Kejayaan dalam merealisasikan
Transformasi Nasional (TN50) menjelang 2050 memerlukan kerajaan mendengar
aspirasi dan pandangan golongan muda di negara ini. Ini bermakna para belia
hari ini merupakan generasi penerus kesinambungan pembangunan ini yang akan
menikmati manfaatnya
Menurut Penganalisis politik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr Shamsul Adabi Mamat, sifat
kepembangkangan belia itu dipupuk daripada banyak faktor, antaranya cara
pembangkang itu sendiri dalam mendekati belia.
Ia adalah pendekatan yang bagus.
Kerana apa? Pertamanya, tidak ada perdana menteri yang mempunyai insiatif
seperti itu dalam mendekati rakyat. Berdiri di tengah-tengah penonton,
menunjukkan keyakinan beliau dalam memberi penerangan terhadap isu semasa. Dan
yang hadir kebanyakannya golongan belia.
Apakah
TN50 menggantikan Wawasan 2020?
Penting untuk kita sebut dari
awal ini adalah satu kesinambungan. Selepas 2020 kita mesti ada visi untuk 30
tahun lagi. Sebab dunia pada hari ini sangat dinamik, perubahan yang kita lihat
pada hari ini tidak ada pada tahun 1991 sewaktu Wawasan 2020 digubal. Kita
berdepan cabaran dan perubahan demografi dan perubahan teknologi yang sangat
pesat. Sekiranya kita tidak ada satu perbincangan untuk mendapat input rakyat
Malaysia terutamanya generasi muda berkenaan hala tuju dan aspirasi mereka
menjelang 2050, maka kita tidak bersiap sedia untuk masa hadapan.
Perbezaan
pendekatan dalam merangka TN50?
Proses bottom-up iaitu dari akar umbi dan
bukannya atas ke bawah. Kalau dahulu mungkin DEB, Wawasan 2020 itu datang
sebagai dokumen dasar dan visi daripada kerajaan kepada rakyat tetapi kali ini
kita terbalikkan prosesnya dan kita minta pandangan daripada rakyat dahulu dan
ia akan dimulakan dengan generasi muda pada tahun ini.
Ia akan melibatkan sektor-sektor
yang lain selepas kita mulakan keterlibatan dengan generasi muda. Jadi kita
mahu TN50 betul-betul menjadi visi yang dikongsi bersama, aspirasi yang
dimiliki bersama dan masa depan yang dibina bersama oleh rakyat Malaysia dan
bukan hanya pandangan kerajaan sahaja tetapi pandangan yang mencantumkan idea
dari seluruh rakyat Malaysia.
Apakah
ada sasaran tertentu dari segi jumlah mereka yang akan dilibatkan?
melibatkan 1.5 juta belia
Malaysia pada tahun ini melalui sesi town hall, perbincangan berfokus dan
melalui program-program lain. Program wacana nasional TN50 juga melibatkan
pelajar sekolah seperti menerusi pertandingan esei. Kita juga akan adakan
program kreatif seperti pertandingan filem pendek dan kita akan minta
pengarah-pengarah muda menunjukkan imaginasi mereka mengenai Kuala Lumpur pada
2050, ini pastinya menarik. Kita juga akan buat pertandingan animasi dan banyak
lagi program kerana kita tidak mahu program ini hanya berbentuk perbincangan
satu dimensi.
Aspek
yang perlu disentuh generasi muda dalam proses ini?
Kita akan gunakan peluang ini untuk paint the
picture kerana kita tahu unjuran berkenaan populasi Malaysia 30 tahun lagi.
Pada tahun 2050 kita akan mula merasai kesan populasi tua, lebih ramai lagi
bersara. Kita juga akan memberi gambaran mengenai sumber asli kita yang mana
mungkin kebergantungan kita kepada sumber asli minyak dan gas perlu
dikurangkan, apakah kita bersedia untuk tenaga boleh diperbaharui? Apakah
cabaran yang datang daripada perdagangan global waktu itu? Apakah cabaran dari
segi pekerjaan masa hadapan?
Kita sekarang bercakap soal
artificial intelligence, soal robotik, apakah pekerjaan hari ini masih wujud
pada 2050 dan kalau tidak wujud lagi macam mana kita hendak latih dan macam
mana hendak didik generasi muda agar mereka dapat peluang pekerjaan pada 2050?
Apakah kita bersedia untuk revolusi industri keempat sama ada Malaysia sudah
mempunyai tenaga kerja dan modal insan yang mencukupi untuk kita menjana
perubahan dan kemajuan?
Adakah TN50 akan menetapkan
sasaran khusus dalam bidang-bidang yang ditetapkan?
Ini juga adalah satu
perkara yang perlu dibincangkan sama ada rakyat mahu melihat kita menjadi
antara 20 negara teratas dalam ranking apa. Saya akan bentangkan semua ranking
yang ada dalam dunia ini, sama ada kita hendak muncul 20 teratas dari segi daya
saing gobal, dari segi indeks pembangunan manusia Program Pembangunan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) atau dari segi ranking FIFA 20 negara teratas,
jadi ada banyak ranking.
Saya rasa sasaran itu juga
mesti datang daripada rakyat. Perdana Menteri bercakap secara umum mengenai 20
negara teratas tetapi apa 20 negara teratas itu biarlah kita berbincang. Dan
biarlah realistik, mungkin 20 teratas ranking FIFA itu tidak realistik
(berseloroh).