Sunday, February 6, 2011

Kerajaan Melayu Lama

Kerajaan Melayu Lama

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana k

uasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu s
epenuhnya. Pemerintah Melayu di Melaka berasal dari Singapura, 
iaitu selepas kekalahan Kerajaan Melayu Singapura di tangan Siam. 
Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan lebih dari satu abad, 
bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun ke-16, 
iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Di bawah kekuasaan 
pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota 
perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat 
penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. 
 Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit d
i penghujung abad ke-14, Melaka telah meneraju dan mengekalkan
pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu. Kestabilan politik dan 
sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang 
dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para 
pedagang dari China, benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab 
juga telah datang ke Melaka untuk berdagang.

Kerajaan Melayu Lama

Pemerintah Pertama Melaka : Parameswara (1394-1414)
Pemerintah Kedua Melaka : Sultan Megat Iskandar Syah (1414 – 1424)
Pemerintah Ketiga Melaka : Sultan Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad Syah (1424 – 1445)
Pemerintah Keempat Melaka : Sultan Abu Syahid (1445 – 1446)
Pemerintah Kelima Melaka : Sultan Muzaffar Syah (1446 – 1456)
Pemerintah Keenam Melaka : Sultan Mansur Syah (1456 – 1477)
Pemerintah Ketujuh Melaka : Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488)
Pemerintah Kelapan Melaka : Sultan Mahmud Syah (1488 – 1511)
 
 


© 2000 Perpustakaan Negara Malaysia . Hak Cipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful