Monday, May 2, 2011

JAWATAN KOSONG JOHOR

Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PSIKOLOGI
2. PEGAWAI VETERINAR
3. ARKITEK LANDSKAP
4. PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP
5. JURUTEKNIK LANDSKAP
6. PENGAWAS HUTAN


CARA-RARA MEMOHON

1.Permohonan hendaklah menggunakan Borang asal SPAJ.01 yang boleh di muat turun daripada laman web rasmi SPAJ http://spaj.johordt.gov.my/

2.Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B- Kumpulan Sokongan I) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas setiap sampul surat. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan menolak permohonan tersebut].

3.Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainktiraf.aspdan melampirkan bersama borang permohonan.


IKLAN : http://spaj.johordt.gov.my/pdf/Iklan%20Jawatan%202011.pdf

BORANG SPAJ.01 : http://spaj.johordt.gov.my/pdf/Borang%20SPAJ.01%202011.pdf

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
Aras 3, Blok A, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak
Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor
79000 Nusajaya, Johor Darul Ta’zim.

Sebelum atau pada : 13 Mei 2011

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful