PENGENALAN
Dokumen ini telah disediakan dengan tujuan untuk mengkaji Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3(RRJP3), Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan (LSPRMK8) serta mengenalpasti isu-isu kritikal dan memberi cadangan bermakna bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Dokumen ini turut disediakan dengan tujuan untuk dijadikan bahan bacaan bagi merangka RMK 8 disamping membantu ahli politik dan profesional India dalam proses advokasi polisi. Dokumen ini secara ringkas telah menyentuh pelbagai peruntukan yang disediakan dalam RRJP 3 dan RMK 8 yang mempunyai implikasi terhadap masyarakat India, disamping mengetengahkan masalah-masalah yang wujud dalam pelaksanaan dasar dan memberi beberapa saranan yang perlu dibincang dan dipersetujui untuk disertakan dalam RMK 9.
Penggubalan polisi memerlukan penganalisaan dan pemikiran yang jelas. Cadangan spesifk perlu dikenalpasti untuk disertakan dalam RMK 9. RMK 9 merupakan ‘kitab’ pembangunan negara bagi tempoh lima tahun yang akan datang. Oleh itu, bagi memastikan masyarakat India tidak ketinggalan dalam arus pembangunan tersebut, peruntukan spesifik perlu disertakan bersama dalam dasar terebut.
Forum ini akan menjurus kepada isu-isu tertentu yang telah dibangkitkan dalam RMK8 dan tidak dilaksanakan secara telus. Penyampaian dan pelaksanaan dasar secara berkesan merupakan isu yang akan diberi keutamaan dalam forum ini. Adalah besar harapan kami bahawa para peserta forum dapat memberikan input yang sungguh bermakna demi memastikan kemakmuran masyarakat India di Malaysia.
Peranan yang telah dimainkan oleh pegawai-pegawai YSS serta EN. N. Thiruselvam dalam menyediakan dokumen ini amat dihargai.
Dr. Denison Jayasooria
Pengarah Eksekutif YSS
8 Februari 2005
2
1. KEDUDUKAN SEMASA MASYARAKAT INDIA
Maklumat dan data yang dilampirkan dalam kertas ini adalah berdasarkan tiga sumber utama iaitu:-
i) Laporan yang diumumkan oleh Kerajaan seperti Rancangan Malaysia Kelapan, Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan dan sebagainya.
ii) Laporan kajian mikro yang dijalankan oleh YSS di beberapa kawasan tertentu
iii) Pendapat masyarakat secara umum
Kekurangan data yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan mengenai pencapaian Rancangan Malaysia Kelapan telah membantutkan usaha untuk menyediakan laporan yang lebih komprehensif.
1.1 Kependudukan Masyarakat India di Malaysia
Jumlah Penduduk bekerturunan India di Malaysia – 1.8 juta atau 7.6% daripada jumlah penduduk Negara
Hampir 80% daripada masyarakat India kini menetap di kawasan Bandar. Dalam tempoh 30 tahun yang lalu satu pola penghijrahan secara besar-besaran telah berlaku di kalangan masyarakat India yang telah berpindah darikawasan perladangan ke kawasan bandar. Faktor-faktor yang menyumbang kepada migrasi penduduk luar bandar ke bandar adalah:
i) penjualan kawasan perladangan bagi pembangunan
ii) perubahan tanaman utama daripada getah (intensif buruh) kepada kelapa sawit (intensif modal)
Walaupun masyarakat India menetap di seluruh negara, Laporan Bancian Tahun 2000 dan pendaftaran pengundi 2004 dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat 26 buah daerah atau kawasan tertentu yang mempunyai konsentrasi masyarakat
3
India yang tinggi. Contohnya Daerah Port Dickson (20.4%), Klang (18.9%), Seremban (18.4%), Petaling (13.7%) dan sebagainya (lampiran 1).
Penglibatan masyarakat India dalam bidang komersil juga amat rendah – pemilikan bangunan komersil masyarakat India pada tahun 2002 adalah 2.9% sahaja. Pemilikan bangunan komersil di kalangan masyarakat juga adalah rendah di sekitar 8.2% sahaja manakala masyarakat Cina memiliki hampir 55.8% bangunan komersil di negara ini. (lampiran 5)
Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan
Kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah masyarakat India, berdasarkan dalam laporan separuh penggal RMK 8, telah mengalami penurunan dan lebih rendah berbanding etnik lain. (lampiran 6)
Dalam Laporan RMK 8, telah dinyatakan bahawa masyarakat India merupakan etnik yang telah mencapai pertumbuhan pendapatan yang tertinggi dalam tempoh RMK 7 tetapi kini ia telah berubah – kadar pertumbuhan yang rendah berbanding kadar pertumbuhan pendapatan nasional
Kemiskinan
Tahap kemiskinan di kalangan masyarakat India tidak banyak berubah dalam tempoh 2000 – 2002 masih kekal pada kadar 1.9%. Manakala, kadar kemiskinan kumpulan etnik lain telah berkurangan iaitu – Bumiputra 10.2% ke 7.3% dan Cina 2.6 ke 1.5% pada tempoh yang sama.
Walaubagaimanapun, penentuan kemiskinan di Malaysia hanya berdasarkan pendapatan sahaja dan paras kemiskinan yang sama digunakan untuk bandar dan luar bandar. Disebabkan kependudukan masyarakat India di kawasan bandar semakin meningkat, kadar kemiskinan masyarakat India pasti turut akan meningkat sekiranya petunjuk-petunjuk sosial lain seperti kos hidup, perumahan, pendidikan, masalah sosial dan corak penggunaan diambil kira.
5
Carta dibawah mengambarkan strata sosial masyarakat India di negara ini. Dianggarkan bahawa hampir 30% masyarakat India adalah mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah dan memerlukan perhatian yang serius.
Carta 1 – Strata sosial masyarakat India di Malaysia 30% Bottom (RM 1,092) 540,000 108,000 Jum. penduduk 1.8 Million Jum. keluarga 360,000 50% Pertengahan (RM 2,460) 900,000 180,000 Pendapatan Purata – Nasional – RM 3,011 India – RM 3,044 20% Teratas (RM 6,456) 360,000 72,000
Laporan UNHD yang dikeluarkan baru-baru ini dengan jelas mengambarkan perbezaan pendapatan di antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah yang semakin meluas di Malaysia. Kadar Perbezaan di antara 10% terkaya dan 10% termiskin di negara ini adalah 22.1% - iaitu tertinggi di rantau Asia Tenggara. Perbezaan yang tinggi ini akan memberi impak negatif terhadap masyarakat India. Laporan Pencapaian Objektif Pembangunan Millennium di Malaysia walaupun menunjukkan pencapaian positif, aras yang diletakkan adalah terlalu rendah. Maka Rancangan Malaysia Kesembilan disamping memberi keutamaan terhadap kemiskinan mutlak (tegar), kemiskinan relatif turut perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya.
6
1.3 Jenis Pekerjaan yang diceburi oleh masyarakat India
Sebahagian besar masyarakat India – iaitu hampir 69% bekerja dalam bidang yang menawarkan gaji yang rendah atau sederhana seperti pekerja perkeranian (10.2%), Pekerja Perkhidmatan, Jurujual (13.2%), Pekerja Pertukangan (9.3%), Operator Loji & Mesin (20%) dan pekerja am (16.2%) – pada tahun 2000 pekerja dalam kategori ini adalah 68%.(lampiran 7)
Golongan Profesional di kalangan masyarakat India walaupun meningkat, kadar peningkatan adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat lain di negara ini. Kadar peningkatan golongan profesional India dari tahun 2000 – 2002 – 7.3% manakala Etnik Melayu dan Cina masing-masing dalam tempoh yang sama adalah 48.5% dan 43.1%. (lampiran 8)
Pada masa yang sama sebahagian besar tenaga kerja belia India iaitu hampir 54% sedang bekerja dalam sektor pembuatan sebagai pekerja pengeluaran yang menawarkan pendapatan yang rendah. Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding etnik lain – Bumiputra (41.1%) dan Cina (34.8%). Sebahagian besar daripada belia India ini adalah pekerja tidak berkemahiran. (lampiran 9)
1.4 Pendidikan
Berdasarkan kepada Laporan Bancian Tahun 2000 – Ciri-ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk, jelas dilihat bahawa masyarakat India masih menghadapi beberapa rintangan dalam meneruskan pendidikan pada pelbagai tahap.
Pada tahun 2000, hanya 39.8% (13,714 orang) daripada sejumlah 34,470 kanak-kanak berusia 6 tahun telah menghadiri pendidikan sekolah rendah. Hampir 60% kanak-kanak tidak mendapatkan pendidikan awal. Situasi ini disebabkan oleh ketiadaan kemudahan pendidikan pra sekolah yang berkesan di kawasan tumpuan masyarakat India.
Pada tempoh yang sama, didapati bahawa hampir 2.8% (5580 orang) kanak-kanak India yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun tidak meneruskan pendidikan di sekolah rendah. Manakala kada keciciran pelajar India di tahap pendidikan
7
menengah (sebelum SPM) adalah 27% ataupun seramai 39,680 orang pelajar gagal meneruskan pelajaran ke peringkat SPM. Kumpulan tercicir ini memerlukan perhatian segera dan sistematik. Golongan ini mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial sekiranya tidak diberi tumpuan.
Kemasukan pelajar India ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selepas sistem meritokrasi diperkenalkan telah banyak dipersoalkan oleh masyarakat India. Walaupun jumlah pelajar yang layak ke IPTA meningkat pada tahun lalu tetapi jumlah pelajar yang layak untuk mengikuti kursus-kursus kritikal seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, perakaunan dan farmasi masih rendah. Masyarakat India berharap lebih ramai pelajar India yang layak diterima untuk mengikuti kursus-kursus ini. Sebahagian besar ibubapa mengalami kesukaran untuk menghantar anak-anak mereka ke Institut swasta disebabkan kos yang tinggi. Jadual di bawah menunjukkan jumlah pelajar yang diterima untuk meneruskan pengajian di IPTA:
JADUAL 1: PENAWARAN TEMPAT DI IPTA (PERBANDINGAN TAHUNAN)
2002
2003
% Pertumbuhan berbanding tahun sebelum
2004
% Pertumbuhan berbanding tahun sebelum
BUMIPUTERA
22,557
(68.9%)
23,182
(62.6%)
2.8%
24,837
(63.8%)
7.1%
CHINESE
8,665
(26.4%)
11,921
(32.2%)
37.6%
11,778
(30.3%)
-1.2%
INDIAN
1,530
(4.7%)
1,931
(5.2%)
26.2
2,277
(5.9%)
17.9%
TOTAL
32,752
(100%)
37,034
(100%)
13.1%
38,892
(100%)
5.0%
Disediakan oleh Yayasan Strategik Sosial (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)
Penggunaan dua sistem berlainan dalam pengambilan pelajar ke IPTA iaitu STPM dan Matrikulasi perlu dikaji semula.
8
Sekolah Tamil
Di Malaysia masih terdapat 526 buah Sekolah Tamil. Jumlah pelajar India yang mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Tamil kini adalah di sekitar 100,000 orang (54% daripada jumlah pelajar India di Sekolah Rendah). Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR setiap tahun adalah di sekitar 15,000 orang pelajar. Pada tahun lalu seramai 378 orang pelajar SJKT telah mencapai keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR.
Sekolah Tamil dalam beberapa tahun kebelakangan ini sedang mencapai keputusan yang agak memberangsangkan dalam peperiksaan UPSR. Tahap kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, walaupun telah meningkat, masih di tahap sederhana – di sekitar 56% - 62%, manakala kadar kelulusan dalam subjek Matematik dan Sains adalah melebihi 78%. Jadual di bawah menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh sekolah-sekolah Tamil dalam tempoh 9 tahun yang lalu.
Jadual 2: Keputusan UPSR Sekolah-sekolah Tamil (1996-2004)
Subjects
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
% Increase
(2003-2004)
BM (Pemahaman)
47.2
46.5
45.3
44.5
43.9
54.6
59.3
60.0
58.0
-2.0
BM (Penulisan)
24.3
31.1
31.5
24.9
39.2
40.1
51.7
57.6
56.3
-1.3
Tamil (Pemahaman)
80.3
82.8
83.1
80.2
81.5
81.5
84.1
85.6
84.9
-0.7
Tamil (Penulisan)
63.6
64.7
64.8
65.3
65.9
70.2
79.1
78.0
79.1
+1.1
Bahasa Inggeris
51.8
46.8
45.1
47.7
45.6
52.4
59.3
61.2
61.1
-0.1
Matematik
65.2
65.8
68.6
70.9
73.9
74.4
81.1
85.8
83.4
-2.4
Sains
-
69.2
67.2
66.7
73.9
82.6
74.7
78.6
79.2
+0.6
Disediakan oleh Yayasan Strategik Sosial(sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)
Hampir 100 buah Sekolah Tamil memerlukan bangunan baru ataupun bangunan tambahan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat dan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.
9
1.5 Masalah Sosial
Jenayah / Anti Sosial
Penglibatan masyarakat India dalam kegiatan anti sosial adalah tertumpu kepada beberapa jenayah tertentu sahaja. Penglibatan remaja India adalah tinggi dalam jenayah ganas seperti kumpulan geng salah laku, menyebabkan kecederaan atau kematian, penggunaan senjata berbahaya, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan baru-baru ini daripada jumlah masalah keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada pihak berkuasa hampir 22% melibatkan masyarakat India.
Walaubagaimanapun penglibatan remaja atau belia India dalam perbuatan anti sosial seperti penagihan dadah / pil khayal, hubungan seks di luar tabii, masalah juvana dan sebagainya adalah masih rendah.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia pada tahun 2004, jumlah tahanan juvana dan pelajar India di atas pelbagai kesalahan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2004 adalah 9.65% dan 6.2% masing-masing.
Jadual 3: Penahanan Juvana / Pelajar yang Terlibat dalam Jenayah
(Jan – Okt 2004) (berusia antara 7 – 18 tahun)
SUBJEK
Juvana
%
Pelajar
%
Melayu
3,205
68.6
1,929
80.8
Cina
455
9.7
172
7.2
India
451
9.7
149
6.2
Lain-lain
563
12.0
137
5.8
Jumlah
4,674
100
2,377
100
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (2004)
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh YSS, sebahagian besar belia India yang terlibat dalam kegiatan jenayah ganas adalah berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin. Mereka mempunyai perasaan anti-establishment yang tinggi dan
10
mudah terpengaruh kepada pelbagai anasir yang menjanjikan kemewahan dalam tempoh yang singkat. Sebahagian besar daripada mereka berasal dari golongan 30% terbawah.
Ibu tunggal
Ibu tunggal merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi masyarakat India. Berdasarkan pengamatan YSS sebahagian besar kaum ibu kehilangan suami bukan disebabkan penceraian tetapi disebabkan kematian suami pada usia yang muda. Berdasarkan salah satu kajian mikro yang dijalankan oleh YSS di Pangsapuri berkos rendah di Sri Trengganu, Sentul, mendapati bahawa hampir 68% daripada golongan ibu tunggal kehilangan suami disebabkan kematian.
Hampir 60% ibu tunggal adalah berusia antara 25 hingga 50 tahun – mempunyai anak-anak dalam usia muda atau belasan tahun. Suami mereka meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya ataupun di tempat kerja dan disebabkan penyakit seperti diabetes, barah ataupun penyakit jantung. Mereka tidak ditinggalkan dengan sebarang perlindungan sosial – insurans ataupun sokso dan menghadapi masalah yang tinggi dalam membesarkan anak-anak mereka. Anak-anak ibu tunggal ini mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk terlibat dalam kegiatan anti sosial.
2. TUMPUAN TERHADAP MASYARAKAT INDIA DALAM RRJP 3, RMK 8 & LSPRMK 8
7 perkara yang telah diberi perhatian dan yang perlu diberi pertimbangan yang sepatutnya dalam penggubalan Rancangan Malaysia Ke-9 adalah Pemilikan Ekuiti, Peluang Pekerjaan diSektor Awam, Pendidikan, Kemiskinan Bandar, Perumahan, Perumahan dan Kualiti Hidup Pekerja Ladang serta Latihan Kemahiran untuk Pekerja Estet & Remaja Lepasa Sekolah. (LIHAT APPENDIX A)
11
3. PENCAPAIAN
Sepanjang tempoh RMK 8 masyarakat India di Malaysia telah menikmati beberapa kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan menerusi peruntukan khas. Dasar-dasar yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke 8 tidak dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak ada data disediakan bagi membuktikan pelaksanaan dasar-dasar tersebut.
Faedah yang dinikmati oleh masyarakat India menerusi peruntukan khas adalah:-
3.1 Peruntukan Khas bagi Menangani Gejala Sosial
Peruntukan RM 5.4 juta kepada YSS dibawah program PINTAS bagi tempoh dua tahun (Jun 2001 – September 2003) bagi melaksanakan program menangani gejala sosial di kalangan masyarakat India di Malaysia. Peruntukan ini diberi berdasarkan keputusan Jawatankuasa Khas Kabinet Bagi Menangani Gejala Sosial pada tahun 2000. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada RM 20 juta yang telah dipersetujui bagi tempoh lima tahun oleh Jawatankuasa tersebut.
Pelaksanaan program atau kesinambungan program telah tergendala pada tahun 2004 disebabkan kelewatan dalam pemprosesan dan pemberian peruntukan bagi tahun tersebut. Kabinet telah bersetuju supaya peruntukan baru diberikan kepada YSS pada 19 Mei 2004. Sebanyak 20% ataupun RM 540,000 telah diperolehi oleh YSS hanya pada 7 Februari 2005.
Pada masa yang, Jabatan Pembangunan Wanita pada tahun 2003 dan 2004 telah memperuntukkan dana sejumlah RM 260,000 khas bagi Kumpulan Pemimpin-pemimpin Wanita India bagi melaksnakan program kesedaran dan perkasaan diri kaum wanita India.
12
3.2 Peruntukan Khas Bagi Pembinaan Semula Sekolah Tamil
Peruntukan RM 18.5 juta bagi pembinaan semula bangunan usang 19 buah sekolah-sekolah Tamil bantuan modal di seluruh Negara. Dana ini diperolehi secara khusus menerusi peruntukan khas Perdana Menteri pada tahun 2001
3.3 Peluang Latihan Kemahiran di Pusat GIATMARA
Pengambilan remaja India lepasan sekolah ke Pusat latihan GIATMARA. Hasil daripada perbincangan semasa kajian Separuh Penggal RMK 8, pada bulan Ogos 2003, remaja India telah diberikan peluang untuk menjalani latihan kemahiran di pusat-pusat GIATMARA di seluruh negara. Pada tahun 2003 Kerajaan telah memperuntukkan RM 1.95 juta untuk melatih 650 belia India. Walaupun YSS telah menerima hampir 900 permohonan hanya 313 orang belia telah menamatkan latihan pada tahun 2004.
Dana ini tidak dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2004 disebabkan:-
i) Ini merupakan kali pertama masyarakat India diberikan peluang seumpama ini. Oleh itu, satu tempoh tertentu diperlukan untuk membina keyakinan masyarakat dan banyak proses penyediaan sosial perlu dilaksanakan
ii) Pihak YSS telah menerima banyak permohonan di beberapa pusat tertentu seperti Puchong, Kuala Lumpur, Klang, Sungai Petani dan sebagainya. Populasi masyarakat India yang tinggi di kawasan-kawasan ini menyebabkan keadaan ini. Tempat yang ditawarkan di pusat-pusat ini adalah terhad maka tidak semua pemohon dapat menjalani latihan ini.
Pada masa yang sama, perbincangan turut telah diadakan berkenaan penubuhan Pusat Latihan Putra – satu usahasama pelbagai agensi khas untuk memberi latihan kemahiran dan pembangunan diri untuk remaja berisiko tinggi (remaja yang pernah ditahan tetapi tidak disabitkan kesalahan oleh pihak Polis). Projek Khas ini melibatkan agensi-agensi seperti Polis, Biro Tatanegara, GIATMARA, Jabatan Belia
13
dan Jabatan Kebajikan. Walaubagaiamanapun disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan projek ini telah diberhentikan.
3.4 Peluang di Maktab Rendah Sains MARA
Kerajaan telah memberi peluang kepada pelajar bukan Bumiputra yang cemerlang di peringkat UPSR dan PMR untuk meneruskan pendidikan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Kerajaan telah menyatakan bahawa sebanyak 10% pelajar bukan Bumiputra akan diberi peluang dalam setiap pengambilan. Pada tahun 2003 hanya segelintir pelajar bukan Bumiputra telah memohon dan menggunakan peluang ini.
Maka pada tahun 2004 pihak MARA telah bekerjasama dengan Biro Pendidikan MCA dan YSS untuk mengalakkan lebih ramai pelajar bukan Bumiputra meneruskan pendidikan di MRSM. Justeru itu, pada tahun lalu YSS telah berjaya membantu 129 pelajar India lepasan UPSR dalam meneruskan pendidikan di MRSM. Seramai 60 orang pelajar adalah dari Sekolah Tamil. Pada masa yang sama seramai 113 orang pelajar India telah meneruskan pendidikan di Tingkatan 4. Dasar ini masih diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
3.5 Pinjaman Mikro Kredit
Pinjaman Mikro-kredit Bank Simpanan Nasional yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2003 menerusi pakej stimulasi ekonomi khas – beberapa pertubuhan sosial dan dewan perniagaan India telah dijadikan rakan kongsi oleh BSN bagi membantu peniaga-peniaga kecil India menggunakan kemudahan ini.
Dalam tempoh setahun skim ini diperkenalkan, YSS dan pertubuhan India yang lain telah berjaya membantu hampir 4,000 peniaga kecil India mendapatkan pinjaman bernilai RM 40 juta. YSS secara persendirian telah berjaya membantu hampir 2,000 pemohon mandapatkan pinjaman bernilai RM 19.5 juta.
Skim ini merupakan salah satu kejayaan besar yang dicapai oleh Kerajaan dalam membantu masyarakat di peringkat bawahan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan. Namun sedemikian, Kerajaan turut perlu memberi tumpuan
14
terhadap penyediaan sosial dan pembinaan kapasiti masyarakat dan rakan kongsi (pertubuhan sosial) terutamanya dalam memastikan peminjam membayar balik pinjaman mereka. Mereka yang gagal membayar balik pinjaman membawa impak negatif terhadap usaha murni ini.
3.6 Program Pengukuhan Keluarga dan Pembentukan Perkahwinan Stabil
Salah satu perkara yang memerlukan perhatian segera di kawasan bandar adalah masalah kekeluargaan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan miskin. Oleh itu dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), YSS telah menjalankan beberapa program pembangunan kapasiti keluarga terutamanya menerusi program pra perkahwinan yang diadakan buat pertama kalinya untuk pasangan Hindu di negara ini. Malah LPPKN telah mengalih bahasa modul pra perkahwinannya ke Bahasa Tamil. Program ini telah diadakan dengan kerjasama penolong pendaftar perkahwinan dan kuil-kuil Hindu di negara ini. Usaha ini masih diteruskan.
3.7 Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillay
Selepas Dana Wang Simpanan Pekerja Asing dibubarkan pada tahun 1997, Kerajaan telah bersetuju bagi menggunakan dana tersebut bagi membina sebuah Institut Latihan dibawah Kementerian Sumber Manusia di tanah yang diderma Mendiang Arumugam Pillay di Nibong Tebal.
Di bawah RMK 8, Institut bernilai RM 60 juta itu telah siap dibina. Kolej tersebut boleh menampung 600 orang pelajar. Sebanyak 4 jenis kursus termasuk Juruelektrik, Teknologi Maklumat (Interaktif Multimedia), TM (Sistem & Rangkaian) serta TM (Teknologi Pencetakan) sedang diadakan di institut tersebut.
Institut ini telah memulakan operasinya pada Januari 2005, di mana seramai 61 (60 bumiputra dan seorang cina) orang pelajar kumpulan pertama sedang mengikuti latihan dalam bidang TM (sistem dan rangkaian). Kursus yang diadakan bagi jangka masa 1 hingga 1½ tahun ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Makanan, tempat 15
tinggal serta elaun bulanan RM 100 disediakan untuk para pelatih. Pengambilan pelajar seterusnya akan diadakan pada bulan Julai 2005.
3.8 Kemiskinan Bandar
Implikasi kemiskinan bandar yang agak membimbangkan telah mendorong Kerajaan untuk mengkaji semula Garis Kemiskinan. Kini EPU sedang mengkaji semula cadangan untuk memperkenalkan garis kemiskinan yang berlainan untuk miskin bandar dan luar bandar. Dengan adanya garis kemiskinan baru jumlah masyarakat miskin di kalangan masyarakat India terutamanya di kalangan penghuni bandar akan meningkat.
Oleh itu bagi menangani masalah kemiskinan bandar program khas telah dirangka oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (yang telah dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap Kemiskinan Bandar). Program perintis akan dijalankan di 5 kawasan yang ditentukan oleh KPKT dengan kerjasama Pertubuhan-pertubuhan Sosial (NGO)
4. KELEMAHAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI
Kelemahan dalam pelaksanaan dasar – agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan dasar-dasar tersebut secara efektif
4.1 Pemilikan Ekuiti Masyarakat India
Dalam tempoh dua tahun pertama, tiada agensi menjalankan aktiviti atau program bagi menjalankan kajian serta merangka strategi bagi meningkatkan pemilikan ekuiti masyarakat India kepada 3%. Tetapi semasa mesyuarat Kajian Separuh Penggal diadakan pada tahun 2003, YSS dan Dewan Perniagaan India telah dijemput untuk memberi input. Semenjak Laporan Kajian Separuh Penggal diumumkan masih belum ada usaha baru atau mesyuarat diadakan untuk merealisasikan objektif ini. Perjumpaan dan mesyuarat diadakan hanya semasa penggubalan dasar atau penyediaan laporan tetapi masih belum ada inisiatif yang bersungguh-sungguh di pihak Kerajaan untuk merealisasikan dasar ini.
16
4.2 Peluang Pekerjaan di sektor awam
Tidak ada data yang dikeluarkan oleh SPA ataupun agensi-agensi lain mengenai pengambilan kakitangan bukan Bumiputra. Masih terdapat banyak rungutan di kalangan masyarakat India bahawa permohonan mereka tidak diberikan pertimbangan yang sewajarnya dan peluang kenaikan pangkat bagi kakitangan awam bukan Bumiputra adalah amat terhad.
4.3 Pembangunan Bekas Pekerja Ladang & Ladang Pecah
Tidak ada maklumat mengenai program perumahan dan latihan semula untuk bekas pekerja ladang pecah (fragmented estates)– tidak ada laporan kemajuan dalam Laporan Separuh Penggal RMK 8 berkenaan dasar-dasar yang diperkenalkan dalam RMK 8 khas untuk golongan ini.
4.4 Penangguhan atau Pemansuhan Projek Khas tanpa alasan kukuh
Semasa mesyuarat laporan kajian separuh penggal RMK 8, EPU dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan telah bersetuju bahawa sebuah pusat latihan khas untuk melatih remaja India yang berisiko perlu ditubuh bagi melatih dan membina kemahiran, etika dan nilai murni remaja tersebut. Walaubagaimanapun Projek yang dikenali sebagai Projek Pusat Latihan Putra yang dicadangkan di Cheras tersebut telah ditangguh dan kini mungkin telah dimansuhkan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Usaha-usaha terbengkalai seperti ini mula menimbulkan persoalan terhadap kesungguhan dan inisiatif agensi Kerajaan dalam menangani masalah sesuatu komuniti tertentu.
4.5 Isu-isu utama yang telah diabaikan dalam Dasar Kerajaan
Beberapa isu spesifik yang melibatkan kepentingan masyarakat India tidak diberi perhatian dalam dasar yang diperkenalkan
Pendidikan sekolah Tamil, pengajaran mata pelajaran bahasa ibunda di sekolah kebangsaan, pendidikan pra-sekolah di sekolah jenis kebangsaan (SJK),
17
peningkatan mutu pendidikan dan pembelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Vernakular.
Kemudahan pinjaman perniagaan kecil-kecilan melainkan pinjaman bank seperti program TEKUN (disediakan khas untuk golongan Bumiputra sahaja). Ramai peniaga kecil India menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman Bank dan pinjaman lain seperti Credit Guarantee Corporation (CGC). Mereka merupakan peniaga yang bermodal kecil yang memerlukan pinjaman rendah bagi memperluaskan perniagaan mereka.
4.6 Kerjasama Pintar dengan pertubuhan sosial
Agensi-agensi Kerajaan gagal menggunakan perkhidmatan pertubuhan sosial India bagi melaksanakan program yang diperkenalkan. Sekiranya agensi gagal melaksanakan sesuatu dasar ia perlu mendapatkan kerjasama pertubuhan-pertubuhan ini untuk melaksanakan projek-projek yang diperkenalkan sepertimana yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, LPPKN, GIATMARA, MRSM dan BSN
5. ISU-ISU YANG PERLU DIBERI PERHATIAN KHUSUS DALAM
PENGGUBALAN RANCANGAN MALAYSIA KE – 9
5.1 Ekuiti Milik Masyarakat India –
projek khas secara umum seperti Dana Amanah Saham Nasional (DASN) sepertimana yang telah dinyatakan dalam RRJP 3 perlu diperkenalkan dan diperkuatkuasakan untuk masyarakat India dan golongan terpinggir yang lain.
RRJP 4.17 “...Dana Amanah Saham Nasional (DASN) akan diwujudkan bagi memastikan pengagihan ekuiti yang lebih luas di kalangan Bumiputera dan kumpulan lain yang belum menikmati faedah pembangunan...”
18
5.2 Program Pembangunan Ekonomi dan Penglibatan dalam bidang
Keusahwanan untuk masyarakat India
Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan usahawan perlu mengadakan latihan khas untuk usahawan-usahawan muda India – termasuk pengurusan, kemahiran keusahawan serta bantuan modal.
Peluang latihan keusahawanan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti MARA dan Jabatan Belia turut perlu dipanjangkan kepada masyarakat India terutamanya golongan belia.
Usahawan Kecil-kecilan India masih mengalami masalah untuk mendapatkan pinjaman perniagaan. Mereka mengalami kesukaran untukmenikmati peluang-peluang disediakan menerusi CGC dan bank-bank tempatan. Skim Pinjaman seperti TEKUN turut perlu diperkenalkan untuk usahawan-usahawan India.
5.3 Peluang Pekerjaan di Sektor Awam
Agensi Kerajaan termasuk JPA dan SPA perlu bersifat lebih terbuka dan perlu menyiarkan maklumat terkini mengenai pengambilan kakitangan di sektor awam di samping mengadakan kempen untuk merekrut lebih ramai kakitangan bukan Bumiputra. Peluang kenaikan pangkat yang adil dan saksama perlu diberikan kepada kakitangan bukan Bumiputra sebagai usaha untuk menarik lebih ramai belia bukan Bumiputra memohon pekerjaan di sektor ini.
5.4 Kemiskinan Bandar dan Keluarga Berpendapatan Rendah
Lebih banyak program berbentuk pembangunan sosial dan peningkatan pendapatan perlu diperkenalkan untuk golongan miskin bandar dan berpendapatan rendah
5.5 Perumahan untuk pekerja ladang yang dibahagian (fragmented estates) -
Program perumahan untuk golongan ini perlu dipercepatkan sepertimana yang telah dinyatakan dalam RMK 8.
19
5.6 Latihan Kemahiran untuk belia lepasan sekolah dan bekas pekerja estet
Institut-institut latihan awam perlu mengadakan program berbentuk separa masa bagi golongan ini dan mengadakan publisiti yang lebih efektif untuk menarik golongan ini menjalani latihan kemahiran. Agensi Kerajaan boleh bekerjasama dengan pertubuhan sosial India untuk menyakinkan golongan ini menyertai latihan yang disediakan
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillay yang dibina di Nibong Tebal selepas Lembaga Tabung Pekerja Asing dimansuhkan, pada awalnya dibina dengan tujuan untuk memberi latihan kemahiran kepada bekas pekerja ladang dan anak-anak mereka. Justeru itu, objektif asal pembinaan Institut ini perlu dikekalkan.
5.7 Menangani masalah sosial di kalangan masyarakat India
Masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India adalah berlainan sedikit berbanding dengan kaum lain di negara ini. Maka program-program khas perlu diperkenalkan untuk menangani keperluan seksyen masyarakat yang melihatkan ciri-ciri anti sosial.
5.8 Pendidikan Sekolah Tamil
Semua sekolah perlu diberi perhatian yang adil dan saksama. Pembahagian sekolah berdasarkan bantuan penuh dan bantuan modal perlu dikaji semula. Usaha-usaha khas perlu diadakan untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar sekolah Tamil di samping menyediakan lebih ramai guru terlatih di sekolah-sekolah ini. Pada masa yang sama pembangunan penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu serta pendidikan pra sekolah di SJKT turut perlu diberi tumpuan.
20
6. BEBERAPA CADANGAN YANG WAJAR DIPERTIMBANG OLEH EPU
UNTUK DISERTAKAN SEBAGAI DASAR DALAM RMK – 9
Unit Pemantauan Khas
6.1 Sebuah unit khas perlu diwujudkan dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan atau Unit Perancangan Ekonomi bagi memantau dan memastikan dasar-dasar yang diperkenalkan demi kemajuan masyarakat minoriti dan yang tersisih daripada arus pembangunan di negara ini dilaksanakan secara berkesan di tempoh rancangan. Pada masa yang sama unit ini turut perlu sentiasa mengenalpasti kaedah untuk memperkayakan dasar serta program bagi membantu golongan ini.
Panel Pemantauan Khas
6.2 Satu panel khas yang terdiri daripada wakil-wakil semua lapisan masyarakat perlu ditubuhkan dibawah RMK 9. Panel ini perlu berfungsi sepanjang tempoh RMK 9 bagi mengkaji dan memantau pelaksanaan dasar-dasar yang dinyatakan dalam RMK 9. Ahli panel ini perlu dilantik oleh Perdana Menteri dan mereka harus menyediakan laporan suku tahunan kepada Perdana Menteri. Ahli panel perlu diberi ingatan bahawa mereka tidak diberi kuasa untuk mengumumkan data yang diperolehi. Sebuah sekretariat khas perlu dibentuk bagi membantu panel ini. Antara tanggungjawab panel ini adalah untuk mengumpul data, melawat projek atau program dan menjadi unit penghubung antara Kementerian, agensi Kerajaan dan masyarakat.
Kerjasama Pintar Antara Agensi - NGO
6.3 Agensi-agensi Kerajaan perlu memupuk kerjasama yang erat dengan pertubuhan-pertubuhan sosial yang mewakili masyarakat tersisih ataupun golongan minoriti bagi melaksanakan program-program berbentuk kesedaran di kalangan masyarakat tersebut. Pertubuhan perlu berperanan sebagai agen pelaksanaan bagi agensi Kerajaan berkaitan. Contohnya bagi perkembangan perniagaan MARA dan Kementerian Pembangunan Usahawan boleh bekerjasama dengan Pertubuhan Perniagaan India bagi melaksanakan program latihan dan pembangunan usahawan. Manakala MITI boleh bekerjsama dalam memberi kesedaran mengenai saham dan IPO kepada masyarakat India.
21
22
Agensi-agensi berkaitan perlu mengambil inisiatif dan bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan masing-masing.
Perlantikan Pegawai Berdasarkan Komposisi Kaum di Peringkat Daerah
6.4 Lebih ramai pegawai atau kakitangan India perlu dilantik di kawasan-kawasan yang mempunyai kependudukan masyarakat India yang tinggi. Kakitangan di agensi Kerajaan peringkat daerah yang kerap berhubung dengan masyarakat seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Perpaduan, Polis, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Pendidikan dan sebagainya perlu mempunyai kakitangan India dari 10% - 20% berdasarkan pecahan populasi India di kawasan berkaitan. Ia adalah untuk membina keyakinan masyarakat menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.
Projek Putra
6.5 Usaha Projek Putra untuk memberi latihan kemahiran dan pembinaan diri remaja berisiko tinggi perlu diteruskan. Institut latihan baru yang dilengkapi dengan tempat tinggal dan kawasan latihan perlu disediakan dalam tempoh RMK 9. Kerjasama Pintar di antara Kementerian Belia, GIATMARA dan pertubuhan sosial seperti YSS perlu dipupuk bagi melaksanakan projek ini.
7. KESIMPULAN
Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan di negara ini memang mempunyai potensi dalam memastikan kemajuan sesuatu komuniti tetapi kekeliruan dan masalah semasa pelaksanaan sering menimbulkan masalah bagi golongan tertentu menikmati dasar-dasar tersebut. Maka satu sistem pemantauan dan pelaksanaan yang efektif perlu diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini.
Appendix A
TUMPUAN TERHADAP MASYARAKAT INDIA DALAM RRJP 3, RMK 8 & LSPRMK 8
NO
ISU
RRJP 3
RMK 8
LSPRMK 8
1.
EKUITI
4.18: Berdasarkan kepada pemilikan ekuiti saham yang rendah di kalangan masyarakat India, perhatian akan diberikan terhadap penglibatan mereka dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga. Usaha akan diambil bagi meningkatkan pemilikan ekuiti masyarakat India kepada 3% menjelang tahun 2010. Di samping itu, satu kajian akan dijalankan bagi mengenalpasti penglibatan masyarakat India dalam perniagaan bagi merangka strategi dan program bersesuaian.
4.17:…Dana Amanah Saham Nasional (DASN) akan diwujudkan bagi memastikan pengagihan ekuiti yang lebih luas di kalangan Bumiputera dan kumpulan lain yang belum menikmati faedah pembangunan
3.55: …langkah akan diambil untuk meningkatkan pemilikan ekuiti kumpulan etnik india kepada 3% menjelang tahun 2010. Dalam hal ini, satu kajian akan dijalankan untuk merangka strategi dan program yang bersesuaian bagi meningkatkan penyertaan kumpulan etnik India dalam ekonomi.
3.54:…Dana Amanah Saham Nasional (DASN) akan diwujudkan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 8untuk memastikan pengagihan hak milik ekuiti yang meluas di kalangan Bumiputera dan kumpulan lain yang belum menikmati faedah pembangunan
3.55:Ushaa untuk meningkatkan hak milik ekuiti kumpulan etnik Indian kepada 3% menjelang tahun 2010 akan ditumpu kepada penyediaan peluang bagi usahawan muda yang berpotensi untuk memperolehi dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan perngurusan serta bantuan kewangan. Pada masa yang sama, dewan dan pertubuhan perniagaan berkaitan akan digalak untuk menubuhlebih banyak syarikat dan perniagaan usahasama.
2
PELUANG PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM
1.27:...golongan bukan Bumiputra akan diberi galakan untuk menyertai sektor awam...
3.66:...bukan Bumiputra akan digalak memohon pekerjaan dalams ektor awam terutama dalam bidang yang penyertaan mereka adalah rendah
22
NO
ISU
RRJP 3
RMK 8
LSPRMK 8
3
PENDIDIKAN
3.63 ...Usaha juga akan diambil bagi memperbaiki pencapaian pelajar bukan Bumiputra dalam mata pelajar Bahasa Malaysia khususnya di sekolah jenis kebangsaan.
4.
KEMISKINAN BANDAR
4.04:...Usaha akan diambil bagi menangani masalah kemiskinan bandar, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar...usaha akan terus diambil bagi memperbaiki kualiti hidup golongan 30% terbawah...
4.05:...Usaha akan diambil bagi memperbaiki prestasi pencapaian pendidikan pelajar yang berasal dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah... usaha turut akan diambil bagi mengurangkan insiden keciciran di kalangan pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin.
3.42. Bagi membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di pusat bandar dan kawasan pinggirannya, Kerajaan jugan akan melaksanakan program seperti penyediaan kemudahan asan dan perumahan serta peluang untuk menjana pendapatan.
3.41: Kemiskinan Bandar. ...Peta kemiskinan dan pangkalan data akan digunakan sebagai asas untuk memperkukuhkan program pembasmian kemiskinan dan mengatasi isu pertindihan bantuan yang diberikan kepada isi rumah... maklumat ini juga akan digunakan untuk merangka program penyediaan perumahan, kemudahaan asas dan peluang menjana pendapatan kepada golongan miskin... Usaha menempatkan semula setinggan akan diteruskanbagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin di bandar.
23
NO
ISU
RRJP 3
RMK 8
LSPRMK 8
5
PERUMAHAN
4.06:...Kerajaan akan memastikan pihak swasta menyediakan perumahan kos rendah untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah dan akan memperbaiki penguatkuasaan terhadap pengagihan perumahan kos rendah kepada golongan yang benar-benar memerlukannya...
6
PERUMAHAN &
KUALITI HIDUP PEKERJA LADANG
4.08:...Langkah-langkah akan diambil bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup pekerja estet. Program bersesuaian akan diperkenalkan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh bekas pekerja dari ladang-ladang yang dipecah.
18.68:...Usaha akan diambil untuk menggalak majikan menyediakan perumahan untuk pekerja ladang dan pekerja industri.
7.
LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BEKAS PEKERJA ESTET & REMAJA LEPASAN SEKOLAH
3.40:...dalam hal ini, lebih banyak kolej komuniti akan dibina bagi menyediakan latihan kemahiran kepada lepasan sekolah dan pekerja termasuk mereka di kawasan luar bandar dan estet...
3.55:...Program latihan kemahiran khusus akan disediakan di pusat GIATMARA dan kolej komuniti untuk lepasan sekolah di kalangan masyarakat India yang berpendapatan rendah.
24
Lampiran 1
DAERAH DENGAN KEPADATAN PENDUDUK INDIA YANG TINGGI
NO
DAERAH
JUMLAH PENDUDUK
PENDUDUK INDIA
PERATUS
1.
Port Dickson
110,350
22,811
20.7%
2.
Ulu Selangor
157,936
30,415
19.3%
3.
Kulim
201,636
38,635
19.2%
4.
Klang
681,724
129,408
19%
5.
S.Prai Selatan
125,654
23,592
18.8%
6.
Kuala Selangor
170,198
31,447
18.5%
7.
Seremban
397,185
73,059
18.4%
8.
Hilir Perak
198,280
35,892
18.1%
9.
Sepang
115,624
20,744
17.9%
10.
Kuala Langat
204,255
33,333
16.3%
11.
Batang Padang
158,487
23,416
14.8%
12.
Kuala Muda
358,663
51,517
14.4%
13.
Tampin
79,825
11,384
14.3%
14.
Kinta
731,132
104,471
14.3%
15.
Manjong
198,576
28,240
14.2%
16.
Kuala Kangsar
150,103
20,550
13.7%
17.
Petaling
1,254,846
166,542
13.3%
18.
Gombak
569,081
71,944
12.6%
19.
Jempol
129,733
16,084
12.4%
20.
Larut & Matang
282,242
32,393
11.5%
21.
S.Prai Tengah
313,607
33,248
10.6%
22.
Ulu Langat
915,677
96,598
10.5%
23.
Kluang
272,169
26,818
9.9%
24.
Timur Laut, P.Pinang
444,923
42,631
9.6%
25.
Johor Bahru
1,159,079
109,864
9.5%
26.
S.Prai Utara
259,823
23,095
8.9%
25
(Laporan Bancian 2000)
25
Lampiran 2
KAWASAN PARLIMEN DENGAN LEBIH 10% PENGUNDI INDIA
Negeri
Kod Parlimen
Parlimen
Jumlah
India
% India
Selangor
P111
Kota Raja
56803
15677
27.6%
Negeri
P132
Teluk Kemang
56083
13485
24.0%
Penang
P46
Batu Kawan
42890
9772
22.8%
Selangor
P96
Kuala Selangor
41391
9400
22.7%
Perak
P75
Bagan Datok
34129
7729
22.6%
Kedah
P17
Padang Serai
53249
12016
22.6%
Perak
P65
Ipoh Barat
67835
15247
22.5%
Perak
P62
Sungai Siput
46748
10518
22.5%
Negeri
P130
Rasah
63784
13306
20.9%
Wilayah
P121
Lembah Pantai
56442
11349
20.1%
Perak
P76
Telok Intan
53095
10569
19.9%
Selangor
P104
Kelana Jaya
71506
13844
19.4%
Selangor
P112
Kuala Langat
62794
11982
19.1%
Selangor
P94
Ulu Selangor
58239
11089
19.0%
Selangor
P110
Klang
73862
14054
19.0%
Selangor
P113
Sepang
57895
10986
19.0%
Kedah
P14
Merbok
57090
10286
18.0%
Selangor
P108
Shah Alam
68573
11472
16.7%
Selangor
P97
Selayang
70717
11657
16.5%
Wilayah
P115
Batu
67602
10932
16.2%
Selangor
P103
Puchong
58534
9381
16.0%
Penang
P47
Nibong Tebal
40827
6431
15.8%
Pahang
P78
Cameron Highlands
23008
3601
15.7%
Perak
P77
Tanjong Malim
52525
8169
15.6%
Selangor
P105
PJ Selatan
73244
11421
15.6%
Selangor
P107
Subang
67599
10573
15.6%
Johor
P142
Labis
32443
4986
15.4%
Negeri
P131
Rembau
53401
7885
14.8%
Wilayah
P117
Segambut
56579
8194
14.5%
Perak
P60
Taiping
64356
9246
14.4%
Penang
P43
Bagan
57284
8047
14.0%
26
26
27
Negeri Kod Parlimen Parlimen Jumlah India % India
Negeri
P127
Jempol
50189
6903
13.8%
Johor
P158
Tebrau
52489
7211
13.7%
Perak
P72
Tapah
38450
5128
13.3%
Perak
P68
Beruas
41877
5532
13.2%
Melaka
P135
Alor Gajah
50452
6350
12.6%
Selangor
P109
Kapar
102916
13015
12.6%
Selangor
P95
Tanjong Karang
35591
4466
12.5%
Negeri
P133
Tampin
41471
5129
12.4%
Penang
P50
Jelutong
59979
7317
12.2%
Negeri
P128
Seremban
80565
9585
11.9%
Johor
P159
Pasir Gudang
60798
7216
11.9%
Johor
P140
Segamat
41392
4874
11.8%
Perak
P63
Tambun
64479
7578
11.8%
Kedah
P18
Kulim Bandar Baharu
50032
5861
11.7%
Penang
P52
Bayan Baru
55336
6343
11.5%
Perak
P58
Bagan Serai
47668
5352
11.2%
Wilayah
P119
Titiwangsa
52044
5809
11.2%
Penang
P48
Bukit Bendera
65173
7248
11.1%
Perak
P74
Lumut
68315
7588
11.1%
Johor
P162
Gelang Patah
70217
7711
11.0%
Perak
P66
Batu Gajah
72650
7838
10.8%
Kedah
P15
Sungai Petani
70731
7576
10.7%
Selangor
P102
Serdang
77311
8300
10.7%
Johor
P151
Simpang Renggam
34285
3638
10.6%
Selangor
P98
Gombak
91522
9705
10.6%
Wilayah
P120
Bukit Bintang
64994
6795
10.5%
Melaka
P139
Jasin
52387
5465
10.4%
Johor
P153
Sembrong
30395
3099
10.2%
Selangor
P101
Ulu Langat
79042
8032
10.2%
Perak
P70
Kampar
60571
6092
10.1%
Wilayah
P118
Setiawangsa
50778
5149
10.1%
27
28
28
Kumpulan Hak Milik
2000 % 2002 %
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) 2001 - 2002
Bumiputra 62,976.0
18.9
73,161.8
18.7 7.8
Institusi 9,830.0
3.0
11,633.6
3.0 8.8
Agensi Amanah2
5,802.4
1.7
6,415.8
1.6 5.2
Individu3
47,343.6
14.2
55,112.4
14.1 7.9
Bukan Bumiputra
137,412.8
41.3
168,962.7
43.2 10.9
Cina 129,31
8.3
38.9
159,806.9
40.9 11.2
India
5,136.8
1.5
5,951.1
1.5 7.6
Lain-lain
2,957.7
0.9
3,204.7
0.8 4.1
Rakyat Asing
103,909.4
31.3
112,727.6
28.9 4.2
Syarikat Nomini
28,119.4
8.5
35,969.5
9.2 13.1
Jumlah
332,417.6
100.0
390,821.6
100.0 8.4
3 Merujuk kepada saham yang dipegang melalui agensi amanah, seperti Permodalan Nasional Berhad dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
2 Merujuk kepada saham yang dipegang melalui institusi yang mengembleng sumber tabungan Bumiputra seperti Skim Amanah Saham Bumiputra, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera
1 Tidak termasuk saham yang dipegang oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan
Nota
HAK MILIK MODAL SAHAM (PADA NILAI TARA)
SYARIKAT BERHAD1, 2000 DAN 2002
(RM juta)
(Rajah 3.5, LSPRMK 8)
Lampiran 3
Lampiran 4
HAK MILIK MODAL SAHAM (PADA NILAI TARA) SYARIKAT BERHAD1
MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN SEKTOR, 2002
(%)
Kumpulan Hak Milik
Pertanian
Perlombongan
Pembuatan
Utiliti
Pembinaan
Perdagangan Borong & Runcit
Pengangkutan
Kewangan
Lain-lain
Jumlah
Bumiputra
28.3
19.9
10.5
12.4
24.5
13.8
23.6
20.7
16.1
18.7
Bukan Bumiputra
41.1
53.1
35.8
38.1
50.6
46.6
49.6
42.5
48.4
43.2
Cina
39.8
50.8
34.2
37.1
49.2
44.2
47.5
39.1
45.5
40.9
India
1.0
1.1
0.9
0.8
1.1
1.7
1.9
1.9
2.7
1.5
Lain-lain
0.3
1.2
0.7
0.2
0.3
0.7
0.2
1.5
0.2
0.8
Rakyat Asing
21.9
20.5
45.7
32.1
13.8
34.3
17.0
27.1
27.5
28.9
Syarikat Nomini
8.8
6.5
8.1
17.5
11.1
5.3
9.8
9.7
7.9
9.2
Jumlah
100.0
100.0
100.0
100.0
100.0
100.0
100.0
100.0
100.0
100.0
Nota: 1 Tidak termasuk saham yang dipegang oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan
(Rajah 3.6, LSPRMK 8)
29
29
Bumiputra
Cina
India
Lain-lain1
Jumlah
Jenis Bangunan / Premis
Unit
%
Unit
%
Unit
%
Unit
%
Unit
%
Bangunan
Setingkat
8,564
18.3
29,384
62.6
1,821
3.9
7,152
15.2
46,921
100.0
Dua Tingkat
8,631
9.2
62,122
66.2
3,559
3.8
19,516
20.8
93,828
100.0
Tiga Tingkat
2,306
6.1
21,271
56.5
1,061
2.8
13,000
34.5
37,638
100.0
Lebih dari Tiga
Tingkat
3,025
6.9
21,964
50.4
1,390
3.2
17,188
39.5
43,567
100.0
Kompleks Perniagaan
1,449
5.6
11,060
42.6
659
2.5
12,784
49.3
25,952
100.0
Premis Perindustrian
1,651
2.6
28,495
44.8
485
0.8
33,001
51.9
63,632
100.0
Hotel
131
7.0
720
38.3
29
1.5
1,000
53.2
1,880
100.0
Jumlah
25,757
8.2
175,016
55.8
9,004
2.9
103,641
33.1
313,418
100.0
Lampiran 5
30
(Rajah 3.10, LSPRMK 8)
PEMILIKAN BANGUNAN / PREMIS KOMERSIL MENGIKUT KUMPULAN ETNIK, 2002
Nota: 1 Termasuk milik syarikat / persatuan yang tiada maklumat pecahan etnik
Sumber: Berdasarkan 75% maklum balas daripada Pihak Berkuasa Tempatan
31
31
Lampiran 6
PENDAPATAN ISI RUMAH KASAR BULANAN PURATA
MENGIKUT KUMPULAN ETNIK, 1999 DAN 2002
(RM)
Kumpulan Etnik
1999
2002
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%)
2000 - 2002
Bumiputera 1,984
2,376
6.2
Cina 3,456
4,279
7.4
India 2,702
3,044
4.1
Lain-lain 1,371
2,165
16.5
Malaysia
2,472
3,011
6.8
Bandar 3,103
3,652
5.9
Luar Bandar
1,718
1,729
0.2
(Rajah 3.4, LSPRMK 8)
Lampiran 7
32
32
Jadual 3.8 (LSPRMK 8)
Lampiran 8
Jadual 3.9 (LSPRMK 8)
Lampiran 9
Jadual 21.3 (RMK 8)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Senarai Syarikat Yang Menawarkan Tempat Untuk Latihan Industri Bil Organisasi Telefon/Fax/Email Pegawai dihubungi...
-
SELEPAS 52 TAHUN NEGARA KITA MERDEKA...SUDAH 13 KALI KITA BERDEPAN DENGAN PILIHAN RAYA DAN JUGA BEBERAPA BY ELECTION DI SELURUH NEGARA...ADE...
-
I'm often asked what my body measurements are and/or what are the ideal measurements for a bodybuilder or a classical muscular male p...
hai saya yugen... saya pelajar UM final year.. my tesis : masalah migrasi masyarakat india dari kawasan perladangan ke bandar, so saya akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat india dalam menyusuaikan diri mereka dalam kehidupan bandar... ur page helping me.. tkz...
ReplyDeleteTERIMA KASIH SAUDARA!!
ReplyDelete