Tuesday, December 7, 2010

Dato’ Seri Samy Vellu letak jawatan

Seperti yang diramalkan oleh pihak media & penganalisis politik , Dato’ Seri Samy Vellu letak jawatan  sebagai presiden parti MIC semalam, sehari selepas konvensyen Barisan Nasional bagi memberi laluan kepada timbalan presiden Dato G.Palanivel untuk memimpin parti dan memperkasakannya untuk menhadapi pilihan raya ke -13.Sebagai tulang belakang MIC atau ketua MIC selama 31 tahun, saya faham akan perasaan beliau ketika melepaskan jawatannya tapi apa dayanya, yang hendak berlaku tetap akan berlaku, untuk kepentingan parti dan ahli- ahli parti sesuatu keputusan adalah amat memahitkan.Saya pasti beliau telah menyiapkan semua sayap sayap MIC untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti.
Keputusan Dato’ Seri Samy Vellu untuk berundur secara sukarela perlulah diambil dipertimbangankan oleh ramai pihak khususnya ahli politik antaranya ketua menteri sarawak,Menteri besar Kelantan,Presiden PAS, bekas ketua pembangkang Lim Kit siang dan ramai lagi.Berilah peluang untuk orang lain untuk memegang tampok kepimpinan sesebuah parti dan berilah peluang kepada orang muda untuk turut serta.Mereka memerlukan base untuk menimba ilmu politik sebelum berkecimpung dalam arena politik malaysia.
Tetapi saya pasti tiada siapa yang dapat mengantikan keberanian dan kelantangan seperti mana Dato’ Seri Samy. Sewaktu kemuncak konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 17 September 1963,Dato’ Seri antara pemuda yang sanggup mengadai nyawa naik ke puncak kedutaan Indonesia di kuala lumpur dan membakar bendera Indonesia dan dengan bantuan Datuk Khalid Yunus mereka kibarkan bendera Malaysia di kedutaan Indonesia! Sapa yang mampu berbuat demikian pada hari ini?
Dato’ Seri Samy Vellu, ucapan penghargaan tidak memadai bagi mu,sebagai seorang pejuang bangsa kami sematkan nama mu disanubari kami.TERIMA KASIH PEWIRA BANGSA!
Akhir sekali, harus diingat walaupun pemimpin sentiasa bertukar, objektif dan perjuang sesebuah parti tidak pernah berubah. kita sebagai seorang ahli parti perlu memastikan objektif dan perjuangnya tidak terkeluar dari landasannya.BIAR APA-APA PUN BERLAKU, TANGGGUNGJAWAB KITA PERLU DILAKSANAKAN.

adaptasi dari blog: http://www.shizone.com/
Posted by Shashi on 07 Dec 10

2 comments:

  1. Hello brother, jangan nak tipu kaum india lagi. cukupla, MIC hanya menjayakan kroni MIC sahaja, jgn lagi hancurkan kaum india di malaysia. sampai sekarang ada banyak keluarga kaum india tinggal dalam kegelapan, tak ada air, tak ada elekrik.what he done for indian comminity. i BAGI SATU CONTOH, iaitu estate problem, sampai hari ini tak settle. keluarkan orang india estate daripada tanpa bagi apa-apa.dihalau serupa anjing tapi MIC apa buat. Tidur rumah.Jangan cerita pasal MIC r BN.lagi -lagi samy velu he is the one (INDIAN TROKEE)

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera saudara..saya tidak menyokong mana-mana pihak kerana saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku...namun saya tak boleh kata yang DSSV langsung tak buat untuk komuniti india,saya cuma memberi pandangan saya..kerana di negara ini semua bebas memberi pandangan..jika saudara tidak puas hati dengan artikal ini boleh merujuk penulis artikal ini di adaptasi dari blog: http://www.shizone.com/

    ReplyDelete

How to keep your employees respectful