Lantaran kita mesti terus bersuara untuk mengekalkan perpaduan. Perpaduan tunggak keharmonian. Politik perkauman melampau dan ekstremis agama merupakan musuh utama perpaduan. Oleh itu, kita harus bijak apabila hendak mengucapkan isu berkaitan kaum dan agama. Kita tidak boleh merelakan masa depan kita tergadai oleh perjuangan sempit kita.
Memperjuangkan masa depan kaum sendiri tidak salah, malah digalakkan kerana setiap orang ada perasaan sayangkan kaum dan keturunannya. Tetapi lebih mulia kalau memperjuangkan mereka yang tertindas dan memerlukan bantuan kerana mereka ini ada dalam semua kaum.
Saya juga berharap jika kita semua bersatu sebagai anak malaysia dibawah satu payung maka kita bloeh menjadi satu kuasa yang luar biasa. Saya berasa bangga sebagai rakyat malaysia...negara ini banyak berjasa kepada kita.apa salahnya jika kita bersatu dan menegakkan perpaduan demi pencapaian negara.Saya mengambil kesempatan ini Mengucapkan Selamat Menyambut HARI MALAYSIA. Kepada semua warga malaysia..
NEGARA KITA.TANGGUNGJAWAB KITA.
yang benar,
sivanesan tamil selvam
No comments:
Post a Comment