Wednesday, March 24, 2010

Rooney buat MU, England gelisah

Rooney buat MU, England gelisah

Posted on the March 24th, 2010 under Berita, Luar Negara by johnjimat

LONDON: Penyerang prolifik, Wayne Rooney mencetus gelisah peminat England, semalam selepas perkhabaran mengenai kecederaan lutut kembali mengganggu ketika cabaran Piala Dunia bagi anak didik Fabio Capello berbaki hanya dua bulan lagi.

Perkembangan terbaru itu turut menimbulkan keraguan sama ada penyerang Manchester United ini dapat beraksi menentang Bolton, Sabtu ini ketika juara bertahan itu amat memerlukan sentuhan berbisanya untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). Petanda itu dilihat apabila dia berjalan terhincut-hincut selepas membantu Red Devils menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford, Ahad lalu.

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful