Sunday, November 28, 2010

HUBUNGAN IKLIM AKADEMIK MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DENGAN KONSEP KENDIRI, RELIANS KENDIRI DAN KESEDIAAN INTELEK

HUBUNGAN IKLIM AKADEMIK
MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
DENGAN KONSEP KENDIRI, RELIANS KENDIRI
DAN KESEDIAAN INTELEK
DHANAPAL A/L RENGASAMY
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2007
HUBUNGAN IKLIM AKADEMIK
MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
DENGAN KONSEP KENDIRI, RELIANS KENDIRI DAN KESEDIAAN INTELEK
ABSTRAK
Kajian iklim akademik dalam kalangan murid SJK Tamil ini terdiri daripada dua
bahagian. Bahagian pertama meliputi kajian kuantitatif. Dalam bahagian ini kajian
tinjauan dilakukan. Sejumlah 500 orang murid telah menjawab sebanyak 51 soalan
yang menggunakan skala Likert. 500 orang murid tersebut dipecahkan kepada 125
orang murid sekolah pinggir bandar, 125 orang murid bandar dan 250 orang murid
sekolah ladang. Hal ini kerana sebanyak 85% SJK Tamil terletak di ladang. Input
sosial seperti profil sekolah mengikut lokasi pinggir bandar, bandar dan ladang serta
latar belakang lima kumpulan taraf sosioekonomi pelajar dikaji dengan menggunakan
statistik ANOVA untuk mengkaji perbezaan yang terdapat dalam 3 hasil
persekolahan iaitu kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri murid. Kajian
korelasi Pearson juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat
perhubungan di antara persepsi murid terhadap iklim akademik dengan tiga hasil
persekolahan tersebut. Kedua-dua kajian kuantitatif ini dilakukan untuk menjawab
soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan. Persepsi murid terhadap iklim akademik
murid dibataskan kepada 5 dimensi yang penting iaitu, a) kesia-siaan akademik, b)
penilaian dan jangkaan masa depan murid, c) penilaian dan jangkaan ibu bapa dan
guru terhadap murid, d) galakan dan norma guru dan e) norma akademik murid.
Kesemua dimensi ini dikaji untuk melihat sama ada wujud perhubungan antara
dimensi iklim akademik ini dengan kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians
kendiri. Kajian kualitatif juga diadakan untuk menyemak silang maklumat yang
diperoleh daripada responden-responden. Kaedah temu bual separa berstruktur
diadakan dengan badan-badan bukan kerajaan, persatuan ibu bapa dan guru, Biro
Pelajaran dan persatuan-persatuan yang membantu SJK Tamil. Kesemua dapatan
kajian kualitatif ditringulasikan dengan dapatan kajian kuantitatif. Sebanyak 3
xvi
hipotesis utama dan 21 hipotesis sampingan telah dibentuk dan dikaji. Dapatan
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kesediaan intelek yang signifikan di antara
murid yang berasal dari latar belakang 5 kumpulan sosioekonomi. Manakala dapatan
menunjukkan bahawa tiada perbezaan konsep kendiri yang signifikan di antara
kumpulan taraf sosioekonomi. Dapatan menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan dalam kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri dalam
kalangan murid dari 3 kumpulan profil sekolah. Kajian menunjukkan bahawa faktor
latar belakang keluarga dan profil sekolah sangat mempengaruhi pencapaian murid
SJK Tamil. Kebanyakan murid ladang dan sebahagian murid bandar dan pinggir
bandar kurang mempunyai konsep kendiri. relians kendiri dan kesediaan intelek.
Secara keseluruhan, kajian juga menunjukkan bahawa iklim akademik murid di
sekolah bandar adalah lebih positif berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan
ladang. Sumbangan badan bukan kerajaan kepada SJK Tamil bandar didapati lebih
memuaskan jika dibandingkan dengan sumbangan badan bukan kerajaan si SJK
Tamil pinggir bandar dan ladang. Terdapat banyak badan bukan kerajaan memberi
sumbangan yang aktif ke arah meningkatkan iklim akademik murid SJK Tamil.
Sumbangan-sumbangan tersebut harus diteruskan untuk membantu murid SJK
Tamil agar peningkatan kejayaan akademik yang cemerlang pada masa akan datang
dapat dicapai oleh mereka.
xvii
THE RELATIONSHIP BETWEEN THE ACADEMIC CLIMATE OF NATIONAL
TYPE TAMIL SCHOOLS’ PUPILS AND SELF- CONCEPT, SELF- RELIANCE AND
INTELLECTUAL READINESS
ABSTRACT
This academic climate research among SJK Tamil students is divided into two parts.
The first part of the study was the quantitative method which involved survey
research. A total of 500 pupils answered 51 questions based on the Likert scale.
These 500 pupils were divided into 125 suburban school pupils, 125 urban school
pupils and 250 estate school pupils. This is due to the fact that 85% of Tamil schools
are situated in estates. Social inputs such as school profile according to suburban,
urban and estate locations as well as family background consisting five
socioeconomic groups were analysed using the ANOVA statistics to find out the
differences in three school outcomes, namely intellectual readiness, self-concept and
self-reliansce among students. Besides that, Pearson correlation study was also
conducted to determine the existence of the relationship between students’
perceptions towards academic climate with the three school outcomes. Both the
quantitative and qualitative research methods were conducted to answer the
research questions. Students’ perceptions towards academic climate were limited to
five dimensions which were; a) sense of academic futility b) students’ future
evaluation and expectations c) perceived present evaluation and expectations d)
perceptions of teacher push and norms e) students’ academic norms. All the
dimensions were investigated to find out the existence of the relationship between
these academic climate dimensions with intellectual readiness, self-concept and self
-reliance among students. Qualitative data was also gathered to cross check the
information received from the respondents. Semi-structured interviews were
conducted with non-government organizations, parents and teachers association,
Education Bureau, community organizations, etc. The findings of the qualitative study
were triangulated with the findings of the quantitative study. Three main hypotheses
xviii
and 21 sub-hypotheses were formed and studied. The findings depicted that there is
a significant difference in the intellectual readiness of students who originate from 5
socioeconomic groups. However, the findings showed there was no significant
difference in self-concept among students from the five socioeconomic background
groups. The findings also showed that there was no significant difference in
intellectual readiness, self-concept and self-reliance among students from the 3
school profile groups. The research showed that factors such as family background
and school profile strongly influence the achievement of SJK Tamil students. Most of
the estate school students and a few of the urban and suburban school students lack
self reliansce, self concept and intellectual readiness. The research showed that the
academic climate among students in the urban schools is more positive compared to
suburban and estate schools. NGOs and PTAs contribute positively towards the
academic climate of SJK Tamil students. The contributions of these organizations are
more encouraging in urban schools than in suburban and estate schools. Several
NGOs contributed actively towards the academic climate of SJK Tamil students.
These contributions should be continued to enable the SJK Tamil students to
continue to further improve their academic excellence in future.
1
BAB 1
PENGENALAN DAN MASALAH KAJIAN
1.1 Pengenalan
Kajian Coleman et al. (1966) mendapati tahap pencapaian sesebuah sekolah
disebabkan oleh faktor-faktor bukan sekolah seperti taraf sosio ekonomi ibu bapa.
Bagaimanapun sejak 1970-an kajian pencapaian seseorang murid lebih menjurus
kepada keberkesanan sekolah. Kajian Kementerian Pelajaran Malaysia tentang
keberkesanan sekolah, menyatakan bahawa sekolah mempunyai pengaruh terhadap
perkembangan pencapaian seseorang murid (Bahagian Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989). Malah pengaruh sekolahsekolah
yang berlainan juga menyebabkan hasil persekolahan seseorang murid
yang berlainan (Brookover et al. (1978), Lezotte et al. (1980) dan Nooman, (1976).
Selain Coleman, kajian Metz (1986) dan Chubb dan Moe (1990) juga
mendapati bahawa taraf sosio ekonomi ibu bapa adalah penting dalam hasil
persekolahan murid. Kajian-kajian Matluck (1987), Cruickshank (1990) dan Bliss et
al. (1991) mendapati bahawa keberkesanan sekolah merupakan variabel yang
relevan dalam pencapaian murid di sekolah. Hal ini termasuklah iklim akademik
sekolah yang teratur, kepimpinan, jangkaan guru, kekerapan memantau murid dan
penilaian yang berterusan. Selain itu variabel lain yang menjadi unsur iklim akademik
sekolah ialah pengurusan sekolah, kestabilan staf, perkembangan staf, kerjasama
staf dan sebagainya (Bulach et al. 1995)
Bulach dan Malone (2005) berpendapat bahawa walaupun istilah yang
digunakan adalah sama tetapi secara metodologinya apa yang dikaji dalam hasil
2
pembelajaran murid ialah variabel iklim akademik sekolah, kepimpinan sekolah dan
jangkaan guru yang tinggi terhadap murid. Peranan iklim akademik sekolah untuk
meningkatkan penghasilan murid di sekolah telah mendapat sokongan daripada
pelbagai sarjana. Iklim akademik sekolah mempengaruhi peluang-peluang murid
untuk meningkatkan kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri dan
seterusnya berjaya dalam akademik. Variabel iklim akademik sekolah menyebabkan
berlakunya perubahan variabel hasil persekolahan seseorang murid (Brookover,
(1979) dan Rutter, (1981). Hal ini kerana iklim akademik sekolah merupakan elemen
yang penting dalam menjayakan program-program pengajaran di sekolah. Iklim
akademik sekolah mengharmoniskan suasana di sekolah dan menyebabkan
sesebuah sekolah itu berfungsi dengan berkesan. Tanpa iklim akademik sekolah,
amat sukar untuk seseorang murid mencapai kejayaan di sekolah sama ada dari
segi kognitif, imej-diri dan sikap bergantung kepada diri sendiri (Howard, 1987).
Swenny (1988) berpendapat bahawa iklim akademik sekolah yang berjaya
atau positif merupakan asas yang kukuh untuk menjalankan sebarang program
pendidikan. Iklim akademik sekolah yang menggalakkan membolehkan murid, guru
dan pemimpin sekolah menjalankan fungsi dengan baik dan berkesan iaitu
mendorong murid untuk belajar dan berjaya mencapai hasil persekolahan mereka
(Bulach dan Castleman, 1995).
Kajian ini memfokuskan iklim akademik murid di sekolah-sekolah Tamil. Iklim
akademik murid di sekolah Tamil memainkan peranan yang amat penting dalam
meningkatkan pencapaian murid-murid sekolah Tamil dalam pendidikan. Hakikatnya
persekitaran masyarakat India tidak memberi banyak sumbangan kepada murid
sekolah Tamil untuk mencapai hasil persekolahan anak-anak mereka (Siva, 2004).
Ibu bapa murid India berasal daripada taraf sosio ekonomi yang rendah (Marimuthu,
1994). Iklim SJK Tamil seperti persekitaran sekolah, kemudahan fizikal, guru dan
3
kepimpinanlah menjadi pendorong kepada kemajuan akademik murid-murid di SJK
Tamil. Kejayaan akademik murid di SJK Tamil boleh diukur berdasarkan keputusan
UPSR sebagai petunjuk iklim akademik murid sekolah Tamil. Sekolah yang berjaya
mencapai keputusan UPSR, berjaya mengekalkan iklim akademik murid yang positif.
Iklim akademik murid memainkan peranan penting dalam pencapaian murid-murid di
sekolah Tamil. Hal ini terbukti kerana kebanyakan ibu bapa murid sekolah Tamil di
kawasan bandar, pinggir bandar dan ladang kurang membantu kerja-kerja akademik
sekolah anak mereka di rumah (Sahul Hameed, 2004). Rata-rata ibu bapa murid
yang tidak berpendidikan terpaksa bergantung kepada sekolah semata-mata untuk
kejayaan akademik anak-anak mereka (Marimuthu, (1994) dan Manickam, (2006).
SJK Tamil yang berjaya dalam UPSR bukan sahaja mengekalkan iklim
akademik murid yang positif tetapi juga mewujudkan kecemerlangan akademik
murid. Terdapat empat variabel yang menjadi kunci penentuan kejayaan akademik
murid SJK Tamil iaitu kepimpinan guru besar, kesungguhan dan jangkaan guru
terhadap kemajuan murid, dan motivasi murid yang tinggi. Selain itu, penglibatan ibu
bapa dengan kerja sekolah anak, penyertaan ibu bapa di sekolah, peningkatan
kesedaran akademik dalam kalangan ibu bapa dan penglibatan komuniti luar sekolah
seperti badan bukan kerajaan, PIBG, parti politik, badan-badan sukarela,
jawatankuasa kuil, persatuan belia, badan korporat dan sebagainya turut
mempengaruhi hasil persekolahan murid-murid SJK Tamil (Maju Institute of
Education Development, 2004).
Kajian Maju Institute of Education Development (MIED) tidak menyentuh
variabel taraf sosioekonomi keluarga dan suasana pembelajaran di SJK Tamil sama
ada kondusif atau tidak. Namun begitu, sumbangan sosio ekonomi keluarga murid
dan suasana pembelajaran di SJK Tamil tidak dapat dinafikan apabila mengkaji
4
variabel-variabel yang menyumbang kepada hasil persekolahan murid sekolah Tamil
(Marimuthu, 1994).
1.2 Penyataan Masalah
Kajian ini telah menyelidik sejauh mana iklim akademik SJK Tamil dan input
sosial seperti lima kumpulan taraf sosio ekonomi murid dan profil sekolah
mempengaruhi kejayaan seseorang murid seperti kesediaan intelek, konsep kendiri
dan relians kendiri murid-murid SJK Tamil. Keputusan UPSR merupakan indikator
kesediaan intelek atau kognitif murid. Hal ini kerana murid yang mempunyai
kesediaan intelek yang tinggi dapat memahami pengajaran guru dan mempunyai
kemahiran berfikir dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan (Suradi Salim, 1987).
Begitu juga dengan konsep kendiri dan relians kendiri. Murid yang mempunyai
konsep kendiri dan relians kendiri menunjukkan motivasi yang tinggi untuk berusaha
dan berkebolehan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
(Koay, 1992). Pencapaian murid dalam UPSR dalam masa tiga tahun kebelakangan
di sekolah-sekolah Tamil telah dipilih dan dikaji bagi memastikan pencapaian
sebenar murid-murid sekolah Tamil.
Jadual 1.1 menunjukkan prestasi murid dalam UPSR dari tahun 1999 hingga
2004. SJK Tamil menyediakan 7 mata pelajaran sebagai subjek peperiksaan, iaitu
Bahasa Tamil (Pemahaman), Bahasa Tamil (Penulisan), Bahasa Melayu
(Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Keputusan secara keseluruhan pencapaian murid SJK Tamil dari tahun 2000 hingga
2004 mengikut subjek adalah seperti berikut:
5
Jadual 1.1: Keputusan UPSR SRJK(T) 2000-2004 (dalam Peratus)
Subjek/Tahun         2000 2001 2002 2003 2004 % naik/turun
BM(Pemahaman     43.9 54.6  59.3 60.0 71.1 +11.1
BM(Penulisan) 39.2 40.1 51.7 57.6 68.2 +10.6
BT(Pemahaman) 81.5 81.5 84.1 85.6 84.9 -0.9
BT(Penulisan) 65.9 70.2 79.1 78.0 79.1 +1.1
B. Inggeris 45.6 52.4 59.3 61.2 68.8 +7.6
Matematik 73.9 74.4 81.1 85.8 84.4 -1.4
Sains 73.9 82.6 74.7 78.6 83.6 +5.0
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2005)
Jadual 1.2: Bilangan 7A Di SJK Tamil Seluruh Malaysia dari Tahun 1999-2004
Tahun 1999 2000 2001 2002 2003 2004
Bil. 7A 45 101 165 202 363 378
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2005)
Berbanding dengan pencapaian UPSR dalam kalangan sekolah-sekolah
rendah yang lain, didapati SJK Tamil menunjukkan kualiti yang kurang memuaskan
sedangkan semua sekolah rendah di negara ini menggunakan sistem pendidikan
dan kurikulum yang sama (Nayagam, 2001). Pencapaian murid-murid SJK Tamil
yang lemah berbanding dengan murid sekolah lain menyebabkan mereka terpaksa
bersaing untuk mendapatkan pekerjaan ataupun untuk melanjutkan pelajaran tinggi.
Pada tahun 2004, hanya didapati seramai 378 orang murid SJK Tamil mendapat
semua A. Angka ini sememangnya satu peningkatan berbanding dengan tahun
sebelumnya iaitu seramai 363 orang. Akan tetapi 378 orang murid daripada jumlah
14,184 orang murid SJK Tamil yang menduduki UPSR pada tahun 2004, adalah satu
pencapaian yang dikira rendah kerana hanya 2.7% orang murid sahaja yang
6
mendapat 7A berbanding dengan SJK Cina sebanyak 6.7% (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2004).
Masalah yang dihadapi oleh murid SJK Tamil ialah iklim akademik SJK Tamil
yang tidak kondusif untuk murid mencapai kejayaan di sekolah. Daripada jumlah 526
SJK Tamil di negara ini sebanyak 376 buah menerima bantuan modal dan
selebihnya 150 buah menerima bantuan penuh kerajaan. Sekolah yang menerima
bantuan penuh kerajaan mempunyai kemudahan fizikal untuk pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif. Keadaan ini membolehkan guru besar, guru dan
murid dapat menumpukan kejayaan murid di sekolah.
Sekolah-sekolah yang menerima bantuan penuh kerajaan tidak 100%
mencapai kejayaan dalam UPSR. Statistik menunjukkan sekolah ladang yang
menerima bantuan yang amat sedikit tetapi mencapai kejayaan dengan minimum
seorang murid mendapat 7A. (Jabatan Pelajaran Kedah, 2005). Dengan ini dapat
dirumuskan bahawa pencapaian murid SJK Tamil berbanding pencapaian murid
Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), masih di
tahap yang rendah. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui perangkaan prestasi murid
SJK Tamil secara keseluruhan dalam UPSR bagi tahun 2001, 2002, 2003 dan 2004
adalah seperti berikut :
Jadual 1.3: Bilangan Murid Cemerlang Tahun 2004
Jenis sekolah Bilangan Murid Cemerlang
Sek. Kebangsaan 18
Sek. Jen. Keb. Cina 5
Sek. Jen. Keb. Tamil 2
Jumlah 25
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004)
7
Jadual 1.4: Sekolah Prestasi Tinggi UPSR Tahun 2003
Jenis Sekolah Bilangan Sekolah
Cemerlang
Peratus Sekolah Yang Mendapat
Kesemua Subjek A
Sek. Kebangsaan 35 6.8
Sek. Jen. Keb. Cina 16 7.2
Sek. Jen. Keb. Tamil 3 4.4
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003)
Jadual 1.5: Peratus Sekolah yang Mendapat A dalam Kesemua Subjek
Jenis Sekolah 2000 2001
Sek. Kebangsaan 5.4 5.7
Sek. Jen. Keb. Cina 3.4 3.6
Sek. Jen. Keb. Tamil 0.7 1.2
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001)
Murid-murid SJK Tamil menunjukkan prestasi yang rendah secara konsisten.
Pada tahun 2001, hanya 33% orang murid SJK Tamil mendapat kelulusan dengan
minimum 7C. Sebanyak 7% orang memperoleh gred D dan E dalam semua subjek
berbanding hanya 3% orang murid SJK Cina dan 6% orang murid SK (Nayagam,
2001). Murid yang memperoleh minimum gred C dalam Ujian Kefahaman Bahasa
Melayu di SJK Tamil adalah sebanyak 55% orang murid berbanding SJKC sebanyak
65% orang murid. Bagi Ujian Penulisan hanya 40% orang murid SJK Tamil
memperoleh minimum gred C dan bagi SJKC pula adalah sebanyak 57% orang
murid. Pada tahun 2002, sebanyak 60% orang murid SJK Tamil memasuki kelas
peralihan Sekolah Menengah kerana mereka tidak mempunyai kelulusan minimum
dalam kemahiran menulis. Mengikut jadual di atas, hanya 1.2% orang murid SJK
Tamil mendapat A dalam semua subjek berbanding dengan 98.8% orang murid SJK
Tamil yang berada dalam keadaan yang membimbangkan (Nayagam, 2001).
8
Jadual 1.6 di bawah menunjukkan pencapaian murid-murid SJK Tamil dalam
mata-mata pelajaran terpilih di SJK Tamil, SJKC dan SK bagi tahun 2003 peringkat
nasional sebagai perbandingan.
Jadual 1.6: Peratusan Pencapaian UPSR Tahun 2003 Mengikut Mata Pelajaran
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004)
Belum ada sebarang bukti yang mengatakan murid SJK Tamil tidak boleh
menerima sebarang pengajaran guru dengan berkesan. Murid-murid memerlukan
persekitaran sekolah yang lebih sempurna dan program inovatif untuk membantu
kekurangan mereka dalam ekonomi dan sosial. Kelemahan mereka berpunca dari
segi kesediaan intelek dan tiada motivasi untuk berjaya (Siti Nor Yaakob, 1990). SJK
Tamil mempunyai ruang untuk memperbaiki kelemahan dalam bidang kurikulum,
peruntukan sumber dan pengurusan sekolah (Yayasan Strategik Sosial, 2005).
Masalah yang agak ketara dalam menghuraikan kelemahan prestasi murid SJK
Tamil ialah kurangnya kemudahan pembelajaran, persekitaran sekolah, kelemahan
murid menguasai Bahasa Melayu dan kurangnya profesionalisme guru dan guru
besar SJK Tamil (Nayagam, 2001).
Oleh sebab 85% daripada SJK Tamil terletak di kawasan ladang, maka
bangunan dan tanah sekolah tersebut bukan milik sekolah atau kerajaan tetapi
Mata Pelajaran Terpilih SJK Tamil SJK Cina Sek. Keb.
Bahasa Inggeris 61.2% 68.9% 66.1%
Matematik 85.8% 93.7% 82.7%
Sains 78.6% 88.2% 82.2%
B. Tamil/Cina (Pemahaman) 85.6% 87.5% -
B. Tamil/Cina (Penulisan) 78.0% 88.5% -
Bahasa Melayu (Pemahaman) 60.0% 71.3% 90.3%
Bahasa Melayu (Penulisan) 57.6% 70.7% 86.1%
9
menjadi milik majikan ladang (Marimuthu, 1994). Kajian Yayasan Strategik Sosial
terhadap masalah SJK Tamil telah mendapati bahawa punca kelemahan pencapaian
murid-murid India dalam pendidikan adalah :
• SJK Tamil hanya memperoleh 2% daripada jumlah peruntukan untuk
pendidikan
• Sebanyak 58% SJK Tamil mempunyai pendaftaran murid kurang daripada
200 orang
• 1/3 daripada guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah ini adalah guru
sementara tanpa sebarang latihan ikhtisas
• SJK Tamil ini tidak menggunakan teknologi pendidikan dengan sepenuhnya
sama ada dari segi kurikulum, pedagogi, pengurusan sekolah ataupun
prosedur penilaian murid.
• Penggunaan bahasa Melayu amat lemah dalam kalangan murid kerana
mereka berasal daripada latar belakang sosial yang berbeza. (Yayasan
Strategik Sosial, 1989)
Kajian mendapati bahawa murid SJK Tamil paling ramai yang tercicir dan
tahap pencapaian akademik mereka juga adalah rendah. Malah kajian juga
menunjukkan murid SJK Tamil tidak mempunyai persediaan prasekolah dan
kebanyakan murid dipengaruhi oleh masalah kemiskinan dan persekitaran (Yayasan
Strategik Sosial, 1989)
Sebahagian besar ibu bapa murid India di SJK Tamil kurang mempunyai
kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya pelajaran kepada anak mereka.
Ramai di antara mereka kurang mengambil berat terhadap kemajuan atau
kemunduran pelajaran anak mereka. Mereka kurang memberi sokongan akademik
kepada anak-anak mereka. Salah satu punca utama ialah kedudukan taraf sosio
10
ekonomi keluarga India lebih rendah berbanding dengan kaum-kaum lain di
Malaysia. Taraf sosio ekonomi sesebuah keluarga mempunyai hubungan yang amat
rapat dengan pencapaian murid di sekolah (Sharifah Md. Nor, 1991). Tanggung
jawab ibu bapa di ladang terhadap pelajaran anak mereka terhenti selepas mereka
mendaftar masuk anak mereka ke sekolah (Ibrahim Saad, 1986) “Ada ramai ibu
bapa di luar bandar tidak tahu sama ada anak mereka mempunyai buku atau alat
tulis yang cukup, ketertiban pakaian ke sekolah serta pembelajaran di sekolah”.
(Ibrahim Saad, hlm. 68-69, 1986). Kadar kemiskinan dalam kalangan ibu bapa murid
SJK Tamil menimbulkan personaliti yang negatif dalam kalangan anak-anak mereka
di sekolah. Mereka berasa serba kekurangan dan tidak berani menghadapi cabaran
untuk lebih maju (Memorandum, 2005). Kemiskinan dalam kalangan kaum India di
ladang mahupun di bandar menyebabkan murid-murid tidak mengambil sarapan
(Santhiram, 1999). Murid-murid SJK Tamil khususnya di kawasan ladang selalu
diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk memberi perhatian terhadap pelajaran
(Marimuthu, 1994).
Berbanding dengan pencapaian murid Sekolah Kebangsaan dan SJK Cina,
pencapaian murid SJK Tamil adalah jauh lebih rendah walaupun ada sedikit
peningkatan dalam prestasi UPSR. Peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh
kepimpinan guru besar, kesungguhan guru yang mengajar dan kerjasama pihak
sekolah dengan pihak luar seperti PIBG, MIC dan badan-badan bukan kerajaan
(MIED, 2004)
Perubahan iklim sekolah juga boleh dilihat dalam waktu persekolahan. Kini
kebanyakan SJK Tamil menamatkan persekolahan pada pukul 4.00 petang. Guruguru
juga sanggup berada lebih lama di sekolah untuk memberi bimbingan kepada
murid. Kebijaksanaan sesetengah guru besar untuk mencari alternatif lain seperti
mendapatkan bantuan luar seperti makanan, minuman dan bahan pembelajaran bagi
11
penggunaan kelas-kelas petang, malam dan kelas waktu cuti sedikit sebanyak
membantu murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran
komuniti luar sekolah seperti badan bukan kerajaan semakin meningkat. Mereka
memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan moral kepada pembangunan SJK
Tamil. Di samping itu, kepimpinan sekolah dan dedikasi guru merupakan dua elemen
penting dalam memotivasikan murid SJK Tamil sehingga mereka mempunyai
kesedaran tinggi terhadap pelajaran (Yayasan Strategik Sosial, 2005).
Kajian ini tidak memberi tumpuan kepada iklim sekolah yang berkaitan
dengan kemudahan material (resource based school input factors) tetapi lebih
bertumpu kepada “school process factors” ataupun ciri-ciri iklim sekolah iaitu iklim
akademik SJK Tamil. “Resource based school input factors” tidak memberi
sumbangan kepada pencapaian murid di SJK Tamil kerana sebanyak 85% SJK
Tamil terletak di ladang dan tidak mempunyai kemudahan “resource based factors”
seperti modal, bangunan tetap dan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan
kemudahan telefon, komputer dan internet (MIED, 2004). Sebaliknya variabelvariabel
yang mempengaruhi iklim akademik SJK Tamil seperti sumbangan badanbadan
kerajaan dan input sosial seperti taraf sosio ekonomi dan profil sekolah telah
dijadikan tumpuan dalam kajian ini.
Ada kajian menunjukkan bahawa dengan menaikkan gaji guru, menambah
buku-buku di perpustakaan, menukar skema bacaan dan menambah program
bacaan tambahan hanya mendatangkan kesan yang kecil sahaja terhadap hasil
persekolahan murid SJK Tamil (Sahul Hameed, 2004). Pertambahan peruntukan
kewangan melalui projek-projek baru tidak semestinya dapat meningkatkan hasil
persekolahan seseorang murid (Murphy, Well dll, 1985). Iklim akademik sekolah
yang digunakan dalam kajian ini ialah persepsi murid terhadap iklim akademik
sekolah yang dihadiri. Selain itu sumbangan komuniti tempatan untuk meningkatkan
12
hasil pembelajaran murid di SJK Tamil turut dikaji. Komuniti tempatan seperti
persatuan belia, jawatankuasa kuil, Biro Pelajaran dan badan-badan sukarela turut
memberi sumbangan kepada pencapaian murid di SJK Tamil. Selain daripada
badan-badan ini, peranan PIBG SJK Tamil juga telah dikaji. Sumbangan yang
diberikan turut membantu mewujudkan iklim akademik murid SJK Tamil yang positif
dan efektif. Penglibatan komuniti yang lebih terancang akan mendatangkan hasil
yang positif termasuk menambah baik kemudahan sekolah, mengukuhkan
kepimpinan sekolah dan staf, meningkatkan kualiti program pembelajaran murid,
menyediakan sumber dan program untuk memperbaiki kelemahan dalam
pengajaran, menjana kewangan dan sentiasa mendapatkan sokongan ibu bapa
(Olsen dan Fuller, 2003).
Sumbangan fizikal iklim sekolah tidak dimasukkan dalam kajian ini kerana
terdapat hanya sedikit kesannya terhadap iklim akademik sekolah (Bulach dan
Castleman, 1995). Iklim akademik sekolah ialah sejauh mana kualiti persekitaran
akademik sekolah yang dialami peserta mempengaruhi tingkah laku mereka agar
tingkah laku mereka dapat bertahan. Pembentukan tingkah laku ini berdasarkan
persepsi kolektif terhadap tingkah laku murid di sekolah dan secara umumnya
tingkah laku ini dikenali sebagai personaliti sekolah (Montoyo dan Brown, 1990).
Pencapaian murid SJK Tamil yang terdiri daripada kesediaan intelek, konsep
kendiri dan relians kendiri banyak dipengaruhi oleh input sosial seperti taraf sosio
ekonomi keluarga dan profil sekolah. Sumbangan badan bukan kerajaan terhadap
hasil pembelajaran murid di SJK Tamil dan persepsi murid terhadap iklim akademik
sekolah juga mempengaruhi pencapaian mereka tidak kira sama ada sekolah
berkenaan berada di bandar, pinggir bandar atau ladang (Abdul Karim Mohd Noor,
1989).
13
1.3 Rasional Kajian
Pelbagai kajian telah dilakukan tentang pencapaian akademik murid SJK
Tamil (Siti Nor Yaakob, (1990), Marimuthu, (1994), Selvarani, (1999), Santhiram,
(1999), Annamalai (2003), Sahul Hameed, (2004) dan Siva, (2004). Ibu bapa yang
bertaraf sosio ekonomi tinggi lebih banyak terlibat dalam pendidikan anak mereka
berbanding dengan ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi rendah. Jika ibu bapa
terlibat secara langsung dalam pendidikan anak mereka, maka murid-murid lebih
bersikap positif ke sekolah, mengukuhkan tabiat membuat kerja rumah,
mengurangkan ketidakhadiran ke sekolah dan keciciran serta menggalakkan
pencapaian murid di sekolah (Astone, (1991) dan Fehrmann et al., (1987).
Mengikut Santhiram (1999) kajian-kajian tentang kumpulan minoriti di
Malaysia terutama kaum India adalah terlalu sedikit. Lebih-lebih lagi pendidikan
golongan minoriti di Malaysia tidak banyak didokumentasikan. Menurutnya kajiankajian
yang sedia ada menyentuh sedikit sebanyak tentang masalah pekerja ladang
dan masalah penguasaan bahasa di sekolah Tamil. Pengaruh latar belakang sosio
ekonomi terhadap pendidikan amat rendah (Santhiram, 1999). Kajian iklim akademik
murid-murid SJK Tamil belum dijalankan di negara ini. Marimuthu (1975) pernah
mengkaji hubungan latar belakang keluarga India dengan aspirasi pekerjaan dan
pendidikan dalam kalangan belia India. Terdapat juga beberapa kajian pengaruh
bahasa ibunda dalam pemerolehan bahasa Malaysia di SJK Tamil. Selain itu
Yayasan Strategik Sosial sebuah badan di bawah naungan MIC turut mengkaji
masalah-masalah pendidikan khususnya masalah SJK Tamil secara kualitatif tanpa
sebarang sokongan dan rujukan ilmiah. Terdapat juga satu lagi kajian di Universiti
Utara Malaysia mengenai kepuasan dan komitmen guru SJK Tamil dalam
mempengaruhi pencapaian akademik murid SJK Tamil di Negeri Sembilan. (Radha
14
Krishnan, 1995). Satu lagi kajian mengenai pengurusan masa oleh guru besar SJK
Tamil di Kedah telah dijalankan (Balakrishnan, 1997).
Annamalai (2003) pernah mengkaji punca masalah tingkah laku pelencongan
murid India di sekolah Menengah. Selvarani (1999) pernah mengkaji kebolehan
membaca dalam kalangan murid SJK Tamil dalam bahasa Inggeris. Santhiram
(1999) pernah mengkaji masalah golongan minoriti murid di SJK Tamil dengan
memberi penekanan terhadap latar belakang murid-murid SJK Tamil dan impaknya
terhadap penguasaan literasi. Bagaimanapun kajian-kajian ini tidak
menghubungkaitkan persepsi murid terhadap iklim akademik murid dengan
kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri.
Kajian tentang persepsi murid terhadap iklim akademik sekolah SJK Tamil
secara komprehensif dengan melibatkan sumbangan komuniti luar sekolah seperti
badan bukan kerajaan dan PIBG sebagai variabel bebas serta impaknya terhadap
hasil persekolahan seperti kesediaan intelek murid, konsep kendiri dan relians
kendiri murid sebagai dependen variabel tidak dijalankan. Kajian ini telah menjawab
beberapa persoalan yang dihadapi oleh SJK Tamil. Melalui kajian ini diharapkan
guru besar dan guru-guru dapat mengetahui kelemahan yang wujud dalam iklim
akademik murid dan dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Murid-murid SJK Tamil
belum boleh berdikari dan mereka masih mempunyai persepsi bahawa diri mereka
lemah dan mereka beranggapan bahawa mereka tidak boleh menandingi bangsabangsa
lain (YSS, 1989). Murid sekolah Tamil masih banyak bergantung kepada
guru sekolahnya untuk mencapai kejayaan mereka (Siti Nor Yaakob, (1990),
Marimuthu, (1994), Selvarani, (1999), Santhiram, (1999), Annamalai (2003), Sahul
Hameed, (2004) dan Siva, (2004).
15
Kajian ini bertujuan untuk mencari apakah kelemahan murid dan hubungan
kelemahan murid dengan segi konsep dan persepsi diri serta halangan-halangan
yang dihadapi oleh murid untuk mencapai kejayaan? Satu kajian yang melibatkan
kepimpinan sekolah, pengajaran guru dan jangkaan guru terhadap murid,
persekitaran sekolah dan penglibatan ibu bapa dalam kemajuan anak mereka di SJK
Tamil belum diadakan lagi. Penyelidik telah mengkaji apakah iklim akademik murid
SJK Tamil di negara ini?, dan apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hasil
persekolahan mereka dari segi kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri?
Elemen yang mengukur kejayaan sesebuah sekolah ialah hasil yang diperoleh oleh
murid di sekolah tersebut (Tunku Ismail Jewa, 1995).
Kajian tentang iklim akademik murid SJK Tamil telah memberi beberapa input
yang berguna kepada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan
kualiti SJK Tamil dari segi pencapaian akademik, konsep kendiri dan relians kendiri
murid SJK Tamil. Keputusan UPSR yang dianalisis menunjukkan bahawa walaupun
murid SJK Tamil menghadapi masalah kemudahan prasarana tetapi keputusan
sesetengah murid didapati telah meningkat (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004).
Tetapi keadaan sebaliknya, mengapakah masih terdapat sesetengah murid dari SJK
Tamil yang menerima bantuan penuh kerajaan, menunjukkan prestasi yang kurang
baik? Oleh itu satu kajian yang menyeluruh di sekolah bantuan modal dan bantuan
penuh perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana iklim akademik murid SJK Tamil
mengikut kawasan sekolah mempengaruhi kesediaan intelek, konsep kendiri dan
relians kendiri. Pendekatan iklim akademik murid bukan sahaja mengkaji tentang
peningkatan prestasi murid-murid SJK Tamil tetapi juga mengkaji tentang puncapunca
kelemahan murid yang kurang mencapai keputusan yang baik dalam UPSR.
Walaupun badan-badan yang berkepentingan dan peka terhadap SJK Tamil seperti
Yayasan Strategik Sosial dan Biro Pelajaran mengkaji punca kelemahan murid,
tetapi kajian mereka lebih berfokus kepada mencari alasan dan kupasan untuk
16
menuntut peningkatan keperluan mesyuarat dan dokumentasi bukan bersifat ilmiah
atau akademik (Nayagam, 2001).
Laporan atau Memorandum Yayasan Strategik Sosial tidak membandingkan
jenis-jenis sekolah lain dengan SJK Tamil. Hala tuju masa depan murid SJK Tamil
setelah murid ini keluar dari sekolah tidak dilihat secara ilmiah atau secara statistik.
Tumpuan kajian mereka lebih memihak kepada murid-murid yang cemerlang dan
bagaimana murid ini boleh meningkatkan prestasi mereka melalui system
persekolahan yang sedia ada. Kajian iklim akademik murid SJK Tamil yang
diusahakan ini diharapkan dapat membantu semua peringkat murid sama ada yang
pandai, sederhana dan lemah ataupun ibu bapa, guru dan guru besar untuk melihat
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh semua peringkat murid secara lebih
dekat.
Lagipun kajian iklim akademik murid di tiga jenis profil sekolah iaitu bandar,
pinggir bandar dan ladang belum dibandingkan secara komprehensif. Sumbangan
komuniti tempatan seperti badan bukan kerajaan dan PIBG dalam hasil
persekolahan murid di SJK Tamil mengikut kawasan sekolah bandar, pinggir bandar
dan ladang juga belum dilakukan. Jenis-jenis sumbangan badan bukan kerajaan
seperti persatuan-persatuan belia, jawatankuasa kuil, badan-badan korporat, badan
politik, badan sukarela dan PIBG untuk mewujudkan iklim akademik murid yang
positif dan efektif juga tidak terdapat dalam literatur. Penyelidik berharap kajian ini
dapat mengisi kekosongan tersebut di samping menambah literatur tentang iklim
akademik murid SJK Tamil di negara ini.
Iklim akademik murid merangkumi semua peserta dan elemen yang ada di
sekolah (Bedad, 2003). Jadi peserta dan elemen-elemen sokongan yang ada di SJK
Tamil boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di sekolah.
17
Iklim akademik murid dan input-input sosial serta sumbangan badan bukan kerajaan
dan PIBG digunakan sebagai variable untuk mengkaji kesediaan intelek, konsep
kendiri dan relians kendiri murid di SJK Tamil. Dengan ini guru atau mereka yang
berkepentingan dalam meningkatkan prestasi murid-murid SJK Tamil dapat
mengetahui psikologi sosial murid SJK Tamil secara dekat dan khusus.
1.4 Rangka Konsep Kajian
Kajian iklim akademik murid SJK Tamil ini akan menggunakan model yang
diubahsuaikan daripada Model Brookover (1979). Model ini pernah digunakan di
Amerika Syarikat untuk melihat pengaruh struktur sosial sekolah dan sistem sosial
sekolah terhadap pencapaian akademik murid di sekolah (Brookover, 1979). Model
yang diubahsuaikan oleh penyelidik pula digunakan untuk menganalisis sejauh mana
iklim akademik murid mempengaruhi hasil persekolahan dari segi kesediaan intelek,
konsep kendiri dan relians kendiri murid sekolah Tamil di Malaysia. Kajian ini
menggunakan rangka konsep seperti berikut.
Rajah 1.1: Model Variabel Sistem Sosial Sekolah dan Hubungannya dengan Hasil
Murid
Kajian ini akan menggunakan Teori Iklim Akademik Pelajar Brookover (1979),
Teori Sekolah Berkesan Reynolds (1976) dan Mortimore et al. (1988) serta Teori
Input sosial
a. lima kumpulan taraf
sosio ekonomi
b. input profil sekolah
Iklim sekolah
(persepsi murid terhadap
iklim akademik murid)
Hasil Murid
a. kesediaan
intelek murid
b. konsep kendiri
c. relians kendiri
Badan bukan kerajaan
dan PIBG
18
Tingkah Laku Sosial Skinner (1938). Hasil persekolahan murid merupakan
sebahagian daripada hasil iklim akademik sekolah. Selain iklim akademik sekolah,
hasil persekolahan juga dipengaruhi oleh input sosial seperti taraf sosio ekonomi
murid dan profil sekolah. Malah badan-badan bukan kerajaan dan PIBG juga
mempengaruhi hasil persekolahan murid.
Terdapat dua variabel bebas iaitu sumbangan badan bukan kerajaan dan
PIBG serta input sosial. Iklim akademik murid berperanan sebagai variabel
intervening dan variabel bersandar ialah hasil murid. Badan bukan kerajaan dan
PIBG banyak mempengaruhi hasil persekolahan murid di sekolah. Peranan badanbadan
ini di SJK Tamil bandar, pinggir bandar dan ladang untuk mewujudkan iklim
akademik murid yang positif dan efektif serta membantu murid memperoleh
kesediaan intelek, meningkatkan konsep kendiri dan relians kendiri turut dikaji.
Begitu juga dengan input sosial. Input sosial terdiri daripada lima kumpulan taraf
sosio ekonomi keluarga murid dan profil sekolah. Pengaruh input sosial murid
terhadap iklim akademik murid dan terhadap hasil persekolahan juga telah dikaji.
Input sosial dikaji sama ada input-input lain membantu mewujudkan iklim akademik
murid yang positif dan efektif serta membantu murid memperoleh kesediaan intelek,
meningkatkan konsep kendiri dan relians kendiri. Penyelidik menghipotesiskan
bahawa terdapat perbezaan dalam hasil persekolahan murid SJK Tamil mengikut
lima kumpulan taraf sosio ekonomi. Keduanya, dihipotesiskan bahawa terdapat
perbezaan dalam hasil persekolahan murid SJK Tamil mengikut profil sekolah seperti
sekolah ladang, pinggir bandar dan bandar.
Konsep diri terhadap keupayaan mempunyai kaitan dengan tahap
pencapaian individu (Brookover, 1979). Dihipotesiskan bahawa pencapaian murid
SJK Tamil adalah satu proses interaktif di mana pencapaian murid boleh
mengubahsuai konsep diri terhadap keupayaan atau sebaliknya. Walaupun bukti
19
kajian tidak diperoleh, namun boleh dihipotesiskan bahawa interaksi yang sama
antara sikap relians kendiri dan konsep kendiri murid SJK Tamil terhadap kesediaan
intelek akan berlaku. Oleh itu perlu dikaji sejauh mana sumbangan badan bukan
kerajaan dan PIBG, input sosial serta iklim akademik murid SJK Tamil menjelaskan
perbezaan min hasil persekolahan sesama sekolah SJK Tamil.
Kajian memberi focus kepada tiga set hasil persekolahan iaitu kesediaan
intelek, konsep kendiri dan relians kendiri murid SJK Tamil. Tumpuan utama kajian
ialah kesediaan intelek murid yang dikenal pasti sebagai kesediaan kognitif sekolah
bagi menentukan pencapaian murid. Kedua ialah konsep kendiri murid SJK Tamil.
Ketiga ialah relians kendiri SJK Tamil. Ringkasnya kajian ini mempercayai bahawa
tingkah laku yang dipelajari oleh murid SJK Tamil akan berbeza-beza antara sekolah
dan perbezaan antara sekolah ini boleh dijelaskan dengan ciri-ciri sistem sosial
sekolah.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
1. mengkaji input badan bukan kerajaan, PIBG, guru besar, guru, dan
murid terhadap iklim akademik murid.
2. mengkaji perbezaan yang terdapat dalam hasil persekolahan murid
mengikut lima kumpulan taraf sosio ekonomi.
3. mengkaji perbezaan yang terdapat dalam hasil persekolahan murid
mengikut profil sekolah iaitu sekolah ladang, pinggir bandar dan bandar.
4. mengkaji hubungan yang terdapat di antara persepsi murid terhadap
iklim akademik murid dengan hasil persekolahan mereka.
20
1.6 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif tersebut beberapa soalan akan dikemukakan dalam
kajian ini. Antaranya:
1. Apakah input badan bukan kerajaan dan PIBG terhadap kesia-siaan
akademik, penilaian dan jangkaan masa depan, penilaian dan jangkaan
ibu bapa dan guru terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma
akademik murid?
2. Apakah input guru besar terhadap kesia-siaan akademik, penilaian dan
jangkaan masa depan, penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru
terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma akademik murid?
3. Apakah input guru terhadap kesia-siaan akademik, penilaian dan
jangkaan masa depan, penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru
terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma akademik murid?
4. Apakah input murid terhadap kesia-siaan akademik, penilaian dan
jangkaan masa depan, penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru
terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma akademik murid?
5. Adakah terdapat perbezaan dalam hasil persekolahan murid mengikut
lima kumpulan taraf sosio ekonomi?
6. Adakah terdapat perbezaan dalam hasil persekolahan murid mengikut
profil sekolah?
7. Adakah terdapat hubungan di antara persepsi murid terhadap iklim
akademik sekolah dengan hasil persekolahan murid?
21
1.7 Hipotesis Kajian
Berdasarkan tinjauan bacaan dan rangka konsep kajian yang dibina,
beberapa hipotesis alternatif telah dibentuk untuk menjawab soalan-soalan kajian di
atas. Terdapat 3 hipotesis utama dan dipecahkan kepada 21 hipotesis sampingan
yang telah diuji pada aras kesignifikanan α= 0.05.
Hipotesis 1 (Ha 1)
Terdapat perbezaan yang signifikan dalam hasil persekolahan murid mengikut
lima kumpulan taraf sosio ekonomi.
1.1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan intelek murid antara
murid lima kumpulan taraf sosioekonomi
1.2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam konsep kendiri murid antara murid
lima kumpulan taraf sosioekonomi
1.3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam relians kendiri murid antara murid
lima kumpulan taraf sosioekonomi
Hipotesis 2 (Ha 2)
Terdapat perbezaan yang signifikan dalam hasil persekolahan murid mengikut
profil sekolah.
2.1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan intelek murid antara
murid sekolah bandar, pinggir bandar dan ladang
2.2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam konsep kendiri murid antara murid
sekolah bandar, pinggir bandar dan ladang
2.3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam relians kendiri murid antara murid
sekolah bandar, pinggir bandar dan ladang
22
Hipotesis 3 (Ha 3)
Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap iklim
akademik dengan hasil persekolahan murid.
3.1 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap kesia-siaan
akademik dengan kesediaan intelek murid
3.2 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap kesia-siaan
akademik dengan konsep kendiri murid
3.3 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap kesia-siaan
akademik dengan relians kendiri murid
3.4 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap penilaian
dan jangkaan masa hadapan dengan kesediaan intelek murid
3.5 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap penilaian
dan jangkaan masa hadapan dengan konsep kendiri murid
3.6 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap penilaian
dan jangkaan masa hadapan dengan relians kendiri murid
3.7 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap penilaian
dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid dengan kesediaan intelek
murid
3.8 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap penilaian
dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid dengan konsep kendiri murid
3.9 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap penilaian
dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid dengan relians kendiri murid
3.10 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap galakan
guru dan norma guru dengan kesediaan intelek murid
3.11 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap galakan
guru dan norma guru dengan konsep kendiri murid
23
3.12 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap galakan
guru dan norma guru dengan relians kendiri murid
3.13 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap norma
akademik murid dengan kesediaan intelek murid
3.14 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap norma
akademik murid dengan konsep kendiri murid
3.15 Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap norma
akademik murid dengan relians kendiri murid
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Kesia-siaan Akademik
Istilah kesia-siaan akademik ini diterjemah daripada istilah “futility” dari kajian
Brookover (1979). Mengikut Kamus Dwibahasa, “futility” bermaksud anggap tidak
berfaedah, tidak berguna, kesia-siaan (Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 488, 2001).
Kesia-siaan akademik merupakan satu sikap tidak mementingkan akademik. Pelajarpelajar
tidak peduli dan mudah mengabaikan pelajaran. Pelajar-pelajar memberi
pelbagai alasan jika mereka lemah dalam akademik.
1.8.2. Taraf sosioekonomi
Murid-murid dalam kajian ini ialah murid tahun lima. Dalam kajian ini latar
belakang keluarga ialah taraf sosioekonomi keluarga murid. Pengkategorian
keluarga mengikut taraf sosio ekonomi dibuat berdasarkan Kajian Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2005). Menurut kementerian ini terdapat 5
peringkat latar belakang sosioekonomi keluarga seperti berikut:
24
1) di bawah garis kemiskinan (bawah pendapatan isi rumah RM529.00 bagi
Semenanjung)
2) lebih daripada garis kemiskinan tetapi masih terdiri daripada kumpulan
pekerja
3) kelas sederhana seperti bekerja sebagai penyelia, kerani, penyimpan
stor dan sebagainya.
4) kelas pertengahan seperti guru, penolong pengurus pejabat dan kilang,
perniagaan tetap dan sebagainya
5) kelas tinggi seperti ahli profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan
sebagainya.
1.8.3. Profil Sekolah
Profil sekolah dalam kajian ini dikategorikan ke dalam bandar, pinggir bandar
dan lading. Bandar bermaksud sebuah kawasan yang mempunyai penduduk lebih
seratus ribu orang dan jumlah pendapatan pihak berkuasa tempatan adalah lebih
RM5 juta setahun serta terdapat banyak kemudahan perbandaran yang disediakan
oleh Majlis Perbandaran. Pinggir bandar merujuk kepada kawasan yang
penduduknya kurang daripada seratus ribu orang dan pendapatan tahunan adalah
kurang daripada RM5 juta serta kemudahan asas disediakan oleh Majlis Daerah.
Ladang bermaksud tanah persendirian yang dimiliki oleh swasta atau orang
perseorangan. Jumlah penduduk di ladang adalah kurang daripada seribu orang.
Kemudahan yang paling asas seperti air, elektrik, rumah dan sekolah disediakan
oleh majikan ladang dengan bantuan modal daripada kerajaan. Terdapat ladang
yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti air paip bersih, rumah dalam
keadaan uzur dan tiada bekalan elektrik. Ada sesetengah ladang tidak mempunyai
sekolah, jadi murid terpaksa berjalan atau menaiki basikal atau motor ke sekolah
yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful