Thursday, June 2, 2011

SEJARAH TINGGALKAN SEJARAH (SEJARAH MALAYSIA HANYA UNTUK SATU GOLOGAN MASYARAKAT? )

Saya pasti rata-rata di sini telah pun menonton sebuah dokumentari sejarah yang bertajuk 10 Tahun Sebelum Merdeka. Jika belum, anda boleh tontonnya di sini. Dalam sejarah yang kita pelajari di sekolah, kumpulan-kumpulan ini dilabel dengan nama parti berhaluan kiri, iaitu satu nama yang mempunyai konotasi yang negatif. Selalunya dikaitkan dengan ideologi yang radikal seperti sosialis. Dan baru-baru ini, Fahmi Reza dan rakan-rakannya sedang dalam usaha untuk membikin dokumentari kedua bertajuk Revolusi'48, iaitu dokumentari tentang pembongkaran semula kisah yang tidak diceritakan tentang perjuangan parti sosialis beraliran ketenteraan atau lebih dikenali dengan nama komunis dalam dalam usaha mereka membebaskan tanah air dari penjajahan. Saya secara peribadi mengalu-alukan dan memuji sebarang usaha yang mengangkat kebenaran sejarah biarpun ia seperti terlalu pahit untuk ditelan. Tapi apa yang kita dapati dalam teks-teks sejarah yang kita pernah pelajari, kita hanya diberitakan dengan satu sahaja aliran perjuangan yang menyumbang kepada kemerdekaan negara. Selain aliran itu adalah pengganas. Saya pasti mereka yang merangka teks sejarah hari ini bukanlah mereka yang buta sejarah, dan semestinya ada sebab mereka mentafsirkan sejarah dengan versi tersebut. Contohnya dalam Peristiwa 13 Mei 1969, kita telah digelapkan dengan sejarah yang mengatakan bahawa peristiwa itu adalah angkara parti PETIR yang membawa isu-isu perkauman. Tapi dalam buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 tulisan Kua Kia Soong, kita diberi pencerahan dengan versi lain pula. Justeru persoalan saya, 1. Apakah sebab sejarah dimanipulasi hanya untuk kepentingan golongan tertentu? Adakah demi tidak mencetuskan pemberontakan atau huru-hara? 2. Apakah kayu ukur untuk menilai sejarah? Diri pengkaji sejarah? Parti politik? Agama? 3. Adakah wajar sejarah negara kita dibongkar semula, dinilai dan diteliti dengan seadil-adilnya walaupun terpaksa merombak secara besar-besaran silibus sejarah di sekolah? Saya yang sifar ilmu sejarah politik ini menagih komen-komen para filsuf dan sejarawan.
http://www.youtube.com/watch?v=fo9fOS7VNus
http://www.youtube.com/watch?v=mtMPNJ38E1M
http://www.youtube.com/watch?v=DwGgBkQxT-4

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful