambil kira selain daripada kesan kemusnahan ekologi dan sungai yang berlaku akibat perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan ini.


PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENINGKAT SECARA MENDADAK - JUALAN ASET-ASET BERHARGA.

Sesiapapun yang menjadi CEO sebuah syarikat boleh sahaja menjual segala macam aset-aset yang berharga milik syarikat tanpa perlu mengambil kira kesan jangka panjang terhadap jualan tersebut. Dan itulah yang dilakukan oleh kerajaan SELANGOR pimpinan Pakatan Rakyat yang telah menjual beberapa aset penting milik kerajaan negeri sebelum ini seperti KOMPLEKS PKNS dan beberapa lagi aset-aset penting yang lain.

Akibat daripada jualan ini, pendapatan kerajaan negeri selangor meningkat dengan mendadak. Namun sayang, peningkatan itu bukanlah akibat usaha-usaha ekonomi seperti pelaburan asing mahupun mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan negeri melainkan dengan menjual aset-aset berharga milik kerajaan negeri.

Natijahnya, rakyat dan peniaga bumiputera yang sebelum ini boleh menyewa di bangunan PKNS dengan sewa yang murah terpaksa menyewa dengan kadar yang mahal apabila lebih 50% daripada bangunan tersebut dimiliki oleh pelabur dari Singapore. Tidakkah kalian mahu berfikir??

Begitu juga akibat ketamakan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dengan drastik menyebabkan mereka memberikan lesen perlombongan pasir tanpa kawalan yang menjerumuskan rakyat kebanyakan ke arah bencana yang boleh dielakkan sebenarnya...


PENYELENGGARAAN LANDSKAP YANG KUCAR-KACIR - IMEJ YANG TERJEJAS TERUK.

Pergilah anda ke ceruk mana pun di Selangor, dan anda akan temui pemandangan lanskap yang tidak terjaga dan terurus dengan teratur. Bagaikan tiada sebarang inisiatif daripada kerajaan negeri selangor untuk memperindah negeri mereka itu..

Anda akan lihat di mana-mana sahaja situasi itu berlaku. Pihak berkuasa tempatan bagaikan hidup segan mati tak mahu...cukup bulan klaim duit parking dan saman untuk mengisi kantung kewangan kerajaan negeri yang tiada kredibiliti mengurus ini.


KESIMPULAN

Apa yang aku tulis adalah apa yang aku lihat, aku dengar dan aku baca mengenai negeri Selangor itu...sebagai sebuah negeri yang termaju di Malaysia, sayang sekali apabila kerajaan yang memerlukannya sebagai tanda kejayaan mengurus dan membangunkan sesebuah negeri dengan berjaya terpaksa berputih mata akibat sifat tidak mahu menggunakan akal dalam membuat keputusan.

Kita kini dimomok-momokkan dengan segala macam kebahayaan apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan yang melibatkan rakyat. Lynas umpamanya, apabila piawaian yang kita laksanakan lebih tinggi daripada piawaian antarabangsa...namun akibat momokan dan ketidakmahuan mendengar kebenaran oleh kita, maka menjadilah bagaikan pisau yang menikam kita... cuba fikir dan buat keputusan!!


Sumber:http://www.pendekarberkuda.org/2012/03/penipuan-di-sebalik-pendapatan-kerajaan.html


No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful