Sunday, July 17, 2011

OPERASI BASUH 3.0



DAKWAAN BERSIH 1: CLEAN THE ELECTORAL ROLL (MEMBERISHKAN DAFTAR PEMILIH)
FAKTA SEBENAR

1. Daftar Pemililih adalah didaftar berdasarkan nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Hanya seorang warga Negara Malaysia sahaja dibenarkan daftar sebagai pemilih. Seorang pemilih hanya boleh daftar sebagai pemilih untuk mengundi dalam satu Kawasan pilihan raya (constituency) sahaja. Pemilih boleh sahkan daftarannya secara on-line dalam rekod Pemilih Berdaftar yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).SPR akan menyimpan rekod pemilih keseluruhan dalam Principal Electoral Roll. Pada masa yang sama SPR akan sentiasa mengemaskankinikan nama pemilih dalam daftar pemilih setiap 4 bulan sekali dan simpan dalam daftar Supplementary Roll.Nama-nama yang baru daftar akan dipamirkan untuk perhatian orang ramai . Sekiranya ada sebarang bantahan maka pihak SPR akan semak bantahan dengan sewajarnya. Dafar pemilih yang telah disemak akan di wartakan dan terus digunakan sebagai daftar pemilih sekiranya berlaku pilihan raya.

DAKWAAN BERSIH 2: REFORM POSTAL VOTE (MANSUHKAN UNDI POS)
FAKTA SEBENAR

Setiap pemilih yang berdaftar berhak mengundi dalam pilihan raya berdasarkan undang Election Regulations 2002 (Registration of Elections) dan Election (Postal votings) Regulations 2003. Sekiranya seorang pemilih tidak dapat hadir ke station mengundi pada hari mengundi kerana terpaksa menjalankan tugas kepentingan negara , maka pemilih itu dibenarkan untuk mengundi lebih awal daripada hari mengundi dipusat-pusat mengundi yang disediakan ditempat mereka bertugas. Pemilih yang digolongkan dalam kumpulan ini (Absent Voters) adalah ahli pasukan tentera, Polis, pegawai kerajaan yang bertgas di luar Negara dan isteri mereka termasuk pelajar-pelajar dan isteri mereka di luar Negara.Kertas undi akan dihantar kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan kertas undi yang telah diundi daripada kumpulan tersebut hendaklah sampai kepada pihak ppejabat RO atau Returning Officer kawasan pilihan raya yang ertentu sebelum pukul 5 petang hari mengundi supaya dapat dimasukkan dalam peti kertas undi untuk dikira. Namun, kaedah undi Pos telah dimansuhkan tahun lepas.

DAKWAAN BERSIH 3: USE INDELIBLE INK (PENGGUNAAN DAKWAT)
FAKTA SEBENAR

Cadangan menggunakan dakwat adalah satu kaedah ketinggalan zaman (out dated) dan tidak digunakan dalam negara-negara yang berstatus maju. Malaysia sebagai negara maju harus memikir hadapan dan bukan menoleh ke belakang . Malaysia harus memikir cara dan kaedah yang lebih baik daripada dakwat untuk meningkat ketelusan perjalanan pilihan raya. Kajian menunjukkan penggunaan dakwat akan menimbulkan pelbagai masalah pada hari undi kerana ia berkaitan dengan pilihan cita rasa peribadi seseorang pemilih malah memerlukan pindaan peraturan pilihan raya. Namun, SPR sedang mengkaji penggunaan biometrik dalam pilihan raya akan datang selaras dengan status Malaysia sebagai sebuah negara maju.

DAKWAAN BERSIH 4: FREE & FAIR ACCESS TO MEDIA
FAKTA SEBENAR

SPR dan kerajaan tidak menghalang parti-parti politik yang bertanding menjalankan propaganda mereka melalui media pilihan mereka. Pada masa sekarang parti-parti politik, terutamanya parti politik pembangkang dibenarkan menggunakan media sosial dan cetak untuk mensajikan pemikiran politik mereka tanpa sebarang sekatan dan batasan asalkan tidak melanggar syarat-sayarat dan peruntukan yang ditentukan dalam Sedition act, printing presses and Publication Act 1984, Official Secret Act 1972, Communication and Multi Media Act 1998 . Kerajaan BN juga didapati menyediakan kemudahan jalur lebar yang menembusi hampir 60% dan dijangka mencapai penembusan 70 % menjelang akhir tahun ini di seluruh pelusuk negara supaya rakyat dapat menggunakan internet untuk mdenyampai dan berkongsi maklumat termasuk maklumat politik. Ini adalah jelas membuktikan bahawa parti-parti politik bebas menggunakan media di Malaysia berbanding dengan kebanyakan Negara di dunia.

DAKWAAN BERSIH 5: MINIMUM 21 DAYS CAMPAIGN PERIOD (21 HARI UNTUK KEMPEN)
FAKTA SEBENAR

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang keturunan,agama ,bahasa dan kepercayaan. Mengambil kira kepelbagaian demografi pemilih, maka hari berkempan selama 10- 14 hari adalah memadai untuk berkempen. Dalam konteks Malaysia, pemilih sudah membuat keputusan siapakah parti pilhan mereka sebelum hari mengundi. Mereka hanya menunggu hari mengundi untuk membuang undi.Jadi tidaklah perlu untuk memanjangkan hari kempen sehingga 21 hari.

DAKWAAN BERSIH 6 : STRENGTHEN PUBLIC INSTITUTIONS (MENGUATKAN INSTITUSI KERAJAAN )
DAKWAAN BERSIH 7 : STOP CORRUPTION (MENCEGAH RASUAH)
DAKWAAN BERSIH 8: STOP DIRTY POLITICS (ELAK POLITIK KOTOR)
FAKTA SEBENAR

Tuntutan 6,7 dan 8 adalah merupakan tanggapan parti pembangkang malah satu dakwaan yang tidak berasas. Pihak SPR sentiasa memastikan tidak ada mana-mana parti politik yang bertanding salah gunakan institusi kerajaan, amalkan rasuah dan menggunakan taktik kotor untuk meraih undi. Kemenangan besar parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 malah PAS terus menguasai Negeri Kelantan hampir 21 tahun adalah jelas pihak SPR berjaya mengawal dan membendung perkara-perkara tersebut tidak berlaku dalam pilihan raya di Malaysia. Parti pembangkang menangi 82 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen dan 196 kerusi daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 13 negeri .Disamping itu, parti pembangkang juga memenagi beberapa pilihan raya kecil. Malah Berjaya menubuhkan kerajaan dalam lima buah negeri selepas PRU12. Apakah ini tidak membuktikan agensi kerajaan bebas dan tidak campur tangan dalam politik, kebebasan media terpelihara, memastikan pengundi tidak di pengaruhi dengan rasuah dan SPR mengurus pilihanraya tanpa tekanan daripada mana-manapihak,khususnya parti memerintah (BN).

KESIMPULAN
LAPAN DAKWAAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH BERSIH ADALAH TIDAK BERASAS MALAH MERUPAKAN SATU MUSLIHAT PARTI PEMBANGKANG MENGGUDAKAN KUMPULAN BERSIH UNTUK (CONSPIRASI) MENJEJASKAN IMEJ SPR SEKALIGUS PENTADBIRAN KERAJAAN KEPIMPINAN DATO SERI NAJIB TUN RAZAK MENJELANG PRU13. RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB HARUS MEMAHAMI TAKTIK KOTOR PARTI PEMBANGKANG DALAM MEMAJUKAN LAPAN TUNTUTAN MEREKA MELALUI ‘BERSIH’ KONONNYA UNTUK MEMBERSIHKAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA. BERDASARKAN PENJELASAN TERSEBUT, DAPAT BUAT KESIMPULAN BAHAWA LAPAN DAKWAAN YANG DIBUAT OLEH BERSIH ADALAH LEBIH BERSIFAT POLITIK DAN TIDAK BERKAITAN DENGAN USAHA MENAMBAH BAIK PENGURUSAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful