2010/09/24
BANTING: S Usharani, Isteri usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hari ini bersama ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, untuk memberi keterangan berhubung kehilangan suaminya.Mereka tiba di IPD berkenaan kira-kira jam 6 petang dan selesai memberi keterangan pada 9 malam tadi.
"Tadi, jam 12 tengahari, saya menyerahkan telefon bimbit (milik Usharani) ke Bukit Aman.
"Turut diserahkan ialah memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport dan salinan surat beranak anaknya," katanya ketika ditemui di IPD berkenaan.
Manikavasagam berkata, Usharani akan menyambung keterangannya di ibu pejabat polis itu pada 1 tengah hari esok.
Sementara itu, Usharani yang tiba di negara ini sejak 22 Sept lalu, berkata, beliau mungkin pulang ke India pada 26 September ini, bagaimanapun, ia mungkin ditangguhkan jika ada perkembangan baru dalam siasatan kes itu.
Beliau juga percaya saudara terdekat suaminya akan datang ke negara ini dalam tempoh terdekat bagi membantu mengesahkan DNA suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata pihaknya memperoleh telefon bimbit yang menjadi bahan bukti siasatan kes itu.
Semalam, Usharani mendedahkan ada menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa Tamil di telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti, membabitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati. - Bernama
No comments:
Post a Comment