KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan sebelum tindakan susulan diambil berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri, jika rancangan menubuhkan kerajaan 16 September menjadi kenyataan.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata pihaknya perlu menunggu hasil siasatan polis berhubung dakwaan itu dan hanya akan mengambil tindakan susulan selepas kertas siasatan diserahkan kepadanya.
“Kami perlu menunggu polis menjalankan siasatan terlebih dulu dan apabila hasil siasatan diserahkan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya. “Saya berharap kes ini dapat ditangani dengan baik kerana ia membabitkan kepentingan awam,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kelmarin, yang menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berhubung perkara itu.
Semalam, akhbar ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata Bukit Aman akan menyiasat pembabitan Anwar yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Senarai Syarikat Yang Menawarkan Tempat Untuk Latihan Industri Bil Organisasi Telefon/Fax/Email Pegawai dihubungi...
-
SELEPAS 52 TAHUN NEGARA KITA MERDEKA...SUDAH 13 KALI KITA BERDEPAN DENGAN PILIHAN RAYA DAN JUGA BEBERAPA BY ELECTION DI SELURUH NEGARA...ADE...
-
I'm often asked what my body measurements are and/or what are the ideal measurements for a bodybuilder or a classical muscular male p...
No comments:
Post a Comment