Saturday, June 27, 2009

Penangguhan Bayaran Yuran Semester Pendek

PERKARA : Penangguhan Bayaran Yuran Semester Pendek (3/08/09) bagi Mahasiswa/i yang merupakan peminjam PTPTN.18 Jun 2009 – Pihak MPP Bestari Jaya telah berbincang bersama TNC HEP mengenai perkara di atas. Kelulusan telah diterima di mana para pelajar tajaan PTPTN boleh membuat penangguhan yuran pengajian semester pendek ini sahaja. Namun begitu, beberapa syarat telah ditetapkan iaitu;i) Para pelajar mestilah tidak mempunyai sebarang tunggakan yuran sehingga semester lepas. Hal ini bermakna, para pelajar hanya boleh menangguhkan bayaran pengajian semester pendek ini sahaja tanpa menambah nilai dari baki yuran semester lepas.ii) Pelajar perlulah mengemukakan surat rayuan mengenai penangguhan bayaran yuran pengajian semester pendek dan dihantar ke Pejabat Bendahari. Borang dan surat rayuan akan diproses dan akaun pelajar akan disemak.Makluman kepada para pelajar yang mempunyai tunggakan yuran himpunan semester lepas atau hutang lapuk yang terlalu banyak, anda adalah dikecuali daripada perkara di atas. Hal ini bermakna anda perlu melangsaikan segala hutang lapuk tersebut.P/S : Memo rasmi akan dikeluarkan pada 29 Jun, Isnin depan.Sebarang masalah atau pertanyaan boleh dirujuk di ;Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar,Pusat Pelajar,Kampus Bestari Jaya UNiSEL.

mppunisel@gmail.com

No comments:

Post a Comment

How to keep your employees respectful